30 November 2009

Gua Nak Marah Nih

Bhai.. Gua nak kasitau semua... gua nak marah nih... memang marah tahap Raksaksa Sepit nih...

Pasai apa.... nih gua bagitau ikut format Che Det nih...

  1. Sekarang nih musim "Tengku Joe" (tengkujuh) ... jadi merata-rata la ader hujan hari-hari... Tapi cam sial betul kat Kemaman nih ... terutamanya kat area Bukit Kuang (paling cam sial adalah jambatan Bukit Kuang nih) .... jalan tar dah rosak teruk dah... bukan sehari dua.. dah lebih 2 minggu dah.. tapi takder sesapa nak amik tindakan.. JKR Negeri dan Pusat buat buta kayu jer... sebab jalan tar rosak... jalan jadi jem sejauh lebih 10 km di kedua-dua arah... giler ker aper... Kenapa takder sesapa nak amik tindakan nih.... itu hari masa Hari Raya Haji (Jumaat) ... hari kering takder hujan... awat.. tak boleh nak turap jalan ker... 3 hari oooi.. takder hujan.. takkan tak reti nak turap ... turap ler sebelah-sebelah... jambatan nie dah ler kecik... selorong jer sebelah... giler aper... laluan utama tue...
  2. Dah tau jalan tar di jambatan Bukit Kuang tue dah jahanam... tapi POLIS dan JKR takder pasang papan tanda tunjuk jalan alternatif.... pasang la.. bukan mahai pon kosnya... tue yang berbilion abis kat PKFZ tue takper plak... Kan senang kalu ader tunjuk arah jalan alternatif.. senang la skit bagi orang yang tak biasa jalan tue (yang tak perlu masuk lalu bandar Chukai @ Texas) ... ikut jalan Jabor-Cheneh-Jerangau tue ker... ini tidak... jalan teruk jem pasai takder sistem
  3. Menteri Besar Terengganu mana pergi.. dier orang Kijal ... Bukit Kuang nie dekat jer dengan Kijal... mana dier geng-geng orang pejabat DUN ... Ahmad Said buta ker... Awang Tera takder mata dan telinga ker... takkan benda macam nie tak sampai maklumat kat korang.... baik tak payah jadi ADUN kalu macam nie..
  4. Maner dier Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) nih.... dier orang Kemaman... takkan tak balik raya haji kot... takkan tak tau benda nih... harap ader jadi Menteri jer... tapi satu habuk tak boleh pakai.... bodoh bangang nak mampus....cam sial jer...
  5. Kalu ler ader ambulan nak lalu bawak orang nak terberanak ker... orang nak mati ker... sure tunggu mati atau beranak kat dalam ambulan jer... sebab.. jalan jem sangkut macam sial.. cuba kalo korang kena jem 10 KM tetiap hari dan amik masa untuk lepas sekitar 1 setengah jam atau lebih... sure korang mengamuk punya.... kalu ikut hati gua yang panas nih.. mau romah Ahmad Said, Awang Tera atau Ahmad Shabery Cheek tue gua baling cat merah.... harap pengaruh jer kuat.. tapi takder tindakan...
  6. Takkan gua nak kasi kecoh kat TV3 bagitau sama Karam Singh Walia kot baru nak ambik tindakan.... lu orang jangan terkezut kalu isu nih gua kecohkan sampai kat AFP atau AlJazeera ... Takkan nak tunggu Najib Razak atau Muhyiddin Yassin amik tindakan kot... Menteri Kerjaraya (Shaziman Mansor) tak dapat info lagie ker... kalu tak dapat.. nanti gua sampaikan....
  7. Ini semua betul-betul Niamah ... (sori apek Patrick Teoh.. gua pinjam lu punya ayat power)
  8. Korang tau dah .... rasanyer dah berjuta-juta lemon dah orang yang sangkut kat jem bodoh pasai jalan berlubang tak berturap kat Jambatan Bukit Kuang nih maki hari-hari.... itu tak termasuk gua yang bikin maki nie macam zikir dah.... gampang punya ADUN/MB/Menteri .... tak boleh pakai betul...
  9. Jambatan nih penting oooo... sebab ader banyak kawasan Industri Minyak dan Gas yang gunakannya... terutamanya Kemaman Supply Base (KSB), Kawasan Industri Telok Kalong dan Kawasan Industri Minyak dan Gas Kerteh & Paka.
  10. Tolong aaaa.... gua dah tak larat la nak maki lagi.... dah macam zikir dah perkataan maki yang keluar daripada mulut gua nih... orang lain yang sangkut kat sini pon sama maki yang berjela dah jadi macam zikir....

Isa Samad Dah Mula Melobi

Hahaha... Korang jangan plak buat terkezut.. Isa Samad dah mula melobi nih... teringin benor dier nih nak jadi MB Negeri Sembilan sekali lagi... tak sabor-sabor nunggu PRU13 nih... Mohamad Hassan pulak dah nak tercirit la nih....

Sekarang nie kat Negeri Sembilan dah pecah 3 puak.
  1. Puak MB Mohamad Hassan
  2. Puak Bekas MB (Katik @ Doraemon) Isa Samad
  3. Puak Khairy Jamaluddin
so..... Nampaknyer Mohamad Hassan tengah panas punggung pasai duit RM10 juta yang terkantul dengan Bank Negara Malaysia nih... punya la ader banyak cara nak transfer duit (boleh guna Wire Transfer, Western Union ataupun E-Currency) tapi.. dier pilih transfer guna money changer..

Nak kata bodoh ...takkan la.. dulu Mohamad Hassan nie MD Cycle & Carriage ... takkan tak tau prosedur pemindahan wang... Giler aper... AMLA (Anti Money Laundering Act) dah lama ujud... takkan tak tau kot...

Maklumat yang gua dapat... info yang menyebabkan kekantulan Mohamad Hassan nih dibocorkan oleh puak yang tak sebulu dengannyer.. Diorang bukan boleh tunggu lama... peluang ader depan mata... so apa lagie.. kasi tau Bank Negara Malaysia (BNM) la... habis kantul... Nampak sangat la ader yang tak sabar-sabar nak jadi MB Negeri Sembilan...

Yer la... tak der peluang nak jadi Menteri di peringkat pusat (Isa Samad dulu Menteri Wilayah Persekutuan dan KJ teringin nak jadi Menteri Belia dan Sukan) ... jadi ini la peluang yang ada .. walau pun peluang nie kecik.. tapi jadi la... janji masyuk... hahaha...

Lu ingat jadi MB Negeri Sembilan tak boleh nak kaya ker.... podah ler... memang kaya punya... banyak kawasan komersial ader kat Negeri Sembilan nih.. banyak plak tanah orang Melayu yang boleh dirembat... banyak hasil negeri la....

Jadi... ada dua jer kemungkinan... Kalu bukan Isa Samad (Doraemon @ Katik) yang sabotaj MB Mohamad Hassan.... hehehe... tentunya Khairy Jamaluddin terlibat... begitulah sebaliknya... tapi apa-apa pun... masing-masing tak sabar nak merembat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum Negeri Sembilan tersungkur ketangan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti...

Dapat dua tahun jadi MB Negeri Sembilan pon dah kira okeh.... ader pencen... ader duit share masuk... dan macam-macam lagie.... halal haram aper mau kira.... spesis UMNO/BN nieh mana ader malu makan rasuah dan sebagainya....

Jika Kerajaan Melanggar Perjanjian

Perjanjian yang ditandatangani perlu diperakui dan dihormati. Belum pernah orang yang waras akalnya melanggari perjanjian yang ditandatangani sendiri. Jika kerajaan melanggar perjanjian tentulah kesannya adalah lebih buruk.

Baiklah... mari kita nilaikan isu perjanjian ini dengan kita ambil contoh perjanjian sewa beli rumah antara pembeli dan bank.

Jika pembeli melanggari perjanjian sewa beli dengan pihak bank, maka pihak bank sewajarnya diperbolehkan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Begitu juga sebaliknya jika pihak bank melanggari perjanjian sewa beli tersebut. Ini kerana mana-mana perjanjian yang telah dimeterai perlulah diperakui dan dihormati oleh semua pihak yang terlibat.

Jika isu pelanggaran perjanjian sekecil ini pun boleh mendatangkan masalah yang besar sehingga boleh dibawa kemana-mana mahkamah untuk tujuan prosiding, maka tentulah mana-mana perjanjian yang lebih besar termaktub dalam lingkungan perundangan yang sama.

Oleh yang demikian marilah kita nilaikan isu perundangan yang boleh diambil kira dalam isu berkaitan dengan perjanjian melibatkan pihak Kerajaan Malaysia seperti dibawah ini.

1. Perjanjian Damai Hadyai (2 Disember 1989)

Perjanjian damai Hadyai ini adalah diantara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Perjanjian ini semua pihak tahu akan kandungannya. Namun pihak Kerajaan Malaysia nampaknya tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani oleh mereka sendiri malah mengambil tindakan bertentangan dengan semangat perjanjian damai.

2. Akta Kemajuan Petroleum 1974

Akta Kemajuan Petroleum 1974 merangkakan beberapa garispanduan serta perjanjian antara Petroliam Nasional (Petronas) dengan semua Kerajaan Negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mana termaktub didalamnya hak-hak Kerajaan Negeri untuk mendapat 5% bayaran royalti petroleum jika terdapat operasi carigali minyak dan gas di kawasan negeri tersebut. Perjanjian ini yang sah dan nyata telah ditandatangani dan dipersetujui oleh semua pihak telah dilanggari oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia sendiri tidak melunaskan tanggungjawab memastikan perjanjian sebesar ini dipatuhi.

Jika Kerajaan Malaysia sendiri berani untuk melanggar perjanjian yang ditandatangani olehnya, maka tidak mustahil mana-mana syarikat dan individu juga berani melanggar perjanjian. Janganlah anda terkejut dengan kes ramainya peminjam MARA yang melanggar perjanjian dengan tidak mahu membayar balik pinjaman. Ini kerana mereka menerima pakai konsep "Kepimpinan Melalui Tauladan"

Saya nasihatkan semua pihak (terutamanya pelabur asing) supaya menjauhkan diri dari melabur di Malaysia kerana pihak Kerajaan Malaysia terkenal dengan sikap melanggari perjanjian yang ditandatangani. Selagi mana Kerajaan Malaysia masih lagi ingkar dan tidak menghormati perjanjian yang telah ditandatangani, maka selagi itulah sewajarnya mana-mana pihak mengelakkan dari berurusan dengan Kerajaan Malaysia.

