27 December 2022

Staff Universiti Pun Melucah?

Bhai/DeeDee semua...

Sedih bila baca kes macam ni... Patut staff Universiti tue orang yang educated... tak kisah la apa jawatannya di Universiti tersebut... sepatutnya sentiasa jaga dan kawal akhlak serta komen bagai... tambah lagi di Media Sosial....

Sebab tue la ada peribahasa Melayu yang mengatakan ...

"seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit sama"

Adoilah.... payah bhai... payah.... imej Institusi Pengajian Tinggi tu pula yang menjadi taruhan... adoilah..


Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan siasatan dalaman membabitkan kakitangannya yang memberi komen lucah ketika menonton siaran langsung seorang wanita menerusi TikTok baru-baru ini.

UPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berhubung tindakan tersebut dan siasatan segera telah dilakukan mengenainya.

“Diharapkan agar semua pihak dapat bersabar serta tidak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa menerima komen berbaur lucah ketika dia sedang bersiaran langsung menerusi TikTok. Susulan itu, wanita berkenaan bertindak mendedahkan pelaku tersebut yang didakwa merupakan salah seorang daripada staf di UPM.

Walaubagaimana pun, video kiriman tersebut telah dipadam daripada laman sosial berkenaan.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter UPM telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di platform tersebut.

“Pengajarannya, gunakanlah ruangan komen di sosial media dengan bijak,” ciap seorang netizen, @hazanzan2.

“Mohon disiasat sebaiknya dan jika benar, ambillah tindakan sewajarnya,” tulis pengguna lain, @iqdgaf.

“Dia (individu) bukanlah pengajar atau pensyarah, dan dia hanya staf di bahagian tertentu saja serta tidak bersangkut paut dengan para pelajar sangat. Jangan salahkan tempat mencari ilmu, salahkan si pelaku,” ciap seorang pengguna lain, @ssame_la.

Hantaran kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah meraih sebanyak 807,000 jumlah tontonan, 2,989 tanda suka dan 1,482 ciap semula setakat ini. 

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???