15 May 2024

Masalah Utama IPTA Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Kita ada banyak IPTA, dan hampir semua IPTA nih depa ader tubuhkan unit untuk komersialkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh PhD dan Master holder.

Tapi bab nak melesenkan (pengkomersialan) penyelidikan nih jadi terbantut. Mari gua ringkaskan bagi lu orang paham.

1. Syarikat yang nak beli lesen penyelidikan tue kena bayar sejumlah wang yang besar. Minima dalam RM150k. Ader kes yang sampai berjuta RM.

2. Itu baru lesen, belum lagi yuran tahunan yang kena dibayar selagi mana penggunaan penyelidikan itu digunakan. Nilai yuran tahunan biasanya antara RM50k dan keatas.

3. Setiap produk yang terhasil dari penyelidikan tu yang mana terjual akan ader jumlah peratusan yang kena dibayar kepada IPTA. Ianya adalah antara 0.5% hingga 5% bergantung kepada IPTA tersebut. Contoh barang A dijual pada harga RM1000, sekitar RM50 akan perlu dibayar kepada IPTA.

4. Walaupun Syarikat telah beli lesen, ianya tidak ekslusif. Pihak IPTA boleh juga menjualkan lesen itu kepada mana-mana syarikat yang lain yang berminat. Maka persaingan akan ader banyak.

5. Katalah syarikat dah stop pengeluaran produk berasaskan penyelidikan tersebut dan syarikat sudah berhenti membayar lesen. Semua dokumentasi dan peralatan yang dibuat untuk menghasilkan produk dari penyelidikan itu perlulah di berikan kepada pihak IPTA.

6. Sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak industri tidak dibenarkan melainkan ianya mesti dilakukan oleh pasukan penyelidik dari IPTA tersebut. Dan semua kos penyelidikan tambahan ini perlu dibayar oleh pihak industri.
 
7. Pengubahsuaian tambahan ini walaupun ianya datang dari cetusan idea pihak syarikat yang membeli lesen, pihak IPTA boleh juga memberikannya kepada pihak ketiga yang juga memiliki lesen yang sama.

Itulah sebahagian dari realiti R&D IPTA di Malaysia. Ianya tak sama antara satu IPTA dengan yang lain tapi asas dan rangkanya tetap sama.

Sebab itu banyak R&D dari IPTA di Malaysia susah nak dikomersialkan oleh industri. Hanya kerana banyak songel dan cekadak di pihak IPTA itu sendiri…

Hahahaha…. mentaliti third world camnie la…



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???