Nampaknya inisiatif untuk menggabungkan ketiga-tiga entiti GLC yang berkait rapat dengan masyarakat desa kini sedang giat dijalankan, disebalik beberapa kemelut yang kecoh digembar-gemburkan didalam media utama.
Felda, Felcra dan Risda kini khabarnya telah mencapai satu kata sepakat untuk meneruskan penggabungan ala Synergy Drive hasil cadangan Najib Razak (yang pastinya didesak oleh adiknya Nazir Razak).
Penggabungan ketiga-tiga entiti GLC ini akan menyebabkan keseluruhan aset yang berkait rapat dengan perladangan akan digabungkan yang mana boleh menyebabkan ada pihak yang akan untung besar dalam penggabungan ini. Ada pihak pula yang akan menanggung kerugian yang agak besar.
Dijangkakan penggabungan ini akan menyebabkan kesemua aset yang ada akan diletakkan dibawah Felda yang dikuasai sepenuhnya oleh proksi UMNO/BN yang kemudiannya disyaki akan digabungkan pula dengan Synergy Drive (Sime Darby) bagi membentuk satu konglomerat perladangan yang bernilai puluhan bilion ringgit.
Penggabungan ini nampaknya tenggelam dibawah radar bagi seluruh Malaysia kerana isu-isu picisan lain yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya TV3.
Gua berpendapat bahawa gabungan entiti ini akan menimbulkan beberapa masalah besar dimasa akan datang seperti yang biasa berlaku dalam mana-mana gabungan yang lain dimana masalah pengurusan akan menjadi lebih mencabar. Tindakan pihak-pihak yang berkepentingan didalam penggabungan tersebut pastinya akan menyebabkan pemilikan saham dalam gabungan itu akan jatuh ketangan pihak lain.
Setakat maklumat yang gua dapati.... usaha penggabungan ini telah mencapat status lebih dari 60% dan dijangka penggabungan ini akan lengkap dan termeterai seawal pertengahan tahun 2010. Maklumat yang sama juga mengunjurkan bahawa akan ada satu lagi inisiatif untuk menggabungkan entiti Felda, Felcra dan Risda ini didalam Synergy Drive (Sime Darby) dalam tempoh kurang dari 6 bulan selepas Felda, Felcra dan Risda bergabung.
Pihak-pihak yang berkepentingan khabarnya amat mengalu-alukan penggabungan ini kerana nilai saham yang pasti boleh dijanakan mencecah nilaian bilion ringgit. Pihak asing juga amat menunggu-nunggu peluang mereka untuk meratah saham yang sama melalui proksi mereka sebaik penggabungan berjaya dilakukan dan saham diapungkan di Bursa.
Apa yang pasti, tindakan menggabungkan entiti GLC sebenarnya lebih memusnahkan dari menaiktarafkan entiti tersebut. Gua berharap agar pemilik saham minoriti dalam Felda, Felcra dan Risda (iaitu peneroka dan pekebun kecil) agar menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menyekat penggabungan ini kerana jika tidak ianya akan menyebabkan pemilik saham minoriti akan dianiaya.
Selepas gabung, jual kepada negara asing.Eloklah tu.
ReplyDeleteMacam mana hendak dikatakan bersikap patriotik dan taat kepada negara?