Bhai.... gua nak tanya lu sumer... Aper akan jadi kalu raja tanpa rakyat.... aper akan jadi kalu rakyat sudah lari meninggalkan raja... aper yang akan jadi kalu rakyat sudah takmo nak endahkan raja..... aper akan jadi....
Raja berdaulat kerana adernyer rakyat yang menggangkat mereka jadi raja... rakyat yang mengangkat sembah kepada raja.... biler mana rakyat rasakan bahawa raja senantiasa bersama diorang....
Tapi.. biler rakyat dapat tau yang raja dah takmo nak bersama rakyat... lu ingat rakyat masih ader amik pot ker pasai raja.... err....
Sejak zaman berzaman... raja dari dahulu kala lagi selalu amik pot dan jaga hati orang-orang yang rapat dan dekat dengannya... raja akan jaga hati para pembesar... raja akan jaga kepentingan para pembesar... sebab itulah raja-raja macam tue tak lama atas takhta...
Biler raja dok lebihkan jaga kepentingan para pembesar daripada jaga kepentingan rakyat... masa tue la rakyat akan tolak raja... rakyat akan tak amik pot pasai raja.... ini sejarah bhai... bukan gua nak citer menghasut ker... ini realiti sejarah... kalu lu orang tak tau pasai sejarah.. sila bukak buku...
Sejarah ditulis oleh orang yang menang.... dalam banyak kes... yang menang adalah rakyat... pembesar ngan raja biasanyer tersungkur... bukan sebab aper... sebab depa sendiri... sebab depa tak amik pot pasai rakyat...
Cuba lu orang tengok sejarah Peranchis... aper yang berlaku biler Permaisuri tidak faham kenapa rakyat memberontak... rakyat Peranchis yang kebuluran dikatakan tidak pandai ... tak dapat makan kek... makan lah roti....
Jika raja buta mata.. buta hati.. dan pekak telinga... rasanyer tak lama la.... ini semua pusingan sejarah.... realistik... lama-lama nanti cuma tinggal raja jer dalam buku sejarah..... sebab aper... sebab orang dah tak respek sama raja.. sebab raja dah takmo bersama rakyat... sebab raja cuma pentingkan diri mereka sendiri jer...
Itulah yang berlaku dalam puluhan citer dalam buku sejarah... sejarah tentang kerajaan dahulu kala... sejarah tentang raja-raja dahulu kala.... dan mungkin juga raja-raja masa kini akan termasuk juga dalam buku sejarah.... akan dikenang sebagai raja yang ditolak oleh rakyat.... sebagai raja yang hilang rakyatnya....
Segala keputusan ditangan raja.... silap pilihan... janganlah menyesal... cuma akan jadi raja yang tiada rakyat....
Harap Raja kita, Agong, Sultan-Sultan Melayu kita benar-benar adil lagi bijaksana. Baginda kena dilihat bersih lagi meyakinkan rakyat terbanyak. lagak seorang Khalifah Islam. Raja adil, Raja disembah (hormat).
ReplyDelete"Raja zalim (silap banyak), Raja disanggah", kan?
Baginda tak boleh syok sendiri dengan orang besar atau politikus semasa. Rakyatlah patut didahulukan. Kalau ada seorang rakyat kebulur dalam 1 hari tak cukup makan pakai, tu juga ditanggung jawabkan ke atas baginda. Allah itu Raja segala Raja, ingatlah kita semua.