01 November 2012

OKU ???

Bhai ... Kali nih gua bukan nak citer pasai OKU (Orang Kuat UMNO) .... tapi gua nak citer dan story skit pasai OKU (Orang Kelainan Upaya)...

Sampai hari nih .. setiap kali sesi Parlimen... gua tertunggu-tunggu jer nak dengar laporan ataupon soalan yang berkaitan dengan OKU nih.... nak tau statistik terkini bilangan OKU yang berdaftar... dan berapa peratuskah ianya berbanding dengan yang tidak berdaftar...

Gua nak tau gak .... berapa banyakkan peruntukan daripada belanjawan negara setiap tahun yang diperuntukkan untuk menaiktaraf dan memperbaiki kehidupan golongan OKU nih....  Golongan OKU nih  aderlah juga warganegara Malaysia.... mereka juga berhak untuk mendapat semua kemudahan terbaik....

Mereka juga berhak untuk mendapat bantuan dan sokongan serta khidmat kesihatan percuma.... Sebab Malaysia aderlah negara yang prihatin terhadap warganya... so mestilah sepatutnya golongan OKU didahulukan.... Malah gua berani jamin... takder sorang pon warganegara yang membayar cukai akan kecoh dan kaypoh kalu peruntukan untuk OKU ini diberikan sebaiknyer... dan ditambah.....

Pembayar cukai kat Malaysia nih memang tak kisah... malah pastinya akan menyokong usaha-usaha terbaik untuk kepentingan dan keperihatinan golongan OKU nih....

Tapi.... masalahnyer.... banyak peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada golongan OKU telah diselebet dan dirembat serta disalahgunakan oleh pihak-pihak yang "celaka" ..... Lu bayangkan aaa... berapa agaknyer peruntukan untuk OKU berbanding peruntukan untuk menanggung "biawak hidup" yang ader berketurunan didalam Malaysia nih....  "Biawak Hidup" yang kerjanya makan tanggung berak cangkung nih......

Kalu ikut ratio nisbah peruntukan OKU berbanding "Biawak Hidup" .... gua rasa 1:10000 .... OKU dapat seciput.... "Biawak Hidup" dapat segantang..... tak ker macam siot jer tue.... sampai biler nak jadi camnie aaa.... sampai biler....

2 comments:

  1. cuba minta sprm siasat mana pergi peruntukan aktiviti untuk setiap pusat pemulihan dalam komuniti (pdk)terutama pdk di negeri selangor ..sepatutnya (mcm Pk Lah umumkan pd tahun 2008) setiap pdk akan dapat RM30,00.00 utk buat aktiviti pdk utk OKU..tetapi diselangor TIDAK PERNAH dapat penuh..ada saja JKM negeri pootng..tahun 2011 satu sen pun tak dapat ..2012 dapat rm9,000.00 saja..bila tanya .akan dijawab..jgn tanya..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???