Pergh.. Ini satu perkembangan yang bagus... SNAP oh SNAP ... macam nama biskut bersalut coklat jer ...hahaha... yer la... dalam keadaan banyak katak dok nak melompat kuar dari Pakatan Rakyat... hehehe... takperla .. dah namanya katak... tentulah akan melompat... ader plak satu lagi parti join Pakatan Rakyat... hahaha... SNAP kini sah komponen baru Pakatan Rakyat...
Bagus la perkembangan nih... Sekarang nih kat Sarawak dah ader parti berasaskan negeri tue yang join Pakatan Rakyat... hahaha... kalu dulu terpaksa harap kat DAP, PAS dan PKR .. tapi kini... dengan kekuatan baru nih... ader tercabar gak BN kat Sarawak... hahahaha...
SNAP nih antara parti tertua kat Sarawak... yang asalnya dikenali dengan nama "Sarawak National Party" yang kekuatannya adalah dikalangan kaum Dayak dan Iban namun kaum Melayu juga tidak ketinggalan bersama dalam SNAP...
Jadi... bagi pilihanraya kecil Sibu yang akan datang.... hahaha... nampaknya kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak akan lebih mantap dengan sokongan kaum Dayak dan Iban... Nampak gayanya... riwayat politik bilionaire ternama Malaysia (tidak tersenarai dalan senarai 40 bilionaire Malaysia kerana lebih kaya dari Robert Kwok) yang berada di tangga kedua selepas Daim Zainuddin iaitu Taib Mahmud (KM Sarawak) pastinya tidak akan pergi lebih jauh dari PRU13 .... hehehe..
Oh yer... gua nak kasitau 1Malaysia... senarai 40 bilionaire dalam Malaysia tue terlepas pandang 2 orang... hehehe... sepatutnya nombor 1 adalah Daim Zainuddin dan nombor 2 adalah Taib Mahmud dan yang ketiga barulah nama Robert Kwok... hahaha.... kenapa nama dua orang bilionaire nie tak termasuk dalam senarai aaa.... lu tanya gua buat apa... tanya la kat orang yang buat senarai tue... kalu dier kata dua orang nih tak tersenarai pasai tak cecah nilai bilionaire... lu pakat gelak la kat dier... hahaha
Apa-apa pun... tahniah buat SNAP.... err... Yong Teck Lee.... biler plak parti lu kat Sabah tue nak join Pakatan Rakyat....
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???