Musim Tengkujuh telah mula melanda negeri-negeri Pantai Timur... dan seperti kebiasaannya ... ramai penduduk kampung terpaksa berpindah ke pusat-pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir... Peruntukan yang banyak saban tahun disediakan untuk melaksanakan pelan strategi menangani banjir.. walaupun hasilnya tidak nampak berubah dengan drastik.
Aper yang gua nak ceritakan nih aderla pasai...
1. Peruntukan bantuan berskala besar (terutamanya dalam bentuk barang keperluan makanan/minumam) tapi..... masih banyak barang keperluan ini masih lagi "sub-standard" malah ader yang dikesan telah luput tarikh. Makanan dalam tin pula ader yang telah berkarat tin nya...
2. Bantuan yang diberikan pula masih ader lagi yang masih berpaksikan kepada anutan/pegangan politik mangsa. Kalu mangsa adalah penyokong Pakatan Rakyat, bantuan sama ada lambat diberi ataupun langsung tidak diberikan walhal semua peruntukan untuk bantuan ini datangnya daripada kutipan cukai rakyat Malaysia.
3. Masih ader lagi bantuan yang tidak diagihkan kepada mangsa ataupun pusat bantuan kerana ader ADUN atau Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak dapat menghadirkan diri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Aper ker jadahnyer kaitan bantuan mangsa banjir dengan promosi politik ADUN ataupun Ahli Parlimen....
4. Kes peruntukan yang hilang pon masih lagi ader... yang peliknyer.. mangsa banjir tak dapat langsung peruntukan bantuan mangsa banjir... tapi orang yang takder kena mengena dengan banjir pulak yang boleh dapat... ini semua kerana ader kabel baik punya...
Ntahler... kalu nak citer pasai politik banjir nih... sampai abis musim tengku-joe (tengkujuh) pon masih takkan abis punya....
Aper-aper pon... berhati-hati masa musim banjir nih... mata tue jangan la pulak amik peluang untuk tengok betis anak dara atau mak janda masa musim banjir nih.... hahaha... karang ader yang kena debik tue.. berdosa tau... hahaha
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???