Mampiuh.... Pakatan Rakyat patutnya tengah leading la nih dari segi sokongan rakyat.. tapi.. nampaknyer Pakatan Rakyat terikut-ikut rentak UMNO/BN sampaikan macam berjoget mengikut Rentak UMNO/BN ...
Isu Shahrizat dan Lembu Kondo... memang pada awalnyer merupakan peluru yang paling baik untuk Pakatan Rakyat.... tapi la nih... nampaknyer... isu ini semakin dijuarai oleh Najib Razak...
Seperti yang pernah gua citerkan dulu... Kalu Najib Razak nak menang besar pada PRU13... caranyer mudah sahaja.... dier kena pastikan beberapa kes dan skandal seperti skandal Lembu Kondo nih didakwa di Mahkamah... biler pendakwaraya dapat bawak kes nih ke Mahkamah... rakyat akan lihat Najib Razak telus...
Walaupun hasil keputusan Mahkamah nanti belum tentu akan mensabitkan kesalahan tue kepada Shahrizat dan keluarganya.. tapi perjalanan Mahkamah secara otomatiknya akan memberikan satu lonjakan dari segi pengaruh kepada Najib Razak... Ini teknik bijak... dan ramai dikalangan penyokong dan pendokong serta ahli Pakatan Rakyat tidak dapat melihatnya.... kalu ader poin yang dapat mengesan teknik ini... mereka akan dilabelkan sebagai mengarut... macam la gua la nih... ramai yang mengatakan gua mengarut... hahaha
Tapi isu Shahrizat sahaja tak berapa kukuh untuk menguatkan pengaruh Najib Razak dalam mendapatkan momentum sokongan rakyat... Najib Razak perlukan seorang atau dua orang lagi mangsa (berlakon) .... jadi... dalam satu lagi cara... dengan menggunakan kes perbicaraan (yang akan diwarwarkan oleh media pencacai) anak Taib Mahmud (pengerusi Cahaya Mata Sarawak)... maka akan naiklah sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib Razak...
Anak Taib Mahmud diperintahkan oleh Mahkamah untuk menyenaraikan aset-aset miliknya dalam tempoh 7 hari.. dan gua berani jamin media pencacai akan mencanangkan berita ini lebih dari berita lain... ini kerana dengan kes ini... kononnya satu lagi nama besar dibicarakan.... dan memberikan satu pengaruh kepada Najib Razak.. serta memperlihatkan bahawa dibawah Najib Razak... ikan besar pon boleh didakwa dan dibicarakan... hehehe
Kalu Najib Razak bijak mempergunakan ruang dan peluang yang ada... gua berani jamin bahawa kes skandal bekas Ketua Polis Negara yang terlibat dengan kongsi gelap juga akan diseret ke Mahkamah... dan ini boleh menjadi satu lagi kekuatan kepada Najib Razak untuk mendapatkan sokongan rakyat...
Sama ader mereka-mereka ini bersalah atau tidak ... itu tidak penting... yang penting kena ader tindakan mendakwa mereka di Mahkamah... ini pun sudah cukup... cukup untuk mendapatkan sokongan daripadan rakyat....
Dan dapat melekakan serta memperdayakan Pakatan Rakyat untuk berjoget mengikut rentak UMNO/BN...
Oh yer... tindakan mengheret skandal Lembu Kondo ke Mahkamah juga aderlah satu serampang dua mata... hehehe... serampang yang akan juga menyekat pengaruh Muhyiddin Yassin daripada menjatuhkan Najib Razak... ini semua teknik dan taktik bijak....
Gua salut sama lu Najib ooi... hebat... hebat.... cayalah.... hahaha.... ramai nampaknyer akan terpedaya dengan teknik dan strategi lu nih... hahaha... Pemimpin Pakatan Rakyat pon ramainya akan terkena main dengan taktik dan strategi lu nih... hahaha... cayalah..
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???