04 January 2023

Sembang Banyak Tagune

Bhai/DeeDee semua...

Sembang banyak tagune... prove it la Rafizi ooi... Jangan asyik nak meroyan bila orang kritik bagai sebab dulu lu pon kritik orang lain gak. Kena la fair and square... jangan emo.

Lu dulu pon tak tunggu 100 hari ja apa ka... terus tibai kritik dan bagi formula... sekarang kena kat lu la pulak orang tibai kritik dan mintak formula.... tau ka??? By the way... tak perlu pun tunggu pembangkang kritik baru nak buat tindakan... Gua nih bukan penyokong Perikatan Nasional atau Barisan Nasional... gua tetap kritik semua tindakan kerajaan yang tak betul... yang mana betul... gua sokong walau siapa kerajaannya....

Gua bukan Walanon atau Bangsa Slurpp....  Gua jugak bukan Walaun atau Macai...

Pendedahan sambungan kes LCS TLDM apa citer? Takkan sudah senyap??


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau sedia membawa perubahan kepada ekonomi negara kerana sudah memperolehi gambaran cukup bagi memikul tanggungjawab selepas sebulan memegang potfolio terbabit.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tempoh sebulan tersebut digunakannya untuk berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh utama ekonomi negara, termasuk pembuat dasar, pelaksana, sektor swasta dan pemegang taruh lain.

Naib Presiden PKR itu turut membidas pihak pembangkang yang mempertikaikan setiap usaha kerajaan.

“Ada dalam kalangan mereka yang memerli kononnya saya hanya nampak gah semasa menjadi pembangkang, tetapi tidak berkesan sebagai kerajaan. Itu satu cabaran yang saya akan sahut".

4 comments:

  1. Apa citer bhai harga ayam dah lebih 11 hengget sekilo.

    ReplyDelete
  2. Sabar bhai. Lu pun macam walaun juga ka. Bagi dia sikit masa. Kes2 skandal spt lcs, howitzer, KL tower semua tu kenalah SPRM siasat. Takkan menteri ekonomi juga nak siasat. Kemon

    ReplyDelete
  3. Orang yg egonya tinggi memang bercakap besar mcm terlebih lajak. Ada juga kebaikannya apabila ia menjadi motivasi utk dia membuktikan apa yg dikatakannya. Sebaliknya org yg menyampah dgn keegoan rafizi selalunya berego tinggi jugak tp tak dpt peluang utk membuktikan keegoannya melalui tindakan hanya boleh bercakap.

    ReplyDelete
  4. Setuju Bro, Gua pun tertunggu juga sambungan scene LCS ini, sebelum PRU, hari hari dia update. Lepas jadi Menteri, sapu bawah karpet ke ?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???