"Kepimpinan Melalui Tauladan" hanyalah retorik semata-mata. Kerajaan Malaysia sendiri tidak mengamalkannya bagaimana pula rakyat perlu mengamalkannya. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Kolonel Mat Adalah Pegawai Bawahan

La nie kecoh pasai isu "Kolonel Mat". Ada websurfer yang masuk blog gua nih dan bagitau bahawa Kolonel Mat adalah pegawai bawahan jer... Dalam hirarki Angkatan Tentera ader banyak lagi pegawai atasan... Mari kita soroti pangkat-pangkat yang ada dalam Angkatan Tentera Malaysia selain dari pangkat Kolonel

  • Jeneral
  • Leftenan Jeneral
  • Mejar Jeneral
  • Brigedier Jeneral
  • Kolonel
  • Leftenan Kolonel
  • Mejar
  • Kapten
  • Leftenan
  • Leftenan Muda
Maklumat lanjut korang boleh baca kat SINI.

So.... apa kaitannyer dengan isu Kolonel Mat nih... hehehehe...

Kaitannyer adalah.... Kolonel tue adalah orang nombor 5 dalam hirarki Angkatan Tentera... jadi maknanya kalu Kolonel Mat nie kononnya yang mengetuai agenda nak menjatuhkan TGNA... gua rasa tak berapa tepat la... Kolonel nie orang nombor 5 jer.. diatas dier ader 4 lagi jawatan besar...

Agak-agaknyer la... siapa plak nama-nama yang akan disenaraikan sebagai Jeneral, Leftenan Jeneral, Mejar Jeneral dan Brigedier Jeneral tue.. ... sure rasanyer ader nama-nama dier... diorang nie la kepala agenda nak menjatuhkan TGNA dan PAS di Kelantan...

So.... siapakah Jeneral yang terlibat aaaa.... nak gak tau... Harap-harapnyer la... TGNA dapat terangkan sapa nama Jeneral yang terlibat lepas kita dah tau pasai Kolonel Mat nih...

Itu semua belum masuk pegawai lain-lain pangkat dan pegawai bawahan..... pergh... sure ramai punya yang terlibat nih... nie bukan satu platun.. tapi mungkin satu batalion.... kalu satu platun.. tak cukup ramai nak buat kerja menjatuhkan TGNA dan PAS di Kelantan...

Gua jamin nie semua usaha berterusan satu batalion nih... yang mana terdapat pegawai risik batalion nih yang dah menyusup masuk dalam PAS Kelantan dan Pusat... korang ingat nie benda kecik ker... woi... besar ooooo...

Jadi... biler la kitorang akan dapat tahu nama Jeneral yang terlibat... hahaha

29 November 2009

Watak Kolonel Mat Terdedah

Siapa Kolonel Mat? Adakah ianya sekadar kiasan, khayalan atau realiti? Mari kita dedahkan watak Kolonel Mat nih...

1. TGNA yang memula sebut nama "Kolonel Mat" dan bukannyer "Kolonel Sanders" ... kemungkinan TGNA cakap nama nie sebagai kiasan memang ader potensi. Tapi dalam keadaan UG dah makin kuat dalam PAS.... rasanyer "kolonel Mat" nih bukan kiasan,

2. Ramai yang melatah pasai isu "Kolonel Mat" nih sampaikan Kickdefella pun perasan yang bapak dier dikaitkan dengan isu "Kolonel Mat" nih... dier kata ini nama timangan bapak dier.. ntah ler.. gua tak tau betul ker idak.. mungkin betul kot.. tapi rasanyer ini bukan "center of the issue" yang TGNA cakapkan tue...

3. Adakah "Kolonel Mat" nih dikaitkan dengan Task Force 2010 .. kemungkinan tue ader.... cuma nama dier jer yang tak sama... jadi isu Task Force 2010 nih kita tak boleh letak kesampingan.... ader link jugak..

4. Adakah "Kolonel Mat" nih dikaitkan dengan kumpulan UG (Kerajaan Perpaduan)... kemungkinan tue memang kuat... sebab kumpulan UG nie dah lama ditanam dan bertapak dalam PAS ... dah lebih dari 20 tahun... bukan baru benda pernyatuan nih... sejak lepas Tragedi Memali nih... lama dah...

5. Mole (agen talam dua muka) dah lama menyusup dalam PAS ... semenjak PAS menang di Kelantan dulu pon .. ramai yang disusupkan .... dari kumpulan professional (termasuk pakar motivasi) sampailah kepada kumpulan agama.... ramai tue... yang peliknya satu pon tak diperasankan oleh pimpinan dan akar umbi PAS... semua seronok biler makin ramai yang masuk PAS tanpa dikenalpasti tujuannya...

6. So... Adakah kemungkinan nama nih yang sebenarnya ditaakulkan oleh TGNA ...... nih nama yang gua saspek setakat nih.... Kolonel Mat adalah Ust Nasha Mat Isa and the gang

so..... korang pikir-pikirkan lah... jangan biarkan PAS jatuh disebabkan oleh usaha-usaha berterusan dari Kolonel Mat dan rakan-rakannyer... La nie watak Kolonel Mat terdedah lah sudah... hahaha

28 November 2009

Isu BTN Tak Akan Selesai

Podah la.... bag UMNO/BN BTN tue penting kat diorang. Isu BTN tak akan selesai punya. Percaya lah... Sebabnya UMNO/BN survive selama nie sebabkan proses indoktrinasi dalam semua program BTN.

Bagi yang menafikan bahawa program BTN tue tak mengindoktrinasikan para peserta untuk kesinambungan UMNO/BN ... memang lah kayu... buta dan pekak kot... ataupun tido jer sepanjang program BTN..

Gua pernah pi program tue... yer la... mana ader student melayu yang tak pernah pergi program BTN nih... pergi pasai kena paksa.. tapi masa program tue... geram gak ngan fasilitator yang handle program tue... yer la... diorang ingat kita nie buta kayu macam dier ker... kita boleh pikir sendiri la...

So .. gua paling tak suka biler ader pihak dok kata yang BTN nie bagus untuk pelajar... budus ker apa... pi la tanya mana-mana student yang pernah pi program BTN .. tapi jangan la tanya kat bekas student yang kayu.. yang tak tau isu semasa .. yang jenis tak amik pot punya...

So... Bloggers Anak Bapa ader suruh Hassan Ali dedahkan apa yang ada dalam program BTN tue... jadi dengan nie gua pon nak sarankan gak kat Hassan Ali... kali Hassan Ali ader telor... siler dedahkan kepincangan program BTN nih...

So aper lagie... Hassan Ali.... siler dedahkanla... itupon kalu ader telor la.. hahahaha

27 November 2009

Qurbani

Salam Qurbani buat semua yang rajin singgah dan baca blog nih....

Layan....

25 November 2009

PKM dan Jepun

Partai Komunis Malaya (PKM) dan Jepun pernah memerintah Tanah Melayu pada satu masa dulu. PKM dan Jepun masing-masing ada sejarahnya. PKM berpeluang memerintah selama 14 hari di Tanah Melayu manakala Jepun pula berpeluang memerintah selama lebih dari 3 tahun...

Kedua-dua pihak yang memerintah nie memang tak boleh pakai punya.. kejam... dan macam-macam lagie yang boleh disabitkan dengan perangai dan tindakan mereka... Rakyat diseksa ... didera.. dirogol... dibunuh dan macam-macam lagi...

Persoalan gua la.... kenapa yang pimpinan Malaysia sekarang nie menggila tak benarkan Chin Peng masuk Malaysia... kalu dier bersalah... kita tahan la dier masa dier masuk nanti.. pastu dakwa.. dan jatuhkan hukuman.... Alangkan Pol Pot, Radovan Karadzic, Slobodan Milosevic, Saddam dan lain-lain lagi boleh ditahan dan dibicarakan serta dijatuhkan hukuman... kenapa plak Kerajaan Malaysia tak nak ambik tindakan yang sama bagi kes Chin Peng nih...

Kerajaan Malaysia marah macam nak giler kat Chin Peng (PKM) sedangkan PKM cuma memerintah 14 hari jer kat Malaysia... tapi Kerajaan Malaysia tak marah pon kat Jepun walaupun Jepun dah menjahanamkan Tanah Melayu selama lebih 3 tahun... yang 14 hari tue... kecoh nak mampus... yang 3 tahun lebih tue... buat tak heran jer... aper ker bangangnyer...

Gua pun tak paham la....

Kalu la konon Chin Peng tak boleh nak masuk Malaysia pasai ramai yang bengang kat dier... aper ker jadahnyer setakat bengang jer... amik la tindakan.... biar dier masuk.. pastu tangkap dan dakwa la dier... pastue biler jatuh hukuman... ambik la apa tindakan yang perlu.... ini. harap kecoh jer macam ayam nak bertelur... riuh sekampung... tapi bertelurnya sebijik jer... pundek la...

Kalu betul la semua anak-anak bekas askar, polis dan pasukan keselamatan tak suka dan marah sangat kat Chin Peng dan PKM... so apa tunggu lagi.. pi la sediakan dokumen untuk dakwa Chin Peng kat The Hague (Negara Belanda tuh) ... bawak la pi Mahkamah Antarabangsa.... dakwa.. buat macam kes Radovan Karadzic dan Slobodan Milosevic ..... tak pon buat bicara macam kes Pol Pot di Kampuchea tue.. .... awat tak berani nak sediakan dokumen ker.. atau takder bukti nak sabitkan kesalahan.... atau... memang takder telor nak berdepan secara jantan dengan Chin Peng dan PKM tue...

Gua bukan sokong Chin Peng dan PKM ... atuk gua dulu pon perang besar dengan komunis nie... tapi... dalam dunia nyata sekarang nih... "everyone is not guilty until proven guilty" ... so ... tak puas hati.. pi la dakwa.. pi la buat hujah.. pi la tunjukkan lu ader telor...

So... sekali lagi gua nak ingatkan.... mana yang sepatutnya lu orang bengang... 14 hari atau 3 tahun lebih.... kalu lu rasa yang 14 hari tue lagi lahanat.... memang la lu orang nih bangang tahap gaban... pada gua yang 3 tahun lebih tue lagi lahanat....

Woi.. lu orang takder telor ker???

24 November 2009

EXCO Terengganu Letak Jawatan

Gua amat bengang nih... seeloknyer EXCO Terengganu (dua orang nih) letak jawatan... Pasai apa....

Dua nama EXCO Terengganu nih (Yahaya Khatib Mohamad dan Toh Chin Yaw) memang patut letak jawatan dengan kadar segera. Begitu gak dengan semua Ahli Majlis Perbandaran Kemaman.

Tiga empat hari nih.. hujan lebat berpanjangan kat Kemaman nih.. sampaikan Kawasan Perindustrian Telok Kalong pon banjir.. Tersekat sana sini kenderaan.. Atas jambatan Bukit Kuang nih pulak... jalan rosak... jem sampai dekat 5 KM dua-dua arah... giler aper... Cuma semalam dan hari nie jer baru ader nampak Polis jaga.... kalu tidak.. hampeh...

