21 June 2011

KOTOR 1.0

Perhatian:

PER: PERHIMPUNAN KOTOR 1.0 (9 JULAI 2011)

Untuk makluman semua .... Gabungan PEMUDA UMNO dan PERKASA akan bekerja sama dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN Katak untuk menganjurkan satu perhimpunan pada 9hb Julai 2011 di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini akan dikenali dengan nama KOTOR 1.0.

Gabungan ini selepas ini perlulah dipanggil sebagai "PERKOTAK"

Sehubungan dengan itu, semua ahli-ahli Pemuda UMNO dan PERKASA diharapkan agar dapat menyertai perhimpunan KOTOR 1.0 ini yang akan dikendalikan oleh Ezam Mohd Nor, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong dan ramai lagi Ahli Parlimen dan ADUN.

Sila hadir dengan memakai baju hitam, bersongkok setinggi sekurang-kurangnya 7 inci dan lilitan kain berwarna kelabu di lengan baju sebelah kiri.

Permit dari Polis telah pun diterima untuk perhimpunan KOTOR 1.0 selama 2 hari dan semua peserta KOTOR 1.0 akan dibekalkan dengan nasi bungkus, air teh o ais serta sehelai tuala Good Morning (tajaan Pasaraya Mydin dan KIMMA).

Bagi mana-mana peserta yang tiada kenderaan... khidmat bas catar akan disediakan serta penginapan 2 hari 1 malam akan diberikan di Brickfield. Khidmat pelacur "kari" juga disediakan bagi yang berminat. Sila bawa kondom anda sendiri.

Peserta yang menggunakan kenderaan sendiri akan dibayar kos minyak sebanyak RM2 bagi setiap kilometer. Urusan tuntutan perjalanan ini boleh dibuat dimana-mana pejabat UMNO atau PERKASA yang berhampiran. Kos tol adalah percuma jika anda telah mendapatkan sticker KOTOR 1.0 dari pejabat UMNO dan PERKASA yang berhampiran.

Bagi peserta yang ingin berkonvoi... unit outrider PDRM akan bersedia untuk membantu melancarkan perjalanan. Sila maklumkan pada mana-mana IPD yang berhampiran.


Sekian, Harap Maklum

Setiausaha Kehormat
KOTOR 1.0

b/p Tetuan Ibrahim Ali dan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???