11 December 2022

Mudahnya Bermadah

Bhai/DeeDee semua...

Gua tahu ramai pembaca blog gua nih memang aktif berpolitik... Gua tahu sangat...  Tapi adakalanya kita kena berpolitik dengan idealism ... berprinsip...

Sebab kita kena tahu satu perkara ... perkara ini utama... perkara ini sakral... perkara ini sesuatu yang nyata...

Selama-lamanyalah kita akan dipergunakan oleh orang politik (pemimpin politik) jika kita masih berasakan bahawa tujuan utama perjuangan orang politik itu adalah untuk memberi kebahagian kepada kita.

Daripada mereka pada asalnya saling membenci, kini mereka tanpa rasa bersalah akan saling bermaafan apabila kepentingan memiliki kuasa memerlukan. Yang menjadi gila adalah kita.

Naik pening kita mahu memaki siapa. Bila kita maki dan kecam satu pihak... kita akan dilabelkan pentaksub pihak satu lagi... Adoilah... Bila kita kecam dan maki semua... kita akan dikatakan meroyan... Huhuhuhu

Berhentilah daripada menjadi balaci / macai politik. Kita bukan apa-apa di mata mereka melainkan alat untuk mereka memperkayakan diri. Sebab dari sokongan dan undi kita kepada mereka... merekalah yang untung.... dapat elaun, dapat pencen, dapat emolumen.... segalanya ditanggung... waima lawatan dan huluran wang sesampul dua kepada kita pun bukanlah keluar dari poket mereka... melainkan semua boleh di"claim" kembali...

Orang Politik jugak yang akhirnya dapat projek itu ini ratusan ribu sampai ke ratusan juta...  lot tanah dan balak yang berekar-eker... malah sampai ratusan hektar... 

Lu yang beriya-iya bekap diorang satu habuk pun takdak.... Hehehe




4 comments:

  1. Shalom.Macam mana lu tahu kami suka berpolitik ? Hp kami kena wiretapped ke ?

    ReplyDelete
  2. Ikut depalah bro. Bg peluang 5 tahun. Tegur dgn berhemah.. Pru 16 pakat2 lawan balik.

    ReplyDelete
  3. Lebih baik kerajaan sekarang drp kerajaan pimpinan mahiadin didokong oleh lobai penghasut. Beri 5 tahun untuk pengundi 18 mentah fikir semula manusia jenis apa yang mereka pilih. Tak gitu bhai?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???