Jalan Perwaja ader banjir (air luruan) dekat kawasan kem Askar Wataniah.... nie dah selalu dah banjir nih... Itu jalan utama nak pi Kemaman Supply Base (KSB) ... Ader banyak syarikat besar kat situ seperti Halliburton, Schlumberger, Scomi, Perwaja, dan lain-lain kat situe... tapi kawasan banjir nieh tak pernah EXCO dan Ahli Majlis nih nak ambik tau...

Kat Kawasan Industri Telok Kalong plak ader Seca Dyme, Daya Material, Aldwich, Tanjong, UMW, Unichamp, Huntsman Tioxide dan banyak lagi syarikat berkaitan Minyak dan Gas... bukan kawasan cikai nih...

Woi.. kawasan industri sepatutnya kena la jaga.. nie industri penting nih... yang bagi banyak kutipan cukai kat Terengganu dan Majlis Perbandaran Kemaman... kalu tak reti nak jaga infrastruktur bagi tak kena banjir .. baik letak jawatan jer la... buat malu jer...

Tue jambatan Bukit Kuang tue... tue la satu-satu jalan utama paling penting di Kemaman nih... kalu runtuh jambatan tue.. mau 1Malaysia takder minyak nanti... bodoh ker apa... dengar citer nak buat jambatan baru.. tapi dah masuk 3 kali pilihanraya... tak nampak pon usaha kearah tue... harap janji jer la...

Even jalan nak pi TATIUC (Kolej Universiti TATI) pun banjir gak kat area depan Huntsman Tioxide tue... giler aper... tue semua bukan kawasan baru banjir.. dah selalu... takkan MB Ahmad Said tak tau kot... tue jalan nak pi romah dier dan romah mak bapak dier... aper daa...

Gua harap Ahmad Said pi la jengok skit kawasan Industri Telok Kalong, KSB dan sebagainya kat sini dan kasi elokkan infra kat sini supaya syarikat berkaitan Minyak dan Gas kat sini still nak stay kat Kemaman nih... takut nanti diorang berpindah pi GEBENG atau Tanjong Agas baru la tau... masa tue baru la keluar air mata darah tengok pengaliran pelaburan ke Pahang dan bukannyer Terengganu...

So.... kepada dua EXCO Terengganu yang gua tuliskan nama kat atas tadi dan jugak kat bawah nie... sila letak jawatan dengan kadar segera.... buat malu jer...

  • Yahaya Khatib Mohamad – Adun Pengkalan Berangan, Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam
  • Toh Chin Yaw – Adun Bandar, Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar

22 November 2009

Banyak Katak Dalam Musim Hujan

Binatang yang paling suka kat hujan adalah Katak. Jadi kita takkan terkezut biler lihat banyak katak dalam musim hujan. Nie la masa paling best buat katak.. yer la... hujan lebat jadi air banyak.. ular tak sempat la nak baham katak... hahahah..

Katak nie paling suka melompat.. jarang orang boleh lihat katak jalan merangkat atau mengesot (gua biasa nampak pasai kat kampung gua banyak katak puru... hahaha) ... Biler melompat tue.. tak berapa jauh sangat.. yer la... kaki belakang tue tak berapa kuat... tapi tak semua katak tak lompat jauh.. ader gak jenis katak (kecik betul) yang gua pernah tengok melompat setinggi siling rumah... yang best tue katak jenis nie boleh melekap pada dinding... hehehe... kecik kenit jer katak nih...

Hahaha .... dalam hujan nih (dah dekat 5 hari tak berhenti di Chukai Kemaman nih) .... air naik mendadak.. ader beberapa kawasan rendah dah naik air... banjir la... yer la... banyak longkat tersumbat.. pasai apa... sebab kat Kemaman nih diorang buat longkang (monsoon drain) jenis bertutup.. itu la masalahnyer.. pastue longkang (monsoon drain) dier kecik dan cetek... hahahaha... apa punya engineer yang design nih... Majlis pon tak ambik pot... takkan basic civil engineering pon tak tau kot... budus la..

Gua bukan nak citer pasai banjir dan hujan nih.. tapi gua nak citer pasai katak...

La nie gua saspek dalam masa terdekat (maybe lepas raya qurban) ... macam cerita Qurbani la... hahaha... banyak anak katak yang dalam PAS akan bersedia untuk melompat....

Diorang nie dah lama bersedia untuk melompat... yer la .. dulu diorang sabor tak nak melompat pun bukan pasai apa... semua pasai isu bai'ah yang diheboh dikatakan tue...... tapi lepas nie kalu isu bai'ah nie dah dapat diorang counter .. sure diorang akan melompat...

Apa-apa pun.. pada gua.. biarkanlah diorang nie nak melompat ker... takper .. kita biarkan jer la.. sebab biasanyer biler katak melompat... tak lama lepas tue ader la yang kena ngap ngan ular ... Ular ngan UMNO samer jer... hahahaha.. kaki belit.. tak boleh pakai .. dan sebagainya...

Lagi cepat katak-katak nie melompat .. lagi bagus la... senang dah lepas tue.. PAS dah dapat dibersihkan... biler dah bersih.. senang nak la tetapkan hala tuju balik.. la nie dah berceramuk hala tuju semua disebabkan oleh anak-anak katak nih... Apa-apa pun.... tahaluf siyasi untuk dengan UMNO nih pada gua ngarut jer... UMNO ngan ULAR samer jer... kaki belit...

Okeh... sebagai hiburan masa musim hujan nih.. sila tonton video kat bawah nih...

19 November 2009

Tragedi Memali 24 Tahun Lalu


Gua masih ingat lagi... ingat sebijik sebutir apa yang berlaku di Kampung Memali .. Tragedi Memali 24 tahun lalu masih clear.... Yang paling gua ingat sekali... masa tue gua takder kelas penting sebab baru lepas exam ...musim hujan kat Perak masa tue... kampung gua banjir ... gua pindah ke romah jiran...

Kecoh dalam TV isu pembunuhan beramai-ramai oleh PDRM di Memali... ceritanya semua orang rakyat Malaysia dah tahu.. ader yang tahu cerita betul.. ader yang tahu cerita tipu... ader yang tahu sipi-sipi jer...

Gua paling ingat sekali ialah bilamana ader seorang pakcik tue buat pengakuan kat dalam TV masa berita... pakcik tue baca ikut teks... yang paling gua ingat adalah...... ader bayang senjata (kemungkinan M16) terhunus kat pakcik tue masa dier baca pengakuan tue... Gua dan famili kata... pergh... giler betul... takkan sampai kena paksa buat pengakuan pakai senjata api.... giler ker aper...

Bab anggota polis yang mati dalam kes tue.. paling gua terkejut masa tue... sebab kematian diorang semua adalah kerana tembakan peluru 5.56mm, 9mm dan .38 .... semua tue peluru senjata PDRM ... bukannyer kena peluru penabur ker .... kena keris ker... kena sabit ker.. kena cangkul ker ... tak pon kena sumpit ker...

Yang mati tue dah la mati... yang idup nih... biler agaknyer Kerajaan Malaysia nak selesaikan urusan mahkamat berkaitan kes ini yang telah tertangguh sekian lama... Sampai biler aaaa... atau sebenarnyer Kerajaan Malaysia tak berani nak teruskan urusan Mahkamah nih...

Sama gak macam kes komunisma Chin Peng dan Rashid Maidin... Kerajaan Malaysia tak berani nak buat urusan Mahkamah pasai diorang sure kalah punya... takder bukti kukuh... cuma hearsay jer...

Akhir kata... salam sejahtera buat semua yang gugur syahid di Tragedi Memali 24 tahun lalu.

Artikel ini diilhamkan dari artikel dalam blog Albanjari dan TokPepijat

Grafik pulak dirembat dari blog Albanjari (sori tanpa kebenaran)

18 November 2009

Nazri Aziz, Ada Berani Ka?

Pergh... Karpal Singh dah sahut cabaran Nazri Aziz YB (YB = Yang Bangang) pasai isu V.K. Linggam nih... hahahaha... Nazri Aziz, ada berani ka? so... apa tunggu lagie.. Nazri Aziz patut suruh Gani Patail (AG) keluarkan surat kelulusan untuk Karpal Singh dakwa V.K. Linggam...

Hahaha...

Tapi jawapannyer gua dah boleh predict.... Nazri Aziz nie maner ader telor... cakap jer besar... tapi telor kecut... hahahaha.... dier mesti akan kata bahawa dier boleh suruh Gani Patail buat.. tapi tak boleh paksa Gani Patail buat... hahahaha... Nazri Aziz nie bukan ker kaki belit...

Pasai tue la Che Det tak suka kat dier nie dari dulu lagi... selepas dier tak jadi nak menikah ngan Marina .... hahahaha

So... korang jangan mimpi la nak lihat V.K. Linggam tue didakwa... hahahaha.... Nazri Aziz takder berani punya... kalu dier buat gak... ramai la yang akan terjerat... hahaha... silap-silap dier sekali pun terjerat... Lu orang ingat V.K. Linggam nak kena tindakan sorang-sorang ker... sure dier akan babitkan selagi boleh...

Gua boleh bet yang V.K. Linggam akan pautkan semua nama-nama besar kat Malaysia... dier takkan jatuh sorang-sorang... dier takkan kena sorang-sorang... Jadi... sure la Nazri Aziz YB nieh takkan tunaikan janji dier... lagipon Nazri Aziz nie jenis tak bertelor... jenis cakap besar jer berani la... anak dier sendiri pon tak boleh nak kawal... macam setan... hahahaha

Kalu Nak Menang PRK Kota Siputeh

Benda nih simple jer... kalu nak menang PRK Kota Siputeh.... cuma ader satu jalan jer kat PAS/PR ....

PAS kena bersihkan taik-taik yang berlambak dalam parti dier... PKR pun kena buat kerja bersih yang sama... DAP pun tidak terkecuali... cuma yang lebihnya PAS kena buat paling banyak...

Sebab apa....

Sebab PRK Kota Siputeh akan ditandingi oleh PAS ... jadi kalu PAS tak berminat nak membersihkan diri mereka dari taik-taik UMNO/BN ... maka lebih baik PAS kalah jer kat sini.... PAS boleh menang besar kalau.....
  1. Hassan Ali dikenakan tindakan tatatertib dan digantung sementara sehingga selesai siasatan JK Disiplin PAS
  2. Ust Nasha pun patut kena yang sama macam Hassan Ali
  3. Mustapha Ali pun patut kena tindakan tatatertib
  4. Ust Haron Din pun patut disiasat dan kalu bersalah dikenakan tindakan.
  5. Roslan SMS pun patut jugak kena siasatan
  6. Husam Musa pun patut jugak kena siasatan (isu lain)
  7. Khalid Samad pun patut kena gak siasatan
Pendek kata... kalu PAS buat bodo dan wala' tak bertempat serta tak mengambil inisiatif yang menyakinkan.... sure PAS/PR akan kalah besar di PRK Kota Siputeh... sayonara la jawabnyer...

