06 January 2010

Idris Jusoh Gigit Jari

Terengganu dibawah kawalan MB Ahmad Said nampaknya maju setapak lagi dalam merakyatkan institusi kerajaan. Ini membuatkan bekas MB Idris Jusoh gigit jari...

Semasa pentadbiran bekas MB Idris Jusoh, pembangunan dari segi pendidikan dan kesihatan kurang dititikberatkan malah dikesampingkan demi untuk memastikan program pembangunan infrastruktur yang lebih menguntungkan kepada kroni beliau... Ini termasuk pembinaan Masjid Kristal dan sebagainya...

Namun MB Ahmad Said nampaknya lebih berjaya menambat hati rakyat Negeri Terengganu dengan memastikan institusi pendidikan dan kesihatan dinobatkan dan dinaik taraf sama atau lebih berbanding dengan negeri-negeri di pantai barat.

Secara tidak langsung rakyat Terengganu nampaknya lebih bersetuju dengan segala tindakan yang dirancangkan oleh MB Ahmad Said tanpa mengira fahaman politik.

wei.... apa yang gua mengarut nih... hahahaha... gua memang tak ngam sama UMNO/BN tapi gua boleh terima sikit ler pentadbiran MB Ahmad Said nih.... haha... walaupun kampung dan kayu... lebih baik sikit dari bekas MB Idris Jusoh yang korup dan lembab pengurusan pentadbiran....

Apa-apa pon... Ahmad Said oooi.... pastikan lu tunaikan janji untuk buat jambatan baru Bukit Kuang sebelum pilihanraya akan datang (PRU13) sebab lu sudah janji nak buat dah banyak kali kat dalam kempen pilihanraya lu selama nih....

Kalu lu tak nak buat cepat jambatan Bukit Kuang tue... jangan mimpi la nak menang mudah pada PRU13 nanti... sure gua hambat sama lu... Lagi satu... apa citer ADUN Kemasik tue yang kena tangkap rasuah aritue... Biler lu nak gugurkan dier.... Jangan leka... dier tue geng Idris Jusoh tue....

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???