10 August 2023

Bangang Punya Idea Dari Menteri Pendidikan

Bhai/DeeDee semua...

Ntah la... gua cukup pelik dengan Menteri Pendidikan yang datangnya dari dunia guaman... Tak tahu apa yang ada dalam kepala dier... pening.... sampai nak buat kasta-kasta la pulak bab pendidikan nih... adoilah

Bab sekolah khas utk orang miskin ni, ada beberapa point.

Pertamanya, kalau boleh biar la semua pelajar bergaul dalam sekolah yang sama, kalau diasingkan macam kasta maka akan ujud stigma dan pandangan tak elok pula. Owh, ni pelajar sekolah miskin. Ini pulak pelajar dari sekolah kaya... Huhuhu

Tengok macam mana pandangan orang terhadap penghuni PPR cukup lah. Tu pun belum kita ambil kira masalah sosio budaya dan keselamatan....

Keduanya, Kerajaan nak kena bina sekolah baru ke untuk buat Sekolah Pelajar Miskin nih? Ada bajet ker? Mana nak cekau bajet? Kenapa tak nak utilize sekolah sedia ada je, banyak jer sekolah (terutama sekolah luar bandar) yang mengalami kekurangan murid dalam beberapa tahun ni. Sekolah berasrama penuh sedia ada pun boleh digunakan.

Improvise je la sistem sekolah sedia ada, nak tambah bantuan ke, nak tambah fasiliti ke, nak repair itu ini, tak perlu wujudkan sistem baru lagi... pening kepala dengan sistem pendidikan negara kita ni yang ada macam-macam aliran dan sistem. SK la... SJKC la.. SJKT la... huhuhu

Cuma kalau dari segi branding, memang la akan bagoosh... nampak gempak. "Nampak" la hasilnya ... boleh la berbangga kata ini semua adalag hasil inisiatif Kerajaan Madani. Ada nama la.

Kalau buat kat sekolah sedia ada je takde sapa nampak pula.... kan kan kan....

Huhuhu... 

Bangang betul idea dari Menteri Pendidikan nih... sampaikan pendidikan pun nak ader kasta-kasta... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



5 comments:

  1. Buat je rombakan kabinet. Mana2 yg 'dead wood' sepak keluar je.

    ReplyDelete
  2. Salah ke kerajaan nak bantu lebih kpd anak2 org miskin, mungkin peringkat awal ada masalah tetapi akan ada pembaikan dari semasa ke semasa. Kalau dgn cara ini dpt keluar anak2 itu dari kemiskinan apa salahnya. Kasta tu kalau org kasta rendah tak boleh sekolah, berbeza dgn buat sekolah utk anak2 miskin.

    Abuamir

    ReplyDelete
  3. adoi sepai...macam biasa cepat sangat nak inzal...belum dengar detail dah kondem idea orang...sama la macam ah loke kata tak payah tepek roadtax aritu...lepas tu sendiri malu keciritan, apa yang sepai bising-bising tusemua masuk bakul sampah...

    tau la bini keja cikgu...ingat bini lu keja cikgu, automatik lu pandai sangat bab pendidikan? apa lu mau bising pasal fadlina dah buat setakat ni? ala sepai, bini yang cikgu, dia pulak terpaling tau pasal pendidikan...

    lu tunggu la apa diorang nak bentang nanti...baru celup dah nak inzal...lepas tu sendiri malu...

    diorang nak bantu pelajar miskin...tengok la nanti apa bantuan/insentif/kebaikan yang diorang bentang nanti...

    * lu dah park atikel selangor menang 2/3...13/8 jangan tak post kalau lu keciritan...

    ReplyDelete
  4. Kalau buat kat hulu Kelantan Pahang Sabah Sarawak lojik juga. Simple bangunan saja.

    Kalau perpaduan buat, InsyaAllah tak membazir dan ada kebaikan.

    ReplyDelete
  5. apo nak diherankan bhai...

    pee eich memang begitu...

    he he...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???