11 January 2023

Wow Akhirnya - Serba Dinamik Gulung Tikar?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak follow detail kes Serba Dinamik nih... Tapi dah dekat dua tahun rasanya kemelut yang melanda syarikat Serba Dinamik nih jadi isu... Ramai gak kengkawan gua yang dok beli saham syarikat nih dulu... Last seingat gua... ada pelantikan pengarah ka lebih kurang camtue la.. letak nama sorang budak yang baru umur 23 tahun kalu tak silap.... pangkat paling besar...

Huhuhu... Skrang bila baca ... terbit citer hutang sampai 5 bilion... pergh... banyak wei.... huhuhu

Sangkut la saham semua tue... huhuhu


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.

Enam institusi kewangan terbabit ialah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku pempetisyen.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan petisyen itu untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL), yang dinamakan sebagai responden, dalam prosiding yang dikendalikan secara dalam talian.

Keempat-empat syarikat itu dikatakan mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion.

3 comments:

  1. Sejak 20 tahun kebelakangan ni berita2 tak elok semua skala world class haha. Mampus lah mana2 bank bagi pinjaman tanpa cagaran. Malaysia boleh!

    ReplyDelete
  2. Kesan korupsi golongan elit melayu islam. Jahanam

    ReplyDelete
  3. Ada lagi satu kongloberat yg laluan perniagaannya lebih kurang SD jugak. Towkaynya gah kemain

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???