29 June 2009

Ujian Memandu Untuk Bas Dua Tingkat

Korang tau dak bahawa JPJ tak pernah keluarkan kelulusan lesen khas untuk pemandu bas dua tingkat... sebab takder silibus berkaitan dengannya yang pernah digubal dan diluluskan.. Sekolah memandu pulak takder bas sesuai untuk dijadikan bas latihan...

Maknanya.. semua pemandu bas dua tingkat sebenarnya tidak layak untuk memandu bas ini... merbahaya... sebab mereka tidak berkemahiran untuk mengendalikannya.... malah inilah antara punca menyebabkan beberapa kes kemalangan maut melibatkan bas dua tingkat berlaku...

Kerajaan pula tidak pernah memberikan arahan untuk meminda akta pengangkutan jalanraya yang membolehkan satu kelas lesen memandu khas untuk pemandu bas dua tingkat... Biasanya bas dua tingkat hanyalah untuk kegunaan dalam bandar (kurang dari 80 km/j) kelajuannya demi untuk kestabilan...

Tapi LPKP ader pulak mengeluarkan lesen untuk membawa masuk dan menggunakan bas dua tingkat.. malah LPKP benarkan bas dua tingkat dijadikan bas ekspress jarak jauh... yang biasanya dipandu melebihi dari had yang sepatutnya (80 km/j).....

Jadi sekarang ini... isu yang berkaitan dengan kereta automatik untuk latihan memandu dan kelas khas untuknya sewajarnya juga ditambah dengan isu bas dua tingkat (silibus latihan memandu) serta lesen yang yang berkaitan...

Inilah yang lebih utama patut diteliti dan dikuatkuasakan... jangan sampai bas dua tingkat menjadi kuburan bagi para penumpang bas... Bas dua tingkat sewajarnya tidak langsung dibenarkan menjadi bas ekspress jarah jauh melainkan hanya untuk penggunaan dalam bandar sahaja demi untuk menjimatkan ruang dan kapasiti penggunaan...

Apa pandangan korang?

Baca Sini : Akta dipinda khusus untuk kereta automatik bagi ujian memandu

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???