Bhai.... sempena hari baik bulan baik nih.. gua nak hidangkan satu komentar yang gua rasa ada banyak manfaatnya... sama ada bagi pihak PR mahupun BN.... Tajuk yang akan gua kupas nih berkaitan dengan "Taksub"....
Bhai... kita semua sedia maklum bahawa penyokong dan pendokong kedua-dua belah cabang parti politik (sama ada kerajaan mahupun pembangkan - dalam kategori negeri mahupun persekutuan) memang ramai yang taksub... Gua setuju memang perlu ada sedikit taksub... tapi... itulah...
Bhai... kedua-dua belah pihak mempunyai banyak ahli yang taksub melulu.... yang jenis malas nak berfikir menggunakan akal fikiran yang Allah telah berikan kepadanya. Malah atas ketaksuban inilah yang telah dan sedang membutakan hati mereka-mereka ini daripada dapat melihat dengan realistik apa-apa isu yang berbangkit.
Sebagai contoh... ada sesetengah ahli PAS yang begitu taksub dengan Hadi Awang... sehinggakan apa sahaja yang dibuat, diceramahkan mahupun apa sahaja penulisan beliau diterima sebulat suara tanpa mahu berfikir sejenak adakah ianya relevan mahupun tidak. Malah atas ketaksuban inilah maka berlakulah beberapa peristiwa yang kurang manis seperti contoh blogger AdukaTaruna dibelasah didalam kompleks Masjid Rusila tidak berapa lama dahulu.
Begitu juga dalam contoh ketaksuban terhadap UMNO/BN yang menyebabkan beberapa insiden baling batu, membawa kepala lembu, membawa kepala babi dan mencederakan penyokong parti lawan yang kita semua boleh baca di dalam media (cetak atau elektronik).
Gua ingin mengingatkan semua bahawa ketaksuban inilah yang membutakan hati dan seterusnya menyebabkan seseorang atau sekumpulan orang bertindak diluar batasan akal waras yang mana telah dan akan menyebabkan berlakunya insiden buruk.
Oleh yang demikian.... gua ingin memohon kepada semua supaya.. sebelum bertindak.. sila gunakan akal fikiran yang waras... jangan kerana terlalu taksub terhadap individu atau parti ... sehingga sanggup membuat kerja bodoh, mencaci mencerca dan melakukan khianat terhadap orang mahupun harta benda ....
Kesimpulannya... jangan jadi setan ...
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???