20 November 2022

Impak Dari Undi18

Bhai/DeeDee semua...

Dalam kes Undi18... gua masih ingat lagi yang antara parti yang kuat menentang Undi18 adalah PAS... asa itu PAS beranggapan bahawa pemuda dan pemudi Undi18 belum cukup matang untuk menentukan hala tuju negara...

Namun pada PRU15, PAS mendapat manfaat paling besar dalam sejarah penubuhan PAS apabila memenangi 44 kerusi Parlimen... Semua ini adalah hasil dari Undi18..

PAS telah lama menerajui pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) .... dan dari kerangka yang ada disediakan itu... maka penerapan elemen Islam dan Agama berjaya dilaksanakan... dan dari usia kecil... kanak-kanak ini diperkenalkan dengan PAS dan hampir semua kanak-kanak ini pastinya menyamakan PAS dengan kegiatan Islam...

Ini yang telah ditanamkan dalam mindset kanak-kanak ini... dan ianya seumpama cerita tentang ubat gigi yang terkenal... COLGATE .... walau apa jenama ubat gigi yang anda pakai, pastinya tetap akan disebut Colgate untuk menerangkan produk itu...

Malah bila kanak-kanak ini sudah besar.. dan mereka juga memiliki dan membangunkan tadika atau taska berjenama sendiri (Brainy Bunch, Little Caliph, An Najjah, Ar Raudhah dan sebagainya)... imej Islam dan PAS tetap juga ditanamkan tanpa sedar oleh pengusaha ini...

Hahaha... Syabas buat PAS .... dan inilah yang tak berjaya dibuat oleh Tadika Kemas (dibawah Parti Barisan Nasional)..

So.... bijakkan PAS....




2 comments:

  1. Tapi adakah Pas yg berada dalam kerajaan mampu menghalang puak lain sesama kerajaan menyakau harta rakyat berbilion lepas ini. Atau Pas akan seperti biasa: 'Kami puas hati'. Kita sama-sama tengok

    ReplyDelete
  2. Berapa banyak erk pasti yang ada kat Semenanjung Malaysia ni? Sampai begitu sekali kesannya.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???