13 August 2009

Apa Itu H1N1?

Apa itu H1N1?

'H' bermaksud Hemagglutinin protein

'N' bermaksud Neuraminidase protein

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake (wabak) di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus lah outbrake di Mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

  1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
  2. Perempuan yang mengandung
  3. Orang yang ada penyakit asma
  4. Orang ramai yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yang besar', kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
  5. Perokok
* kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan2 di atas.

Simptom-Simptom

Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya (bukan sebab tengok bola sampai pagi atau pun sebab mu kalah ke ape ye)

Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)

Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Hari 4 - sakit dada yang teruk........jumpa doktor dengan segera.......

Hari 5 and above - lung collapse @ koma

Langkah-langkah kawalan

  1. golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
  2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
  3. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
  4. jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
  5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)
  6. untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
  7. jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
  8. jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
  9. tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubatan untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
  10. vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
  11. untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
  12. tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini

Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

1 comment:

  1. Berita baik bagi kita umat Islam dalam menangani wabak H1N1.

    Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda" kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

    Ini adalah ikhtiar kita. Belilah apa2 jenama Habbatus Sauda dan amalkannya SEKARANG!!
    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???