Pilihan la nih ader ditangan Pimpinan PAS .... pandai-pandai la korang... jangan nak tunggu PRU13 baru nak buat keputusan... itu dah lambat tue... itu kira dah abis bodo dah tue...

Gua setuju ngan point yang AdukaTaruna kasi tue kat blog dier...

Isu Persepsi Lagi

Pergh... tak abis-abis dengan isu persepsi lagi... biler la nak abis isu persepsi nih... ntah ler...

La nie timbul plak isu Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang telah menyenaraikan 1Malaysia berada di tangga 56 dari 180 buah negara... pergh... jatuh lagie... Tahun sudah... 1Malaysia berada di tangga 47 ... la nie jatuh 9 anak tangga kepada 56 bhai...

Banyak tue jatuh...

Isu Indeks Persepsi Rasuah (CPI) nie secara otomatiknya akan menyebabkan pelaburan asing yang masuk ke dalam negara akan merosot.. Sebab apa... sapa mau berniaga dan berurusan dengan negara yang kuat mengamalkan rasuah.... Persepsi nieh bhai... sekali orang kata penipu... sampai bila pon susah nak kikis isu penipu tue.. hehehehe

So semacam la... orang kata kaki rasuah... sampai mati pon orang akan ingat kaki rasuah... hahaha... busuk betul la...

Maknanyer.. sejak dari Najib Razak jadi PM (boneka @ Rosmah Mansor adalah PM sebenar) .... sejak itu la Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kita makin merosot.. toksah la nak compare dengan Singapura... kita la nie sama level dengan Namibia, Samoa, Slovakia and Latvia ... hahahaha..

Biler la Indeks Persepsi Rasuah (CPI) nih akan okeh ntah ler... takkan nak tunggu biler PR dah naik nanti jadi Kerajaan Pusat... hahahaha... lambat lagi tue... hahaha (sure geng PR marah gua pasai gua kata lambat lagie...)

Yang pastinyer.... kenapa CPI nie naik mendadak... hehehe... sebab dari Peguam Negara (AG), SPR, PDRM, SPRM dan Institusi Kehakiman pun rasuah.... hahahaha... tak caya .. cuba tanya itu V.K Linggam (correct, correct, correct).. Ini yang buat gua bangga nih... hahahaha... rasuah tahap mega.... hahahaha...

So... apa-apa pon.. gua bangga gak lah... sebab rasuah nie mendapat no 1 dalam pentadbiran Najib Razak... hahaha.... keutamaan nombor 1... (numero uno).... hahahaha....

17 November 2009

Yang Ini Gua Setuju

Betul.... yang ini gua setuju.... yer la... bab pendidikan memang nombor satu dalam diri gua... wife gua pon cikgu Matematik dan Bahasa Melayu... jadi .. memang gua amik tau banyak bab pendidikan nih...

Gua setuju yang mulai pertengahan tahun depan, murid darjah enam di seluruh Terengganu akan menduduki peperiksaan secara dalam talian (online) selepas semua murid di negeri itu memperolehi e-Book yang dibekalkan kerajaan negeri.

Benda bagus nie memang patut dijalankan... sebab dengan cara nie assessment untuk pelajar dijalankan secara sentral... kalu tidak... ader la mak bapak yang jadi cikgu yang akan bantu anak dier kat exam... benda nie gua ader lihat berlaku dibeberapa sekolah yang wife gua pernah ajar...

Malah ader kes yang pelajar belajar dikelas yang mak atau bapak dier yang ajar... pastue masa exam ... mak atau bapak dier lak yang jaga kelas tue... memang sohih ader yang terbocor info punya... lu tak percaya lu pi la siasat...

Biler exam secara sentral nih.. makanyer kurang la skit isu mak atau bapak (yang jadi cikgu) yang tolong anak dier dalam exam ...... ader plak mak bapak yang mintak adjustkan gred anak dier supaya boleh masuk kelas bagus...

Itu belum lagi benda-benda lain... misalan... ader mak atau bapak yang jadi cikgu nih yang lobi supaya anak dier jadi pengawas sekolah ler... ketua pengawas ler... dan macam-macam lagi... siap kalu ader event bahas ker... pidato ker... bercerita ker.. dan sebagainya diperingkat daerah nih.. ader la anak cikgu yang dapat pi... sedangkan ader berlambak lagi pelajar lain yang lebih layak....

Kalu korang nak tahu... Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Program Rancangan Makanan Tambahan tue pon ader gak anak cikgu yang dapat.... yang tue gua tak paham tue.... bukan la gua dengki... gua pon ader anak yang belajar di Tahun 1 dan Tahun 2 .. tapi gua warning sama diorang... kat sekolah... takder mak-mak... yang ader cuma cikgu jer...

Jadi... takder pilih kasih langsung... gua warning anak gua pasai gua rasakan tak patut la anak gua amik hak orang miskin atau susah... banyak lagi pelajar lain yang layak... Bukan la nak katakan yang gua kaya atau berada... tapi ... boleh la... ader la senang skit....

Wife gua plak... memang tak suka anak gua perasan best kat sekolah pasai mak diorang cikgu kat situ... jadi memang anak gua takder chan nak rasa hebat kat sekolah... dier treat sama jer cam pelajar lain... no exception...

So... memang gua setuju mulai pertengahan tahun depan 2009, murid darjah enam di seluruh Terengganu akan menduduki peperiksaan secara dalam talian (online) selepas semua murid di negeri itu memperolehi e-Book yang dibekalkan kerajaan negeri.

Perancangan Tahap Mega

Lu orang tau dak... kalau nak jatuhkan sesapa pon... kena buat satu perancangan tahap mega... biasanyer perancangan nieh bukan amik masa satu dua hari.... tapi lebih dari tue..

Dulu gua biasa didedahkan dengan beberapa senario perancangan tahap mega (berstatus antarabangsa) yang melibatkan pimpinan sesebuah negara... Jadi bagi pihak yang berseteru dengan mana-mana pimpinan sesebuah negara tue... dier akan buat beberapa perancangan ... ada perancangan kecil... perancangan biasa ... perancangan terhad ... perancangan sokongan ... dan ada perancangan besar (mega) ...

Perancangan kecil biasanyer melibatkan paling kurang satu atau dua agen (mole) atau unit.... ianya kecil sahaja dan hasil dari tindakan perancangan tersebut biasanya untuk isu yang kecil. Ianya hampir sama dengan perancangan terhad walaupun perancangan terhad ini cuma releven untuk satu isu setempat namun hasilnya akan menjadi penunjuk jalan kepada perancangan biasa.

Perancangan biasa pula biasanya dianggotai oleh sekurang-kurangnya 10 anggote (agen @ mole) dan melibatkan dua atau tiga isu secara serentak. Ianya adalah hasil daripada gerakan perancangan kecil yang dimaksimakan impaknya untuk kesan yang lebih tepat. Perancangan biasa ini juga biasanya dilengkapi sama dengan perancangan sokongan (backup) untuk memastikan semua agenda dapat dilaksanakan....

Perancangan besar (mega) pula biasanyer melibatkan anggota yang ramai (paling kurang 20 orang) dan dilengkapi dengan unit risikan, unit pemantauan, unit susupan, unit tindakbalas dan unit maklumat. Informasi disalurkan secara tetap dan lengkap siap dengan analisa dan tinjauan. Inisiatif ini biasanyer digerakkan seawal yang mungkin dan biasanyer mengambil masa 1 hingga 3 tahun barulah menampakkan hasil...

Oleh itu... lu orang ingat aaa.. nak menjatuhkan seseorang pemimpin tue amik masa satu dua hari jer ker.... Wei.. semua tue amik masa lama la...

So.. bagi kes TGNA nih... agenda nak menjatuhkan dier (dengan macam-macam cara) dah digerakkan seawal tahun 1990 lagie... lama tue bhai.... bukan sedikit anggota yang terlibat... bukan sedikit agensi yang terlibat... bukan sikit duit yang dah langsai dikerjakan untuk memastikan perancangan tahap mega nih dapat dilaksanakan.... hehehe...

Cuma sekarang nie... penamat dier.... mampukah agaknyer diorang setelkan perancangan tahap mega nih... rasanyer dah macam-macam perancangan yang dibuat... satu pun belum kena lagi... umpan dah banyak kali bagi... tapi ikan tak kena lagie... hehehe...

Ntah ler... tapi gua rasa la... kali ini mungkin diorang berjaya kot.... cuma checkmate dier yang belum nampak lagie... hehehe... tapi .. ader kemungkinan checkmate dier reverse ... kena balik kat kumpulan orang yang plan kan perancangan tahap mega nih... hahaha...

Kita lihat jer la... terra tak geng-geng nie buat perancangan ... siap dengan bantuan SPRM dan PDRM lagie... hehehehehe ... agensi SPRM dan PDRM ini semua kuli batak geng-geng nie jer.. hahahaha

16 November 2009

Pejuang Siber UMNO

Pergh.... pejuang siber UMNO dah mola dah...... dengan bantuan orang dalam (mole @ agen yang dah lama diorang letak dalam PAS/PKR/DAP) ..... sekarang nih tengah bertungkus lumus menabur fitnah... hahahaha

Pejuang Siber UMNO ... pejuang la konon... hahaha... lawak la... korang belum lagi boleh dilabelkan pejuang... sebab .. selalunyer korang la yang paling cepat Cha Aliff But (Cabut) lari dalam perjuangan... hahaha... kena sikit jer.. dah lari.. cikai punya pejuang...

Wei... kadang-kadang tue gua rasa korang tak sesuai la nak masuk berperang kat dalam Internet nih... satu nyer... korang tue harap sangat dengan backup ... ader income baru la korang buat.. takder income .. jangan mimpi la korang nak masuk... hahahaha...

Korang tak konsisten dan istiqamah la... semua harap ader imbuhan... hahaha...

Wei... lagi satu.. fakta yang korang kecohkan tue... hahaha... fakta basi la... fakta yang takder pucuk pangkal .. hahaha.. fakta yang takder base .... hahahaha..... Gua taknak la bagi hint kat korang camana nak beroperasi... nanti karang korang termalu la pulak..... hahaha..

Apa-apa pon... sebelum korang labelkan korang sebagai pejuang siber UMNO ... baik korang cerminkan muka korang.... hahahaha.... muka macam tak cukup sifat... hahahaha

13 November 2009

SwissCash Bernilai RM31 Juta

Pergh... rupa-rupanya skim cepat kaya SwissCash bernilai RM31 juta tue... pergh.. banyak tue... boleh antor berapa ribu orang tua dan miskin kat Malaysia nieh pi Mekah tunai haji...

