03 January 2023

Jangan Main-Main Dengan Jin Api

Bhai/DeeDee semua...

Jangan main-main ngan Jin Api wei... dah padam pon boleh terbakor lagi..

Gua saspek ader musuh antor Jin Api kat Jakel... Sebab Santau tak menjadi pasai Jakel bukan Melayu... Jakel Mamak... Santau tak berkesan... huhuhu


Wisma Jakel di Seksyen 7, di Shah Alam hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.

Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.

1 comment:

  1. Gua kurang simpati pada jakel sebab Melayu kerja kat jakel mcm kuli batak je walaupun lebih 95% pelanggan adalah Melayu. Sama juga dgn mydin, nak cari manager Melayu cukup susah berbanding india dan mamak. Jakel dgn mydin ni anti Melayu ka?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???