27 April 2010

Latihan Di Israel

INI MEMANG BERITA PALSU.

Bukit Aman 27 April 2010 - Menteri Dalam Negeri dengan arahan dari APCO Worldwide telah mengarahkan sekumpulan anggota polis untuk mendalami ilmu kepolisian dan pencegahan jenayah serta keganasan di Tel Aviv, Israel pada bulan Jun ini. Latihan di Israel ini hanyalah sebahagian daripada perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani di antara Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden Amerika Syarikat dan Presiden Israel.

Latihan di Israel ini adalah sebagai satu langkah penting dalam memperkasakan dan memantapkan kecekapan dan kesiapsiagaan para anggota polis dalam menjalankan tugasan hakiki mereka.

Seramai lebih kurang 1000 orang anggota akan dihantar secara berperingkat-peringkat mengikut modul kursus yang bersesuaian dengan keutamaan akan diberikan bagi unit cegah jenayah dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Antara modul kursus yang akan disediakan adalah "Krav Maga" (satu seni mempertahankan diri yang diasaskan oleh Agensi Perisikan Israel. Kos bagi latihan di Israel ini akan ditaja jamin oleh beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


INI PULA BERITA SOHIH.

*** Terkini: Seorang pelajar tingkatan tiga telah mati ditembak oleh anggota peronda polis di Shah Alam, Selangor kerana "kononnya" bersikap mencurigakan pada pukul 2 pagi di Seksyen 11, lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Ketika kejadian, suspek sedang memandu kenderaan Proton Saga Iswara dengan rakannya.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???