KOTA BHARU - PAS Kelantan mempersoalkan tindakan UMNO yang masih lagi berlembut dengan Barisan Nasional (BN) terutama MCA yang jelas menentang Islam termasuk pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Persuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat berkata, UMNO tidak wajar meneruskan kerjasama dengan MCA memandangkan sikap MCA yang dilihat tidak mesra Islam.
“Memang MCA konsisten dari dulu lebih ‘istiqamah’ dari UMNO yang mana dari dulu lagi kita lihat MCA lantang menentang pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
“Saya hairan kenapa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang kata MCA sudah boleh menerima hudud sedangkan tidak pun. Di sini mengapa UMNO masih lagi hendak bersekongkol dengan MCA dan masih berada dalam BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nik Abd Aziz Nik Mat berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mengatakan MCA tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.
Dalam kenyataan itu, Chua Soi Lek berkata kenyataan itu adalah pendirian MCA bukan pandangan peribadinya.
Nik Abd Aziz Nik Mat berkata, umat Islam negara ini sudah boleh nampak keadaan tegang itu sekali gus akan menggugat sokongan rakyat terhadap UMNO.
Beliau menegaskan sekiranya terdapat segelintir pemimpin MCA seperti Chua Tee Yong dan Ng Yen yen dilihat seakan-akan bersetuju dengan UMNO berhubung hukum hudud, itu hanya sandiwara MCA.
(c) 2012 - Nonama News Network (NNN)
parody version
Artikel asal di sini
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???