06 January 2023

Daulah Terpendam - Bukan Benda Baharu

Bhai/DeeDee semua...

Daulah Terpendam (Deep State) nih bukanlah benda baharu pun... dah lama ader... Kita semua tahu siapa yang menguasai sesetengah jabatan kerajaan... Apa kecenderungan politik dan fikrahnya... apa kecondongan mazhabnya... Tapi itu la.... selama ini dibuat macam tak nampak jer..

Contoh dalam JAKIM nih sendiri la.... berapa ramai orang PAS yang menjadikan jabatan nih sebagai lubuk... begitulah juga di IKIM termasuklah media radio IKIM.FM dan stesen tv Al-Hijrah... bukan sedikit... malah hampir 99% dikuasai oleh penyokong dan ahli PAS.... satu lagi adalah YADIM ....

Sebab itu kita tak sepatutnya terkejut dengan ceramah yang macam nih.... dah biasa dah...

Takder saper nak amik tindakan selama nih... untuk kekang benda hasutan dan sebagainya nih.... Cumanya.... walaupun ader tindakan... silap-silap tiada apa yang akan berlaku...  senyap semua dok sapu bawah karpet.... Hahaha

Daulah Terpendam (Deep State)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawainya mengeluarkan kenyataan berbaur politik dengan menghentam kerajaan dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini.

Jakim berkata pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai itu yang dilihat mengundang kemarahan netizen.

"Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” kata Jakim di Twitter.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???