10 July 2012

Soalan Cepumas Buat Semua

Hahaha.... bhai... gua ader satu soalan cepumas... nak kasi lu orang pikir dan jawab... tapi sori aaa... hadiah pi mintak ngan Rosmah Mansor... dier ader banyak beg tangan Birkin... hahahaha....

Okeh... soalan tue berbunyi begini...

"Biasanya apabila berlaku sesuatu insiden yang menjadi tumpuan ramai, para wartawan akan terus mendedahkan segalanya termasuklah siapa yang terlibat, ibu bapa, keluarga dan juga sanak saudara. Temuramah juga akan dibuat kepada kenalan mangsa/pelaku yang terlibat. Malah jika melibatkan kematian, pastinya akan ader pengumuman mengenai urusan pengebumian jenazah. Ini termasuklah apa sahaja yang berkaitan dari solat jenazah dan juga urusan pengebumian. Malah banyak media akan cuma mendapatkan foto terbaik yang memaparkan jenazah sedang dimasukkan kedalam liang lahad.

Oleh itu, bagi kes amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang khabarnya dilakukan oleh Khalil Afandi dan rakan perempuannya yang mana telah menyebabkan Khalil Afandi telah menemui ajal, maka sewajarnya kita semua akan dipertontonkan dengan semua maklumat dari post mortem sampailah kepada urusan pengebumian.

Maka, adakah anda dapat menziarahi jenazah Khalil Afandi, melihat dier dikafankan, bersama membuat solat jenazah keatasnya dan seterusnya mengiringi jenazah ke kawasan perkuburan untuk urusan pengebumian? "

Atau..... Khalil Afandi belum lagi meninggal dunia, cuma wataknya sahaja yang telah dimatikan. Begitu juga dengan isu blognya yang gua dapati diurus tadbir oleh orang lain sesudah kepergiannya menemui Allah, Tuhan Rabbul Jalil... seperti mana yang gua paparkan dalam artikel sebelum ini DISINI. Err... macam mana orang yang dah meninggal dunia boleh manage blog tue. Kata blog tue dibuat oleh Khalil Afandi.... pelik aaa...

Terlalu banyak persoalan yang belum terjawab lagi... termasuklah apa motif serangan tersebut dan siapa sasaran serangan tersebut sebenarnya...... Hehehehe... pikir... pikir.... hahahaha.... Gua berani jamin bahawa Utusan Malaysia akan cuba spin lagi cerita nih... blogger UMNO/BN tahap pencacai tue... lagi la bengong.. artikel macam orang takder akal... hahaha

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???