Hahahaha.... Seperti yang gua dah jangkakan dan tulis lima enam bulan dulu... Sebelum IPO FGVH nih berlaku... Pasaran saham di Malaysia nih selalu kena main dengan pelabur sindiket... Hahaha... La nih semua dah mula buat magik....
Mula-mula pelabur sendikit dapatkan saham FGV nih menggunakan peruntukan blok share daripada kerajaan.... Diorang tak perlu nak masuk mohon berbagai... Sebab diorang dah ditetapkan bilangan share yang diorang akan dapat.. Duit untuk bayar bukan pakai duit poket diorang... Diorang gunakan dana rakyat sepwrti ASB, KWSP, KWAP dan macam-macam lagi...
Biler diorang dah bersedia.. Barulah IPO dilancarkan... Masa tue diorang tambah pembelian skit bagi merancakkan pasaran... Ini gimik jer bhai... Diorang nak bagi semua pelabur runcit berkejar nak dapatkan saham nih pada harga rendah sebelum kononnya harga akan meningkat...
Diorang maintained jual beli pada kadar yang kecil sekadar merancakkan pasaran.. Lepas sebulan dua... Maka bermulalah kerja haram pelabur sindiket nih... Diorang sebenarnya menguasai pasaran malah diorang lah yang memanipulasi harga pasaran...
Kerja jahat nih dari dulu lagi dimanipulasikan dan dikawal oleh PNB dan beberapa agensi lain...
Lepas harga dah naik tinggi... Diorang jual lambakan pada satu harga.. Pelabur runcit pon kelam kabut beli... Harga saham tue jatuh mendadak... Tapi dengan pengaruh media yang jugak dikawal oleh tangan-tangan yang sama... Maka diwarwarkan bahawa kejatuhan ini adalah sementara sahaja...
Lepas tue diorang rancakkan balik pasaran dengan membuat pembelian besar... So ramai pelabur runcit ingat market dah rebound... Tapi sebenarnya ini adalah perangkap... Pelabur runcit semua tambah pembelian...
Then... Pelabut sindiket jual dengan mendadak saham yang dimiliki pada kadar yang besar... Pelabur ingat market akan rebound... Dan pelabur runcit kecoh beli...
Last-last... Pelabur sindiket jual sekali lagi secara mendadak.. Harga jatuh teruk.. Masa nih harga biasanya ader atas sedikit dari harga IPO.. Pelabur runcit yang takut lagi rugi akan menjualkannya dengan segera walaupun mengalami kerugian..
Masa nih pelabur sindiket melakukan pembelian pada harga murah dengan banyaknya... Dan akhirnya... Pemilik asal rugi manakala pelabur sindiket untung gila....
Duit habis tanah terlepas... Hahaha... Kalu lu perhatikan dalam kes Saham FGVH nih... KWSP sedang membut pembelian besar.... Hahaha ... Uang akan mampus aderlah pelabur runcit dan peneroka....
Rugi dan seterusnya rugi....
nak buat camne bro...peneroka ni terpaksa jadi bodoh. Kalau tak jadi bodoh kang di katakan x kenang budi, haramjadah bla bla bla...hahaha...biarkan je.
ReplyDeleteForex pun begitu juga bro. Ini semua game puak2 kapitalis. Apa2 pun malam tadi gua dah buat untung US$8,000++ dalam pasaran EU. Gua cuma menumpang je. Special thanks to henry liu sebab bagi tips.
ReplyDeleteAlhamdulillah... raya lagi beb