Banyaknyer duit orang 1Malaysia nih yer... RM31 juta buat main-main jer... kalu kita campurkan semua skim cepat kaya yang ada dalam Malaysia nie sejak dari zaman Pak Man Telo dulu.... pergh... mau dekat bilion RM tue... hehehehe.... hebat.... hebat...

Swisscash memang ramai yang join... kat opis gua nie ramai yang terlibat... ader yang terlibat dalam promosi... cari klien.. ader plak yang amik peluang buat servis tunaikan e-wallet tue... hehehehe... gua plak... hahahaha.... gua tak terlibat langsung....

Gua ingat lagi... masa SwissCash tengah meletup tue... ader satu lagi skim... E-Barrel ... mencanak naik orang dok citer pasai benda tue.. tiap-tiap malam ader perjumpaan kelompok promosi benda nieh... gua tak join skim tue.. tapi perjumpaan kelompok tue gua pergi la... boleh kata tiap-tiap malam ader... bukan aper ... gua pi pasai ader makan FREE... hahahaha..

Gua pi join untuk makan jer... hahaha.... selalunyer yang buat promo skim cepat kaya nieh.. akan ader majlis makan-makan lepas abis program... hehehe... gua aper lagi.. sebat la... yang mana boleh... masa tue bini ngan anak-anak ader kat Shah Alam... gua plak ader kat Kemaman.... kira bujang la... hahahaha.... makan jangan tak makan.... kira halal aaa...

Tapi satu haram pon gua tak join.. sebab gua dah boleh baca jalan citernyer camana.... hahahaha.. ader satu member dulu tepon gua masa gua kat Shah Alam... dier tanya gua... errr... camana nak upkan satu skim cepat kaya... binary ker... matrix ker... Australian ker... hehehehe... ala.. yang macam online MLM tue.. siap ader e-wallet tue...

Gua pon orang tanya... hehehe.. gua ajor ler serba sedikit... free jer gua ajor... hahaha... jangan mare.... gua bab camana nak buat skim cepat kaya nieh dah khatam sejak dari tahun 1991 lagie... hehehehe.... cuma gua tak buat dan join jer mana-mana skim cepat kaya... tapi dari konsep dan sebagainya... hehehe... A to Z gua tau... nak belajar ... boleh... cuma tolong jangan buat aaa.... hahahaha

Okeh ler.. bukan niat gua nak kasi banyak skim cepat kaya kat Malaysia nie... tapi... lu orang pon tau kan... Orang Malaysia nieh (terutamanyer Melayu) .... memang cepat tamak... nak kaya cepat... pastu tak kira halal haram... janji pelaburan tiap-tiap bulan ader masyuk... hehehe ... cuba korang pikir logik... ader ker pelaburan yang masuk RM10 ribu.. tiap bulan dapat RM300 setiap masa ... tanpa ader rugi apa-apa.... giler aper... mana ader perniagaan yang untung sentiasa...

Even buat trading forex pun ader hari untung.. ada hari rugi.... giler aper asik untung jer tiap hari.... abis tue.. sapa plak yang nak rugi nih.... kalu semua orang untung... budus la....

So.. pengajaran buat mangkuk-mangkuk yang join mana-mana skim cepat kaya cam SwissCash, E-Barrel, Labu Peram, Vemma dan sebagainya.... hehehehe... jangan asik ingat untung jer.. cuba cek sama ada apa yang korang buat tue takder dikira sebagai skim cepat kaya.... hahahaha ... nanti tak pasai-pasai korang kena tipu..... dan memang di tipu pon... hahaha

12 November 2009

Wow ... Makin Hari Makin Terdedah

PAS dan PR kini dah nazak dah... makin hari makin terdedah satu demi satu kelemahan dan masalah dalaman PAS dan PR.... Usaha sedang giat dijalankan oleh agen-agen Barisan Nasional yang sekarang nie dah kuat bertapak kat dalam PAS dan PR...

Wow .. kalu jadi lah perancangan diorang nih... rasa-rasanyer PR akan tumbang di Selangor dan Kedah ... seawal bulan Januari macam ramai yang jangkakan...

Tapi gua rasa la .. paling awal diorang dapat amik alih dua negeri nih pun... sekitar bulan 3 (Mac).... itu pun bergantung kepada berapa ramai katak yang akan melompat... ikut perkiraan gua... memang ramai katak yang melompat... mana taknyer... duit masyuk bhai... bukan sikit..

Bagi yang ader utang dengan bank.. yang ader utang dengan koperasi .. yang ader utang dengan along... dah kira banyak dah duit yang disalorkan nih,,,, bukan kecik anak bhai... tapi besar bapak...

Apa-apa pun bagi yang nak blah dari PAS tue.... yang nak melompat tue.. lompat la cepat... nanti kalu terlambat... susah ... Gua cuma nak nasihatkan geng-geng pro-UG nie supaya lompat dengan kadar segera... makin hari dah makin terdedah diorang nie...

Berita Sahih

Ini berita sahih ..... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Jayanthi LG Naidu bukanlah saksi yang dicari SPRM bagi membantu siasatan kes video V.K. Lingam.

Saksi utama yang masih dicari (yang menyebabkan SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut') adalah orang yang menyamar @ berlakon sebagai V.K Linggam dalam rakaman video tersebut.

Apa yang pasti sehingga ke hari ini, PDRM dan SPRM tidak dapat mengesan dimanakah pelakon yang menyamad dan berlakon sebagai V.K Linggam didalam rakaman tersebut. Ada pihak yang mengatakan bahawa saksi utama tersebut telah melarikan diri ke Australia malah ada juga beberapa pihak yang mengatakan ternampak saksi tersebut di India.

Adakah Raja Petra Kamarudin dan Detektif Bala terlibat sama menyorok saksi utama ini agar V.K Linggam boleh didapati tidak bersalah oleh Nazri Aziz (YB = Yang Bangang). Adakah ada kemungkinan saksi utama ini disorokkan di Monggolia dengan kerjasama Abdul Razak Baginda dan Najib Razak?

Semua itu akan terjawab sekiranya pihak Interpol dapat mengesan pelakon tersebut yang berjaya menyamar sebagai V.K Linggam (yang terkenal dengan perkataan "Look Like Me, Sound Like Me, But Not Me"). Diberitakan juga bahawa pihak SPRM (MACC) telah cuba mendapatkan kerjasama dari pihak ICAC di Hongkong dalam usaha menjejaki pelakon ini.

Tawaran bernilai RM12 Bilion (wang projek PKFZ) akan diberikan pada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pelakon ini.

11 November 2009

Itu Hari Kata Anti Komunis

Hahahaha... cakap tak serupa bikin... itu hari kata anti komunis... siap bising kecoh tak kasi Chin Peng balik ke Malaysia.... ceh.... la nie... Hu Jintao, Presiden Parti Komunis China (Presiden China) plak dibagi macam-macam sambutan pasai mari Malaysia...

Wei.... Najib Razak nie bangang ker... Hu Jintao tue bukan ker kuat pegangan Komunisme dier.... aper la... takkan tak tau kot...

Pada gua la... kenapa plak kita nak halang Chin Peng itu hari balik Malaysia... kalu dier bersalah (pasai dier komunis dan anti kerajaan) ... masa dier balik tue kita tahan (tangkap) ler dier dan dakwa la kat Mahkamah... Bukan tak boleh dakwa... atau sebenarnya Kerajaan Malaysia memang takder bukti nak dakwa dier... hahahaha...

Gua bukan sokong komunisme .. tapi pada gua... semua yang dituduh apa-apa kesalahan wajar didakwa dan dibicarakan secara terbuka.... kena ader bukti... mana boleh buat pertuduhan "ex-parte" ....... budus ker aper nih... lain la kalau yang menuduh tue takder telor.... jadi tuduh atas angin jer la...

So ... kalu Hu Jintao nie boleh masuk Malaysia dengan mudah ... makanyer Chin Peng dan ahli-ahli PKM lain pon boleh masuk ke Malaysia... so aper masalahnyer...

Apa-apa pun... itu hari Najib Razak kata 1Malaysia nih anti komunis ... jadi aper kejadahnyer Hu Jintao dibenarkan masuk Malaysia....

10 November 2009

PKFZ dan Abdul Rahman Palil

Apa citer nih... takkan senyap jer... Isu kaitan PKFZ dan Abdul Rahman Palil nampaknyer dah sejuk... la nie semua tertumpu kat orang lain la pulak... hehehe... Chan Kong Choy.. Che Det... dan Ling Liong Sik ... hahahaha... 

Abdul Rahman Palil nampaknyer boleh terlepas la nie dalam isu PKFZ nih.. sedangkan dier ader duduk dalam ahli lembaga pengarah PKA ... dan dalam masa yang sama dier nih pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) .... owner asal tanah tue... 

Wei... takkan la Abdul Rahman Palil nie tak terlibat langsung dalam isu PKFZ nih... sedangkan dier la pengerusi KPPLB ... sure dier ader terlibat sama la... SPRM punya siasatan macam mana... PwC dah buat audit dah... takkan Abdul Rahman Palil boleh terlepas kot... 

Gua tau la... memang ramai malaun yang sebat untung dalam isu PKFZ nih.. tapi .. takkan la ADUN SEMENTA nih sorang boleh terlepas sedangkan yang lain la nie panas punggung pasai isu nih.... Masa kejadian kes tue... Abdul Rahman Palil nie EXCO Agama tue.... sure tau banyak bab agama nih... So ... gua nak ingatkan lu orang semua .... jangan lupa... 

Abdul Rahman Palil nie mesti ader sangkut gak dengan isu PKFZ nih... dier pon memang baik dengan owner Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) ... heheheh... tak logik la dier tak terlibat dan tak tau pucuk pangkal isu PKFZ nih... banyak tue... RM12 bilion lebih tue... giler apa... makan 15 keturunan tak abis tue....

Mencegah Sebelum Sakit

Lu orang sure tahu bahawa adalah lebih baik kita mencegah sebelum sakit... mengamalkan cara hidup sihat ... takkan tunggu dah sakit baru nak beringat... contoh paling senang mencegah sebelum sakit adalah macam nie...
  • Kurangkan pengambilan gula sebelum kena sakit kencing manis
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak (kolesterol) sebelum kena sakit jantung
  • Hentikan pengambilan MSG sebelum kena sakit kanser
  • Hentikan merokok sebelum kena sakit kanser paru-paru
dan macam-macam lagie..

Semua peringatan nie adalah satu tindakan mencegah sebelum sesuatu masalah besar akan terjadi... Bagi yang mengamalkan cara hidup tidak sihat dengan mengambil gula yang berlebihan, makanan berkolesterol tinggi, MSG dan rokok tentunya tidak dapat menerima peringatan ini. Malah ada yang beranggapan peringatan ini adalah kerana sebab dengki dan sebagainya. Tapi setakat ini belum pernah gua dilabelkan menabur fitnah biler mengeluarkan nasihat (kritik) seperti diatas..

