Dalam diam tak diam... dah 10 hari berlalu dalam bulan April nih... maknanya tak lama lagi akan sampai bulan Mei (Bulan 5 tue) ... hehehe... berjaga-jaga la kita 1 Mei ini .. pasai apa kena berjaga-jaga 1 Mei ini.... semua kerana Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak berkemungkinan akan menaikkan harga petrol kepada satu kadar baru... atas alasan mengurangkan subsidi yang perlu Kerajaan Malaysia tanggung...
Setakat hari nih... harga minyak mentah setong adalah pada RM 274 (USD$86).... dan harga ini dijangkan akan terus naik selaras dengan kejatuhan matawang dollar Amerika Syarikat... China terus menjadi penyumbang utama kenaikan harga minyak mentah ini dengan kecenderungan mereka untuk membeli lebih banyak minyak mentah yang ada di pasaran.
Kalu senario ini berterusan sampai penghujung bulan ini ... adalah dijangkakan bahawa harga minyak mentah dipasaran akan berada pada sekitar USD$90 setong atau lebih. Jika ini berterusan berlaku maka Kerajaan Malaysia pastinya akan menaikan harga minyak petrol dan diesel pada 1 Mei ini.
Pastinya ianya akan dilakukan seperti biasa... dimana pengumumannya akan dibuat seberapa lewak yang boleh... mungkin pada lewat petang 30 April ini... atau mungkin sebelum pukul 10 malam 30 April ini...
Yang pastinya... suasana kelam kabut dan panik akan menyelubungi stesen minyak diseluruh negara. Ada yang akan terkejut malah ada pula yang akan menyalahkan Kerajaan Malaysia... Ini semua pasti berlaku jika Barisan Nasional diberikan peluang untuk menang sekali lagi didalam pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor...
Apa-apa pun... semuanya terletak kepada tangan para pengundi kawasan Parlimen P094 Hulu Selangor. Untuk semua... silalah berjaga-jaga 1 Mei ini.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???