12 November 2009

Berita Sahih

Ini berita sahih ..... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Jayanthi LG Naidu bukanlah saksi yang dicari SPRM bagi membantu siasatan kes video V.K. Lingam.

Saksi utama yang masih dicari (yang menyebabkan SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut') adalah orang yang menyamar @ berlakon sebagai V.K Linggam dalam rakaman video tersebut.

Apa yang pasti sehingga ke hari ini, PDRM dan SPRM tidak dapat mengesan dimanakah pelakon yang menyamad dan berlakon sebagai V.K Linggam didalam rakaman tersebut. Ada pihak yang mengatakan bahawa saksi utama tersebut telah melarikan diri ke Australia malah ada juga beberapa pihak yang mengatakan ternampak saksi tersebut di India.

Adakah Raja Petra Kamarudin dan Detektif Bala terlibat sama menyorok saksi utama ini agar V.K Linggam boleh didapati tidak bersalah oleh Nazri Aziz (YB = Yang Bangang). Adakah ada kemungkinan saksi utama ini disorokkan di Monggolia dengan kerjasama Abdul Razak Baginda dan Najib Razak?

Semua itu akan terjawab sekiranya pihak Interpol dapat mengesan pelakon tersebut yang berjaya menyamar sebagai V.K Linggam (yang terkenal dengan perkataan "Look Like Me, Sound Like Me, But Not Me"). Diberitakan juga bahawa pihak SPRM (MACC) telah cuba mendapatkan kerjasama dari pihak ICAC di Hongkong dalam usaha menjejaki pelakon ini.

Tawaran bernilai RM12 Bilion (wang projek PKFZ) akan diberikan pada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pelakon ini.

3 comments:

  1. Saksi utama yang masih dicari (yang menyebabkan SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut') adalah orang yang menyamar @ berlakon sebagai V.K Linggam dalam rakaman video tersebut.<<----- muahahahaha..cam harem statement!!

    ReplyDelete
  2. Bhai...

    Itu gua bagi hint tue... bagi kiasan tue... hanya jauhari yang mengenal mutu maknikam ... hehehe

    ReplyDelete
  3. orang yang menyamar @ berlakon sebagai V.K Linggam dalam rakaman video tersebut <<--- gua gelak part ni.hahaha..mcm la org kt mesia ni bongok blaker...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???