Tapi.......

Biler gua bagi peringatan kat PAS (termasuk semua ahlinya tanpa mengira pangkat), gua dilabelkan sebagai penabur fitnah, ahli neraka dan sebagainya... hahaha.. lawak la korang nig...

Gua bagi peringatan macam nie...
  • Kurangkan atau tamatkan sepenuhnya usaha-usaha kearah UG (kanser) dengan UMNO/BN sebelum PAS menjadi tidak relevan pada PRU13
  • Kurangkan atau tamatkan pengaruh puak-puak yang suka UG dalam PAS (kanser) sebelum PAS menjadi tidak relevan pada PRU13
  • Pastikan Kelab Penyokong PAS menjadi satu cabang penting dan diiktirah sebelum PAS menjadi tidak relevan pada PRU13
Sampaikan Tuan Presiden PAS pun pukul rata bantai blogger nih... walaupun selama ini blogger yang tidak dibayar ini (malah takder apa-apa jawatan dalam parti) bermati-matian cuba untuk memastikan PAS kekal relevan dan menang dalam Pilihanraya.

Persepsi PAS dikalangan rakyat marhaen seboleh mungkin cuba dinaikkan tarafnya sehingga proPRU12 dahulu... dan ianya berjaya... tapi yang menjatuhkan persepsi PAS itu sendiri kini adalah pimpinan dalam PAS yang bodoh sombong dan besar kepala... Sikap ego tak bertempat ini wajar dikikis sebelum PAS menjadi tidak relevan pada PRU13.

Ini umpama mencegah sebelum sakit.

09 November 2009

Cerdik Tak Boleh Diikut

Peribahasa Melayu.... Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar .... memang kena pada Pimpinan PAS (yang ramai tue)... Sori ler ... apa yang gua tuliskan nih maybe akan menyebabkan lu orang benci dan geram sama gua... tapi sebelum tue... be rational la... okeh..

Memang ramai pimpinan PAS yang belajar tinggi-tinggi.. ader yang dapat MA dan PHD .. terlalu ramai yang terra bab agama nih... tapi.. sayangnyer la... diorang nie cerdik... tapi tak boleh diikut... sebabnyer... diorang nie punya ego tahap dewa dan boleh plak tue jaga status quo sesama diorang mengkhinzir buta ... wala' la konon.... cerdik tapi bangang.. sampaikan ahli bawahan dan rakyat marhaen pun tak boleh nak ikut rentak dan kecerdikan diorang nie...

Tapi...

Memang ramai dikalangan pimpinan PAS yang kayu dan bodoh bab politik dan marketing... Dalam politik dan marketing ... persepsi penonton, penyokong dan pembeli perlu dikawal dan dipastikan berpihak kepada kita senantiasa.. tapi pasai ramai pimpinan PAS yang bodoh tak boleh diajar ... maka inilah jadinyer... siap tak makan nasihat... siap boleh marah lagi kepada orang yang nasihat diorang...

Memang betullah peribahasa Melayu yang berbunyi begini "cerdit tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar" ...

Kalu pimpinan PAS nak tahu langit nie tinggi ker rendah... tunggu jer la PRU13 ... InsyaAllah PAS akan kantoi .. kalu teruskan perangai macam nie.... budus la...

08 November 2009

Kalau Beginilah Sikap Pimpinan PAS

Gua tak terkejut la lepas nih... kalau beginilah sikap pimpinan PAS dan peserta seminar... takder la terkejut lagie lepas nih...

Selama nie gua ingat pimpinan PAS (walau diperingkat mana pun) bersikap rasional dan cuba untuk cari jalan tengah menyelesaikan kekusutan dalaman parti ... malah bersikap terbuka dengan kritikan..... tak macam UMNO/BN ... tapi.. rupa-rupanyer gua tersilap laa...

Sori la... PAS memang menempah maut.... tak per.. korang (pimpinan PAS serta peserta seminar yang nampak bangang tue) .... tunggu jer la... tak lama pon... PRU13 bukan la lama lagie.. cuma ader dua tiga tahun jer... paling awal 2012 nanti...

So... teruskanlah apa yang korang pertahankan tue... dan rasakanlah pahitnyer biler PAS dah tak diterima rakyat marhen pada PRU13 ... balik la korang jadi macam katak bawah tempurung balik.. hahaha... tak depek den nak nolong aih..

Sori la.. gua tak dapat pi seminar tue.. tapi dari sumber-sumber yang gua percayai... apa yang berlaku disana tue .. nampak sangat la geng-geng Kerajaan Perpaduan (UG) terlampau ramai dan pengaruh dah kuat giler... Hassan Ali dah letak orang dier dalam semua peringkat...

Kalau beginilah sikap pimpinan PAS ... jangan harap la dapat nak kekalkan kuasa pada PRU13 nanti ... PAS dah tak laku dah... orang tak percaya dah... yer la saper nak percaya Parti yang tak nak terima pandangan rakyat marhaen ... PAS dah sama macam UMNO...

PAS dan UMNO nampak lebih semacam adik beradik la... hahahaha... tak boleh percaya la... Buat malu gua jer... kalu ini macam.. gua cadang nak kuar jer dari PAS nih... makin karut... menang skit jer terus rasa besar kepala... terus rasa hebat.. terus rasa paling power skali...

Blah la lu...

05 November 2009

Asal Usul Singapura

Story yang gua nak ceritakan ini adalah sebahagian cerita yang pernah apak gua ceritakan kat gua dan adik beradik gua masa kami kecik dulu. We all nie agak rapat ngan apak. Satu hari tu kan , mak gua pergi balik kampung (tempatnya tak payah le gua nak ceritakan). So kitorang duduk ngan apak sebab apak kena pergi kerja. Malam tu masa gua ngan adik gua namanya CHU-UN lepak-lepak kat depan TV tengok berita (Dunia Jam 10) tetiba je apak gua datang sambil berkata, "Er...korang nak dengar cerita tak, cerita sejarah masa dulu". "Eh...boleh gak", balas adik gua. Kemudian apak gua pun duduklah kat sebelah kitorang sambil memulakan ceritanya. Ceritanya begini......

Pada satu masa dahulu , ada seorang anak raja di kepulauan JAWA (JAVA) yang bernama Sang Nila Utama. Dia ini adalah seorang anak raja yang agak agressif. Tak boleh nak duduk diam. Ada-ada saja yang nak di perbuat olehnya. Dia nie adalah anak kesayangan bonda dia. Sang Nila Utama ini tidak dibenarkan berjalan seorang diri walaupun di sekitar istana melainkan dengan ditemani oleh pengawalnya. Adapun suatu hari ayahandanya telah menghadiahkan kepada Sang Nila Utama ini akan dua orang pengawal terbaik yang baru sahaja memulakan kerja di istana. Ini adalah hadiah ulangtahun umur Sang Nila Utama meningkat 12 tahun. Sang Nila Utama amat gembira apabila didapatinya dua orang pengawal ini berlainan bangsa dan kelakar orangnya. Seorang bernama Govindaraj (keturunan India) dan seorang lagi Mok Chai (keturunan China). Mereka ini sebenarnya adalah pengawal raja kerajaan China dan India yang telah dihadiahkan kepada Kerajaan Srivijaya atas dasar persahabatan ketiga-tiga kerajaan.

Adapun Sang Nila Utama ini ada mempunyai seorang balachi (joker) tua yang bernama Purnowo Gusti. Dia nie berumur dalam lingkungan 70'an ketika itu. Si Purnowo Gusti ini telah menjawat jawatan ini sejak dari kecil lagi. Adapun daya pendengaran Si Purnowo Gusti ini adalah amat kurang kerana umurnya agaknyalah. Dia nie selalu je bersama dengan Sang Nila Utama walau ke tandas sekalipun. Tiga tahun telah berlalu dan Sang Nila Utama kini berumur 15 tahun. Suatu hari sewaktu sedang lepak di halaman istana sesudah berlatih bersilat "Machan Singo" maka terfikirlah akan Sang Nila Utama ini untuk mengembara mancari satu jajahan baru untuk dirinya sendiri. Maka bertitahlah ia kepada pengawal dan balachinya, "Apa kata semua kalau minggu depan nie kita pergi kearah utara mencari satu jajahan baru. Beta teringin lah nak memerintah satu jajahan baru"."Molek sungguh tu Tuanku" balas Mok Chai. Si Govindaraj mengangguk sahaja."Jadi baiklah , minggu depan hari Isnin kita berangkat" titah Sang Nila Utama.

Setelah memohon limpah kurnia dari ayahanda dan bondanya maka berangkatlah Sang Nila Utama nie dengan diiringi oleh 3 orang yang setia tadi (Govindaraj, Mok Chai, Purnowo Sakti). dengan menaiki bahtera kecil adanya. Sang Nila Utama tidak memakai pakaian dan alatan kebesaran kerana ingin merasakan cara hidup rakyat jelata. Maka mereka pun bergeraklah mengharungi laut untuk mencari sebuah tanah jajahan baru di utara kepulauan jawa. Bahtera kecil itu dibuat oleh Mok Chai dan Govindaraj dengan menggunakan kayu bemban sebagai bahan utama.

Selang beberapa hari maka sampailah mereka di sebuah pulau yang tiada berorang ketika itu. Maka bertanyalah Sang Nila Utama akan nama tempat itu. Maka tidak terjawaplah oleh ketiga-tiga orang suruhan ini akan soalan Sang Nila Utama. Maka ketika itu terpandanglah oleh Sang Nila Utama akan beberapa ekor anjing liar berkejar-kejaran di tepi pantai tidak jauh dari tempat mereka berlabuh dan berehat itu. "Eh .. Lihat tu ada anjing main lah" Mok Chai bersuara. Dalam pada itu ada beberapa ekor anak rusa sedang memakan pucuk kayu berhampiran dengan anjing liar tadi. Apabila ternampaklah oleh anjing liar tadi akan anak rusa itu maka anjing liar itu berpakatlah untuk membuli anak rusa itu. Ketika mereka sedang membuli anak rusa itu, maka datanglah mak rusa dengan bapak rusa untuk mempertahankan anaknya. Maka anjing-anjing liar itu habislah ditendang oleh mak dan bapak rusa."Huh...Dasat rusa tu" getus hati Sang Nila Utama.

