14 February 2024

PBT - Pengurusan Pantai Yang Gagal

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia ada banyak pantai peranginan yang cantik dan menarik. Ramai orang suka pergi pantai-pantai ini. Dan pantai ini biasanya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tapi sayang sangat bilamana hampir kebanyakan pantai-pantai itu tidak dimanfaatkan dengan baik terutamanya pada waktu malam.

Dengan kadar pencahayaan Matahari yang cukup sepanjang tahun dan angin yang bertiup sekitar 5 knot… Adalah wajar penjanaan elektrik secara Solar dan Angin diadaptasikan untuk memberikan satu sumber bekalan tenaga elektrik.

Sumber tenaga elektrik ini boleh disimpan menggunakan “deep cycle battery” untuk digunakan bagi menberi pencahayaan lampu di pantai peranginan ini di waktu malam. Dengan cara ini kos pencahayaan lampu di pantai dapat dijimatkan.

Sekarang ini hampir semua pantai hanya menggunakan lampu yang mendapat bekalan elektrik terus dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kadang kala akibat dari tiada senggaraan yang berkala, pencahayaan secara konsisten tidak dapat disediakan.

Bajet bukan tiada. Tapi usaha dan kesungguhan untuk mentadbir pantai peranginan itu tiada. Malah dalam banyak keadaan, sikap “itu bukan kerja aku” dan “gaji aku banyak itu je” menyebabkan infrastruktur awam ini tidak terjaga dan terabai.

Maka jadi lah pantai peranginan yang gelap ini menjadi lubuk-lubuk maksiat dan jenayah yang pelbagai.

Dan akhirnya… jadi lah macam beberapa pantai peranginan yang gua malas nak sebut dan namakan yang mana teruk sangat pengurusannya walaupun kedudukannya tidak berapa jauh dari pejabat pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.

Adoyailah.



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???