Kes kematian Teoh Beng Hock nampaknyer akan mempunyai penghujung yang hampir sama dengan kes kematian Altantuya..... Dan yang pastinyer juga... konsep dan corak hampir sama dengan kes kematian Noritta Shamsudin.
Tiada penamat.... dan ianya seakan tergantung tanpa penyelesaian yang konkrit. Teoh Beng Hock pastinya akan disahkan sebagai mati membunuh diri.... Altantuya pula mati diletupkan dan Noritta Shamsudin mati dijerut dengan wayar telefon...
Bagi ketiga-tiga kes, motif kematian atau pembunuhan tidak akan dikenalpasti selamanya. Ianya seakan tiada motif. Teoh Beng Hock mungkin suka-suka sahaja membunuh diri. Altantuya pula mati diletupkan tanpa sebab munasabah. Noritta Shamsudin pula mati terjerut tanpa dikenalpasti siapa yang menjerutnya serta motifnya.
Jangan pula kita lupa kes kematian Mustakizah yang dibunuh tidak lama dahulu. Apa motifnya punya sampai kiamat kot kita tak akan tahu... Pelik bin ajaib.... Polis Malaysia yang khabarnya amat hebat menyelesaikan pelbagai kes jenayah pun tidak akan dapat mengenalpasti motif dan sebab kematian kesemua penama yang diceritakan diatas.
So.... kita lupakan dulu isu ini sebabnya penamat baginya adalah seperti yang semua orang jangkakan....
Selepas ini.... agak-agaknya lah... siapa pulak yang akan mati tanpa diketahui asbabnyer...
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???