Malam tu mereka bermalam di tepian pantai itu. Ketika sedang berborak itu maka terpikirlah akan Sang Nila Utama untuk bertanyakan satu soalan yang bermain di kepalanya sejak dari mula pelayaran mereka lagi."Er... Mok Chai , binatang apakah yang engkau perbuatkan untuk jadi kepala bahtera kita itu, Aku dah lama perhatikan tapi binatang tu aku tak pernah tengok." secara tetiba je Sang Nila Utama bersuara. Dahulu kala biasanya orang akan membuat pelbagai bentuk binatang atau manusia (perempuan) sebagai perhiasan kepala kapal. "Oh... Itu binatang singa Tuanku," balas Mok Chai."Poorah , tipu je tu." sergah Govindaraj. Adapun jarak antara Mok Chai dan Govindaraj dengan Sang Nila Utama itu agak jauh maka bertanyalah Sang Nila Utama ini kepada Si Purnowo Gusti akan jawapan yang diberikan oleh Mok Chai itu tadi. Seperti yang kita semua maklum, Si Purnowo Gusti ini agak berat pendengarannya. Maka dijawablah olehnya "Singa Poorah Tuanku" sambil tersengih-sengih kambing akan dia."Oh Singa Poorah" balas Sang Nila Utama."Sedap juga tu kalau diberikan nama tu akan kepulauan ini , nampak hebatlah" sambung Sang Nila Utama. Maka keesokannya bertitahlah akan Sang Nila Utama ini bahawa kepulauan itu dinamakan SINGA POORAH. Maka selepas itu orang-orang yang menetap di kepulauan itu pun menamakan SINGAPURA untuk menyenangkan lagi sebutan dan menyedapkan lagi idegham sebutan itu.

Adapun sampai kini binatang singa tidak pernah ada ujud di kepulauan Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu , apatah lagi akan Kepulauan Jawa. Mengikut fakta yang diberikan oleh National Geographic Society maka binatang singa itu hanya ada di India dan China sahaja pada satu masa dahulu, namun kini telah kian pupus melainkan yang tinggal di Afrika sahaja.. Sekian...Wasalam...

Berangan-angan Tukar Kereta Baru

Pergh...

Wang EHSAN (wang sedekah) dah mari dah... dah nak sampai ke Kelantan ... ader yang dah berangan-angan tukar kereta baru nih... Hehehe.. ader la ketua cawangan yang usha Mercedes nih.. yer la... banyak tue Wang EHSAN (Sedekah) nih....

Aik.. pelik bin ajaib... dulu kata Kelantan takder minyak.... alih-alih... bagi plak wang ehsan (sedekah) ..... hehehe... pastue plak kata Kelantan ngan Terengganu tak layak dapat wang royalti 5% petroleum sebab takder telaga minyak... sebab tue la layak cuma dapat wang ehsan (sedekah) .... ini apa punya jenis tipu nih...

Tukar kereta baru la lepas nie... pergh... maybe ader yang tukar bini baru kot.. hahaha... duit masyuk... dengar khabar paling cikai sorang ketua cawangan akan dapat sekitar RM100 ribu tue... pergh... banyak tue... setakat kereta Mercedes "sekenhen" tue boleh dapat tue... hehehe

Jangan ader yang dapat bini baru "sekenhen" udah ler.... hahahaha .... takpon stok reject ... hahaha

Wei... gua percaya biler ader member story kat gua yang maybe inilah caranya UMNO/BN nak menumbangkan PAS di Kelantan... yer la... TGNA pun dah tua... panggilan Ilahi boleh berlaku bila-bila masa .... successor TGNA di Kelantan la nie belum ader yang nampak diterima semua pihak... Husam Musa yang digrooming oleh TGNA pun ramai yang tak suka... nak buat camana...

Yer la.. PAS pon ader gak ramai yang PHD (penyakit hasad dengki) ... jangan la nak tipu gua... gua tau la... pemimpin pun ader yang dapat PHD nih... jadi tak terkejut la kalu pilihan successor TGNA nanti akan menyebabkan PAS di Kelantan berpecah belah... hehehe

UMNO/BN sure akan gunakan sehabis mau duit dana awam nih (duit Petronas) untuk merasuah 1Kelantan dengan wang ehsan (sedekah) nih... macam la kat Terengganu... dan sure untuk pertama kalinyer dalam lebih 20 tahun... orang Kelantan akan termakan dengan janji-janji UMNO/BN dan wang ehsan (sedekah) nih.... dan yang selanjutnya adalah sejarah ... hahaha..

Lu ingat orang Kelantan tak terlior ker dengan wang ehsan... diorang pon jeles gak ngan orang Terengganu yang dapat wang ehsan tue... diorang pon teringin gak... gua berani potong ayam la ... orang Kelantan akan tergadai bodi punya pasai wang ehsan (sedekah) nih... percaya la...

Kalu wang ehsan tue masyuk sebelum hujung tahun nie... paling awal bulan 6 tahun 2010 PAS mungkin akan terkubur di Kelantan... kerajaan negeri akan berubah pucuk pimpinan.... dan paling lewat UMNO/BN akan dapat memerintah Kelantan.... errr.. pada 2012 nanti.. selepas menang besar dalam PRU13 ...

Yer la... gua tak berani nak jamin TGNA akan sihat senantiasa sampai 2012... diakan dah uzur tapi masih boleh memerintah... Gua harap umur dia panjang dan kesihatan dier baik.... tapi kalau TGNA dah takder... kurang 24 jam lepas tue Kelantan akan runtuh.. PAS Kelantan akan hancur.... semua sebab giler pangkat, duit dan hasad dengki.... tue jer...

04 November 2009

Roadshow Tue... Macam Artis La Pulak...

Pergh... Hassan Ali ....

Siap buat roadshow tue... Macam artis la pulak.... cayalah... sori... gua belum ader kesempatan untuk dengar dier punya roadshow... tapi takper.. rasanyer ramai lagi yang berkesempatan ...

Apa yang paling gua pelik tue... kenapa nak buat roadshow... nak bikin aper.. nak kalutkan lagi situasi ker... dah buat roadshow... pastue larang orang buat rakaman... aper nih... kalu taknak orang buat rakaman... baik tak perlu buat roadshow...

Buat jer la meeting dalam gelap dengan kengkawan ker... ini tak.. buat roadshow public tue... konon atas nama Pesuruhjaya PAS Negeri... pelik aaa...

Gua dah ader dalam PAS dah 24 tahun.... tapi tak pernah lagi ader Pesuruhjaya PAS yang buat roadshow nak cover diri sendiri... nak cover kesalahan sendiri... tak nak dengar nasihat Jawatankuasa Disiplin... err... teruk la nih,...

Ini ker contoh pakar motivasi.... ceh... macam hampeh jer kalu status pakar motivasi camnie... Dulu Fadhilah Kamsas buat motivasi kepada orang ramai supaya kawal diri tue... jangan sampai senang sangat nak poligami.... alih-alih... dier sendiri yang buat poligami... cam pundek jer...

Lepas tue Dr Mashita Ibrahim yang dok citer tentang hubungan baik dengan jiran... alih-alih.. dier sendiri yang buat taik dengan jiran dier pasai pagar dan rumput... aper punya contoh la nih...

La nih... Hassan Ali pulak.... sebijik la... tak boleh pakai punya... semua pakar motiovasi sebenarnya kangkung jer... hampeh tak boleh pakai... ngarut jer... cakap tak serupa bikin... suruh ahli PAS berdisiplin dan wala' .... tapi diri sendiri tak disiplin dan wala' .... pundek la..

Lagi banyak Hassan Ali buat roadshow tue ... lagi terserlah kehampehan Hassan Ali dimata rakyat....... macam artis la pulak... err.. artis Malaysia (banyak la) ramai yang tak boleh pakai... contoh macam KRU, AC dan ramai lagie ....

Artikel Lama Tulisan Jeff Laza

Dulu dalam tahun 1996 .. gua dah ader webserver sendiri... yang lawak tue... giler banyak abis duit handle server tue ... yer la masa tue tak banyak syarikat provide web hosting... kalu nak ader web server sendiri... kena la hosting sendiri kat mana-mana tempat yang ader Internet connection ... Masa tue gua invest beli dua rak 42U untuk hosting server gua dan client gua... semua nie buat kat Boulder, Colorado ... sewa satu space office kat sana...

Ambik line internet pada kelajuan OC12 dari UUNET dan backup T3 dari Sprint.

Ader la bisnes sikit... umur baru 25 masa tue... hahaha.... kalu lu nak tau... nie hah gua publish spec server gua masa tue...

  • 1 set Silicon Graphics INDY Web Server (SGI) using IRIX O/S Ver 6.20.
  • 256 Mb of RAM on each Server.
  • 2 Gb FAST SCSI III Seagate Hard Disk.
  • 2 set of 4.3 Gb Magneto Optical Disk (Pinnacle Micro) for backup.
  • 4 set ALR P166 Redundant Server using MINIX O/S Ver 5.2.
  • 128 Mb of RAM on each Server.
  • 1.7 Gb WIDE SCSI II Seagate Hard Disk.
  • 2 unit Cisco 7505 Router (one for backup)
  • OC12 Internet backbone connectivity via UUNET and T3 via Sprint
hahahaha.... lawak kan ... kira dah abis hebat dah konfigurasi tue.. masa tue la... syarikat ALR (American Logic Research) pun dah bungkus dah sekarang nih..... hahaha ...

nie gua nak publish satu artikel lama tulisan Jeff Laza bertajuk "Dunia Gigolo" ... artikel nie sumbangan websurfer yang gua langsung tak kenal (kalu lu kenal sapa Jeff Laza.. tolong bagitau gua okeh).... artikel nie la paling glamer kat dalam ruangan "shared stories" tumpang sekaki server gua masa tue... hehehe

Hai namaku Jeff. Ruangan ini mungkin tak mampu mengisi keseluruhan pengalamanku ini. Biar pengalaman ini kita kongsi bersama supaya menjadi pengajaran kepada semua. Ketika ini umurku 23 tahun. Aku seorang yang agak tampan. Pernah anda membayangkan dunia sebagai seorang gigolo? Penuh kemewahan, memiliki apa yang orang lain tidak pernah bayangkan. Aku mampu melancong ke Eropah ketika umurku 18 tahun. Tidak siapa pun boleh membayangkan yang anak miskin dari Lembah Derita mampu menghabiskan wang di Eropah.

Biar kumulakan cerita dari awalnya. Aku berasal dari kampung pedalaman. Negeriku terletak di Pantai Barat Semenanjung. Pelajaranku sehingga SRP sahaja , kerana gagal untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 , aku berhijrah ke bandar. Pada mulanya aku bekerja di pasar malam di kawasan-kawasan sekitar bandar.

Semasa bekerja di sana aku telah berkenalan dengan seorang janda , Jess , umurnya 38 tahun hampir sebaya ibuku. Disebabkan kerana simpatinya padaku dia mengajak aku tinggal bersamanya. Ajakkannya kuterima dengan hati yang terbuka tambahan ketika itu aku tinggal bersama pekerja-pekerja majikanku.

