17 March 2010

Bila Orang Asal Bertindak Membantah

Ader orang gelarkan diorang nih Orang Asli (OA) ... tapi yang seelok dan sewajarnya adalah lebih baik gelaran Orang Asal digunapakai.... Orang Asal memang penghuni asal Tanah ini... benar... tapi Orang Asal dipinggirkan... Sekarang tiba masanya bila orang asal bertindak membantah dengan berhimpun di Putrajaya hari nih...

Memang orang asal berhak untuk membantah Akta 134 Kanun Tanah Negara... yer la... ader klaus yang tidak diorang setuju.. kalu gua pon.. kalu ader benda yang gua rasa akan menjahanamkan gua dan seluruh keturunan gua satu masa nanti sure gua akan tentang...

Hak orang asal perlu dijaga... mereka sepatutnya mendapat lebih dari apa yang mereka dapat selama ini. Ini tanah diorang... diorang penghuni asal disini.. Orang Melayu datang selepas Orang Asal lama bertapak... bukan la gua nak kikis hak-hak orang Melayu... Perlembagaan ader letak perlindungan untuk hak-hak orang melayu...

Ini orang asal... gua tak perasan pon ader hak-hak orang asal tertulis didalam Perlembagaan Malaysia... mungkin gua tersilap kot.. terlepas pandang.... tapi takper... isu sekarang bukan isu Orang Melayu (OM) .. tetapi isu Orang Asal (OA) ...

JHEOA konon ditubuhkan untuk menyelaras dan membantu Orang Asal... tapi dalam banyak kes.. JHEOA lebih banyak berpolitik dan kurang membantu... Banyak peruntukan yang sewajarnya Orang Asal dapat dari JHEOA telah tiris tak tahu kemana....

Sekarang nih.. bila orang asal bertindak membantah... baru la Kerajaan akan bukak mata dan telinga... Pada gua la... adalah lebih wajar Orang Asal mengumpulkan lebih dari 1000 wakil dan menyuarakan bantahan mereka di Parlimen... biar Orang Asal gempur Parlimen dalam keadaan Parlimen sedang bersidang sekarang nih... Orang Asal perlu hantar memorandum secara terus kepada YDP Agung ... jangan tunggu lama-lama...

So... Agak-agak korang la... FRU akan belasah ker geng-geng Orang Asal yang berdemo dan berhimpun kat Putrajaya hari ni ... kalu FRU belasah... hehehe... ader chan ler kita tengok ramai yang kena sumpit nanti ... hahaha

Terkini: Tahniah buat Orang Asal yang berjaya menghimpunkan lebih dari 2000 anggota untuk menyertai demo di Putrajaya hari nie..

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???