23 December 2022

Mereka Perlukan Sokongan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takder pengalaman penuh mengendalikan kes bunuh diri... tapi gua ader pengalaman mengendalikan kes suicide bomber (pengebom berani mati) .... Walaupun kedua-duanya situasi berbeza.. namun pengakhirannya adalah sama.... MATI ...

Bagi yang terfikir untuk mengambil nyawa mereka sendiri... yang nak bunuh diri mereka.... daripada banyak pembacaan dan info yang gua tahu... hampir semuanya disebabkan putus asa... kecewa... dan sudah tidak mampu untuk menampung tekanan perasaan .... dan semuanya juga terkait dengan kondisi kesihatan mental ...

Mereka adalah pesakit ... mereka bukan penjenayah... dan mereka tidak berminat untuk melakukan jenayah... kesihatan mental mereka berada pada tahap paling rendah... dan mereka perlu sokongan... mereka perlukan bantuan... mereka perlu pertolongan... dan mereka perlukan kaunseling dan kemudahan perubatan...

Bagi yang nak jadi suicide bomber... pengebom berani mati... yang itu lain kes... yang itu penjenayah... dan mereka perlu ditangkap, ditahan dan didakwa serta disabitkan kesalahan....  

Jadi.... apa salahnya undang-undang terkait dengan kesalahan hendak membunuh diri itu kita tukarkan daripada hukuman penjara kepada hukuman pemulihan mental dan kaunseling... Itu lebih baik dan bermakna...

Harap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim selaku PM10 dapat merealisasikan perubahan (reformasi) ini dengan segera dan cermat demi untuk menyelamatkan nyawa para pesalah (pesakit mental).


Mari bersama menyokong untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Seksyen tersebut menyatakan sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjarakan sehingga satu tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dalam wujudnya lacuna (lompang) - kerajaan boleh mengarahkan, secara pentadbiran, supaya polis menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 10 Akta Kesihatan Mental dalam kes cubaan membunuh diri untuk memasukkan orang itu ke hospital psikiatri. Birokrasi tidak sepatutnya mengorbankan nyawa.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih
Hotline: 15999

The Befrienders
Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995


No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???