16 December 2022

Perkhemahan Budak Sekolah Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Sedih mendengar berlakunya kes macam nih... itu hari sekolah wife gua ader nak buat event perkhemahan di Cameron Highland cuti sekolah nih... tapi gua berjaya cadangkan mereka tukar venue... buat kat satu kawasan di Paka....

Allahuakbar.... kalu la perkhemahan yang terkena tue adalah perkhemahan budak sekolah... sure lagi sedih gua.... Allahuakbar... semoga semuanya selamat hendaknya...


Kira-kira 69 individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran ‘Father’s Organic Farm’ dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berhampiran dengan jalan.

“Dianggarkan ketinggian setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuh satu ekar. Maklumat awal pihak polis mendapati terdapat 100 orang di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, setakat pukul 5.30 pagi tadi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???