Shah Alam 8 Ogos 2012:
Beberapa buah persatuan pemuda-pemudi kebangsaan yang dikepalai oleh Kogress Ekonomi Langat dan Ampang Indah (KELDAI) telah mengeluarkan ketetapan bahawa mereka akan menggunakan satu tema hari kemerdekaan ke 55 yang sama sekali tidak berbaur politik.
Perkara ini ditegaskan oleh ketua KELDAI Encik Sipaun Bin Mustapa dalam satu sidang akhbar yang dibuat di lobi hotel Grand BlueWave milik UMNO Selangor tengahari tadi. Sidang akhbar ini dibuat setelah KELDAI selesai mengadakan menyuarat tertutup dengan 280 NGO Melayu, Cina dan India yang kebanyakan anggotanya adalah dikalangan pemuda-pemudi dibawah umur 40 tahun.
Dengan ketetapan ini, maka bersempena dengan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, KELDAI dan semua yang terbabit akan menggunapakai tema "HARAMJADAH" sebagai tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55 pada 2012.
Perkataan HaramJadah ini digunapakai kerana KELDAI ingin menunjukkan solidariti mereka dengan Perdana Menteri Malaysia yang sejak kebelakangan ini acapkali mengeluarkan perkataan "HaramJadah" dalam beberapa siri ucapannya.
Pihak KELDAI ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkataan "HARAMJADAH" bukanlah satu kata-kata kesat. Ianya cuma satu reprisentasi terhadap perasaan bangga yang ada didalam diri seseorang itu.
(c) 2012 - Nonama News Network (NNN)
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???