04 November 2022

Menangkah Shahidan Kassim Di Arau Pada PRU15?

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan ini sebenarnya besar.. Besar impaknya kepada penduduk setempat malah juga kepada ahli dan penyokong UMNO / BN. 

Yer ... betul sebahagian besar ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) di Parlimen Arau amat menghormati Shahidan Kassim... dia dah lama disitu.. dah bertahun menjadi Ahli Parlimen disitu.. impaknya pada penduduk setempat memang ketara... sebut ja nama Shahidan Kassim ... semua orang tahu dan kenal.. waima budak sekolah sekali pun...

Tapi... adakah jatidiri dan semangat berparti dan UMNO dan Barisan Nasional akan memungkinkan pengundi kekal mengundi Shahidan Kassim sedangkan dia sekarang ini akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15.

Sedangkan ada calon dari UMNO / BN yang telah diletakkan sebagai calon PRU15 untuk Parlimen Arau... Adakah para ahli dan penyokong UMNO/BN nak melacurkan diri mereka untuk mengundi calon PN berbanding calon UMNO/BN yang dah ada?

Adakah mereka akan bersetia dengan parti atau bersetia dengan pemimpin setempat?

Itulah persoalan yang nyata yang perlu kita tanya? Adakah ahli UMNO/BN akan membuat undi protes dan mengundi Perikatan Nasional (PN) semata-mata nak menangkan Shahidan Kassim tu?

Apa pandangan lu orang?? Pandangan gua agak gelap (sebab gua memang akan tutup mata semasa nak membayangkan senario tue... Hahaha)

Kelam Kabut Nak Jadi Calon Untuk Bertanding PRU15


1 comment:

  1. Dia akan berusaha lebih gigih lg sbb budak2 umur 18 dah boleh mengundi.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???