Jess mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 8 dan 10 tahun. Kedua-duanya cepat mesra denganku. Jess mempunyai sebuah firmanya sendiri. Hidupnya tidaklah mewah tetapi serba mencukupi. Setelah beberapa lama tinggal bersamanya , dia mencadangkan supaya aku berhenti kerja dan meminta aku menjaga kedua-dua anaknya. Dia sanggup membayar gaji kepadaku melebihi gaji bekerja di pasar malam. Aku terima tawarannya dengan senang hati tambahan pula aku mula menyayangi mereka.

Pada suatu malam selepas menonton tv , kami berbual. Jess menceritakan tentang bekas suaminya yang lari meninggalkannya bersama orang lain dan kesunyiannya melalui kehidupan seharian. Katanya sejak kehadiranku hidupnya mula berubah. Aku bangga sekurang-kurangnya aku masih diperlukan. Jess mula menceritakan tentang keinginan batinnya dan bertanya samada aku pernah membuat hubungan dengan sesiapa. Aku mengeleng kepala. Lalu dia menawarkan khidmat percumanya untuk mengajarku. Katanya amat malu jika lelaki tidak tahu melayani wanita.

Aku menerimanya sebagai satu pelajaran. Jess memulakan langkahnya aku hanya memerhati dengan penuh minat. Setiap gerakannya aku perhatikan , setiap arahannya aku turuti. Sessi latihan ini berakhir setelah aku merasai "sesuatu" terlepas dari tanpa kawalan.
Sejak itu kami sering melakukannya bersama-sama. Ternyata aku murid yang cepat menerima ilmu. Kadang-kala Jess pula yang menerima tunjuk ajar dariku. Perbuatan ini sering kami lakukan terutamanya jika masa terluang. Sesekali aku terasa amat keletihan dan sering menolak keinginan Jess tetapi seringkali juga menimbulkan kemarahannya.

Suatu hari aku memberitahunya aku ingin mencari pekerjaan yang lain setelah anaknya yang sulung berumur 12 tahun . Jess benar-benar sedih dengan keinginanku ini lalu menawarkan gaji yang lebih tinggi untukku. Jumlahnya benar-benar mengejutkan aku. Tak pernah aku sangka orang sepertiku mampu menerima gaji setanding eksekutif di syarikatnya.
Tawaran ini benar-benar mengubah keputusanku ini. Hidupku berterusan sehinggalah.....

bersambung ...

Gua tengah cari sambungan kepada artikel lama nih.. kalu jumpa gua update balik okeh... hehehe

03 November 2009

Niamakahai

Harinie gua rembat perkataan yang AdukaTaruna gemar pakai... hahaha... niamakahai ... hahahaha... Niamakahai punya SPRM ...

Punya la banyak kes besar-besar yang bernilai ratusan juta dan cecah bilion ringgit... tapi semua tue boleh lepas lagie... yang kena cuma kes RM120 sampai RM50 ribu jer... aper der hal... Niamakahai betul la....

SPRM nie buta ker... pekak ker... bangang ker... bodoh nak mampus ker... atau cam sial ....

Siasat ler kes yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negera tue.. sejak zaman Che Det lagie banyak yang niamakahai.... sochai punya SPRM ... banyak penyelewengan dah sejak berkurun lamanyer... yang besar-besar berjuta haram jadah tak disiasat... Khid Toyo punya Istana BALKIS pun tak disiasat betul-betul.... Sambil lewa jer... Niamakahai ....

Woi... cuba la siasat skit camana anak Nor Mohamed Yaakop (MK2) tue boleh kaya raya... siasat la kes PKFZ ker.. kes tanah 600 ekar kat Tanjong Tualang, Perak tue ker yang disonglap oleh kroni Raja Gopal (pinjam perkataan TukarTiub) ... Siasat la camana tanah kat Johor yang disonglap dan dijual kat Singa berpura-pura tue... Siasat la Al Malikul Sembab (pinjam lagi dari TukarTiub) tue...

Siasat la camana Rosmah Mansor (Bik Mama) boleh dapat peruntukan dalam Belanjawan kali nie sebanyak RM100 juta untuk program PERMATA tue... cam sial jer... senang benar nak dapat duit rakyat.... Niamakahai...

Kalau SPRM tak reti nak siasat... baik la semua sekali letak jawatan siap dengan Peguam Negara sekali.... Tue siasat ler camana Ketua Hakim Negara boleh ader banyak duit tue... siasat la.. ini siasat ikan bilik kering jer.... Niamakahai punya SPRM ....

02 November 2009

Episod Memali Kedua

Nasib baik malam tadi di Taman Sri Ukay tak berlaku episod Memali kedua... kalu tidak lagi haru ... yer la.. para jemaah yang mendengar ceramah dan para penyokong Bekas Mufti Perlis Dr Asri bertegas tidak benarkan Dr Asri ditangkap ...

Kalu la jadi macam kes Memali dimana Ustaz Ibrahim Libya dulu.. polis lagi ramai datang... siap dengan kenderaan berperisai lagi... siap dengan senjata M16 la... tapi malam tadi cuma ader 35 orang jer polis berpakaian seragam dok kepung banglo dimana Dr Asri memberikan ceramah agama ...

Pergh.. kalu tidak malam tadi ader la peluru berterbangan ... ader yang maut kot.. dan ramai la yang hari nie merengkok dalam lokap.... silap haribulan dikatakan terlibat ajaran sesat dan menggangu gugat ketenteraman macam kes Ustaz Ibrahim Libya dulu di Memali...

Pegawai JAIS ramai yang datang... tapi yang best tue.. dengar khabar takder sorang pon bawak waran tangkap dan jugak waran geledah... Polis pun dengar khabarnya tak bawak apa-apa waran daripada Majistret ... hahaha.... takkan tak paham undang-undang kot...

Okey ler... gua bukan nak defend sangat Dr Asri tue... memang ader yang gua tak ngam dengan dier.. tapi bab isi nie gua defend gak dier.. yer la... Kalu bekas Mufti pun takder tauliah untuk beri ceramah agama ... errr... takkan Khir Toyo pulak boleh ader tauliah... hahaha...

Err.... gua rasa ini semua provokasi pihak UMNO/BN la... nak kasi laga-lagakan dalam Pakatan Rakyat... JAIS nie bawah kuasa Sultan Selangor .. dalam negeri Selangor ader EXCO Agama ... hehehe... sapa lagi kalu bukan Hassan Ali la... hahahahaha ... jadi.... jeng-jeng-jeng ...... ini macam ader citer lain disebaliknyer... ader orang yang kasi main dan ada orang yang kena main... hahahaha....

Takkan lu tabley baca kot... hahahaha

01 November 2009

Jambatan Gantung Perlu Kepala Budak

Gua masih ingat lagie masa gua kecik dulu... opah gua selalu kasi peringat.. jangan main jauh-jauh.... nanti kena tangkap dek benggali potong kepala ...

Gua tanya opah gua... benggali macam mana yang suka potong kepala tue... dier kata benggali yang naik basikal dan bawak guni gula tue.... oooooo..

Gua tanya lagi opah gua.... errr... dier buat aper aaa... kepala budak-budak tue... opah gua dengan selambernyer jawab ... dier potong kepala budak tue pasai orang nak buat jambatan.. ... kalu nak jambatan kukuh.. kena ader kepala budak ditanam kat dua-dua hujung jambatan tue.... oooooo...

Masa tue jambatan Bailey kat Parit tue baru jer siap.... hahahaha... nasib baik kepala gua tak kena rembat... hahahaha.. tak tau la berapa banyak kepala budak yang diorang tanam kat pangkal jambatan Bailey kat Parit tue...

Opah gua ader cakap... hantu ayor memang nakkan kepala budak... sebab tue la kalu nak buat jambatan kena ader kepala budak.... hehehe...

Jadi ... kalu korang nak tau... Jambatan Gantung yang runtuh kat SK Kuala Dipang (dekat bebenor dengan kampung gua kalu ikut jalan Malim Nawar) ....sebab kat dua-dua hujung jambatan gantung tue takder ditanam kepala budak... hahahaha... giler ker aper...

Lain kali gua nak ingatkan kontraktor yang buat jambatan tak kira gantung ker .. floating ker... pasak bumi ker.... semua kena taruk kepala budak kat dasar kepala jambatan tue...

Nak bagus lagie... kena amik potong kepala anak menteri atau timbalan menteri .... hahahaha... dapat anak Perdana Menteri lagilah bagus.. sebab sure jambatan tue akan kukuh sampai kiamat..... sampai Armageddon .... hahahaha ... tapi aaaa... kepala budak botak kecik (dalam seluar tue) tak boleh amik kira aaaa...... nanti lagi cepat runtuh...

Oh yer... satu lagie... lain kali biler ader siap mana-mana jambatan gantung ker .. jambatan biasa ker... kena mintak di test oleh Rosmah Mansor (Bik Mama) sebelum dapat kelulusan JKR ... sebab kalu jambatan tue boleh tahan dengan beban Rosmah Mansor (Bik Mama) ... sure jambatan tue selamat ...

Bebudak sivil engineering tentu paham apa yang gua maksudkan tue... beban ricih ... hehehe.. atau beban langsung .... pengiraan MaCaulay perlu diambik kira masa mengkaji rasuk (trust) .... "relationship between bending moment and shear stress" ... kena guna British Standard dan bukan Malaysia Standard... kalu dapat guna Indian Standard lagi bagus masa kira "analisis strukturnya" ...

Dah Fedup Sebenarnya

Gua dah fedup sebenarnya...

Yer la... dah nampak terang depan mata pun masih ada yang tak perasan lagi... tak tau la apa jenis orang yang ader nih...

Yang peliknyer tue.... kesalahan yang dibuat tue kira besar yaamat .... boleh menyebabkan runtuh segala-gala yang telah dibina... tapi masih lagi ader yang kata ... itu semua kecik punya hal... aper daa..

Okeh... Pada gua Hassan Ali dan Nasha adalah liabiliti terbesar PAS masa nih.... ngarut jer nih... mana taknyer... ada plak orang lain bagi arahan supaya semua transkrip (audio) masa perjumpaan dengan blogger dihapuskan... itu bukti tue... cuma tinggalkan salinan jer...

Bawak kat mahkamah mana ader orang terima salinan la.... aper punya mangkuk la... ini semua sebijik belajar ngan Najib Razak camana hapuskan bukti Altantuya masuk kat Malaysia dalam rekod Imigresen...

Kalu takut sangat (kononnya PR) akan terpecah belah pasai rakaman audio nih.. kenapa gatai mulut cakap macam-macam dalam perjumpaan tue... Itu nasib baik takder blogger yang amik gambar video.. kalu tidak sure dapat lihat body language Hassan Ali dan Nasha tue...

Lain kali kalu takut heboh dan kecoh.. jangan la buat perjumpaan.... bodo nih...

Kalu Lembaga Disiplin PAS tak amik berat isu nih.. gua jamin PAS akan hancur... dan PR akan musnah....