29 April 2010

Sumbangan penajaan untuk portal Islamic

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan,

PER: Permohonan Sumbangan penajaan untuk portal Islamic di www.mukmin.tv

Pihak kami ini amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan sumbangan penajaan kepada portal www.mukmin.tv agar dapat menampung kos untuk mengendalikannya. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, portal ini dibangunkan atas sebab untuk mengasingkan audio dan video berkaitan Islam yang banyak diletakkan di YouTube yang kami dapati bercampur aduk dengan yang bercanggah dengan kehendak Islam itu sendiri.

Oleh yang demikian, pihak kami telah membangunkan satu portal khusus untuk audio dan video berkaitan Islam yang mana ianya dapat ditadbir dan diawasi dengan lebih berkesan. Projek Mukmin.TV ini telah kami bangunkan pada pertengahan tahun 2008 dahulu dan setakat ini ianya mendapat sambutan walaupun tidak begitu banyak. Ini disebabkan oleh kekangan modal untuk membiayai program promosi yang setakat ini cuma mampu kami janakan melalui "word of mouth" dan sokongan beberapa blogger Islam.

Maka sebagai satu usaha untuk meneruskan kesinambungan projek Mukmin.TV ini, maka kami amat berharap sangat agak ianya mendapat kerjasama daripada pihak tuan/puan dengan sedikit sumbangan/bantuan dalam bentuk penajaan bagi banner bersaiz 728x90 pixel.

Sekian, terima kasih.

Jazzakallah Khairan Kathira

Administrator (mukmintv [at] gmail.com)
International Islamic Da'awah Portal
http://www.mukmin.tv

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???