29 January 2022

Berapa Berjayanya Bergerak Secara Solo

Bhai/DeeDee semua...

Kita sedia maklum bahawa bahang politik di Malaysia ini diwarnai dengan sentimen dan persepsi yang dicanangkan dan dibakar dalam media ... tanpa mengira media elektronik, media konvensional, media cetak mahupun media sosial....

Dan dari kesan inilah biasanya percaturan politik diterjemah menjadi sesuatu yang dilihat memberikan harapan atau garapan buat rakyat.

Betul .... memang betul ada rakyat yang buta politik. Ada rakyat yang seakan memilih sokongan politiknya mengikut apa yang leluhurnya telah gagaskan... tetapi ramai juga yang melihat peri kelaku ahli-ahli politik yang membawa bendera politik mereka...

Sebab ramai ahli politik yang lebih mementingkan perut dan bawah perut mereka....yang mementingkan apa yang akan dapat kepada mereka, juak mereka dan kroni mereka... Dan ramai ahli politik ini yang terlalu rasis dan berpuak... sampai meninggalkan apa yang sepatutnya mereka buat.

Malah dalam keadaan sekarang ini dimana Pilihanraya Negeri (PRN) Johor dan Pilihanraya Umum (PRU) yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi... ader beberapa Parti yang seakan bergerak solo... yang tidak mahu bergabung atas pelbagai alasan.. 

Persoalan yang boleh ditanya... berapa berjayanya jika mereka bergerak secara solo? Adakah mereka akan mendapat bilangan kerusi yang mencukupi untuk menjadi pemerintah? Itu persoalannya... Jika dalam keadaan biasa pun susah nak berpakat... bagaimana pula nanti bila berlakunya ketidakcukupan kerusi .. dimana semua parti terpaksa bergabung.

Apakah strategi yang mereka buat ini memberikan keuntungan kepada rakyat dan pengundi? Adakah ianya dapat memberikan satu bentuk baharu dalam pentadbiran Malaysia? 

Kita sekadar mampu melihat dan memerhatikan sahaja...



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???