Bhai... Gua memang ada sedikit respek kepada akhbar Sinar Harian. Setakat nih dia ada menampakkan sedikit ketelusan dalam pemberitaannya. Tapi... biler baca artikel di Sinar Harian tengah hari nih.. gua rasa aaaa ader sedikit silap yang dilakukan oleh Sinar Harian.
Sinar Harian telah terkhilaf dalam menulis fakta dalam satu rencara mengenai 2012, Tahun Malang Pengamal Media yang disiarkan dalam terbitan Sinar Harian hari ini.
Ada sesuatu yang Sinar Harian lupa untuk masukkan. Bagaimana para pengamal media di Malaysia terutamanya jurugambar (tetap mahupun bebas) yang juga telah menjadi mangsa keganasan yang berlaku semasa bertugas.
Kita tidak dapat nafikan bahawa berlaku keganasan melampau oleh anggota keselamatan iaitu Polis pada pengamal media terutamanyaa kepada jurugambar sepertimana yang kita dapat lihat dan saksikan pada perhimpunan BERSIH 3.0 (28 Julai 2012) yang baru berlalu.
Kita biasa dengar pengamal media diancam oleh pihak pengganas dan sebagainya diluar negara. Namun kita tidak pernah dengar pengamal media diperlakukan serupa oleh anggota keselamatan pihak yang berkuasa. Jurugambar dipukul dan dibelasah, kamera dirampas, kamera dipecahkan, kad memori dirampas dan ader juga kes gambar dipadamkan.
Betapa teruknya pengamal media di Malaysia diperlakukan sedemikian oleh anggota PDRM di Malaysia. Maknanya Malaysia setaraf juga dengan Syria, Lubnan, Somalia, Pakistan, Mexico, Brazil, Nicaragua, Paraguay dan juga di Afrika Tengah. Maknanya kerajaan Malaysia sama juga mempunyai perangai seperti pengganas dan kerajaan korup di Amerika Latin.
Memalukan sungguh la.... hahaha... nak buat camana... Itulah Malaysia .... hahaha
Tu pasal gua bawak gua punya Powershot je hari tue... HKR112
ReplyDeletetapi, malangnya ianya keputusan yang silap kerana PDRM telah memberikan kerjasama tahap dewata...
Cobol