25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

2 comments:

  1. Bila bhai nak ketengahkan kongsi2 gelap cina dan hindu yg bersekongkol dgn pegawai2 besar polis seluruh negara? Jangan jadi mcm pak lah konon2 nak jadi bapak yg baik menaikkan cukai rokok yg keterlaluan. Akibatnya kongsi2 gelap dpt durian runtuh dlm penyeludupan rokok dan kegiatan kongsi2 gelap semakin membarah. Ceritanya sama seperti pengharaman penjualan minuman keras di amerika pd sekitar 30an yg menyuburkan mafia2 di sana.

    ReplyDelete
  2. Bila ustaz lobai pandang ringan tentang rasuah, semua pihak turut tumpang sama. Nak hidup senang cara mudah katakan.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???