16 December 2012

Nasharuddin Mat Isa Kekal Calon Parlimen Bachok

Bhai.... nih berita yang masih boleh diklasifikasikan sebagai "khabar angin" walaupun yang empunya cerita nih bukan calang-calang anak dalam PAS.... hehehe... Dari aper yang disurahkan... Nasharuddin Mat Isa kekal menjadi calon PRU13 bagi Parlimen Bachok....

Nama dier "katanya" dah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama PAS dan ader dalam senarai calon yang disahkan....

Persoalannya sekarang nih.... adakah para pengundi di Parlimen Bachok akan memberikan undi mereka kepada Nasharuddin Mat Isa? Adakah jentera parti PAS di Parlimen Bachok akan berkerja dan berkempen untuk memastikan Nasharuddin Mat Isa ini menang di kerusi Parlimen Bachok nih...

Rata-rata yang gua dengar... para pengundi terutamanya yang berlatar belakangkan parti PAS agak kecewa dengan tindakan pimpinan PAS memberikan peluang sekali lagi kepada Nasharuddin Mat Isa bertanding di Parlimen Bachok. Terdengar juga beberapa pihak yang berhajat memboikot calon ini pada PRU13.

Sori aaa... gua tak nampak jasa Nasharuddin Mat Isa di Parlimen Bachok sepanjang penggal parlimen yang masih berbaki sedikit lagi nih.... sori... memang tak nampak... walaupun gua jarang pi Bachok... tak bermakna maklumat tak sampai kat gua....

Oh yer... ader satu lagi maklumat tentang calon yang memang gua tunggu-tunggu... takper... gua akan citerkan dalam artikel yang akan datang.... Tunggu.... hehehe

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???