24 January 2013

Takutnya

Bhai... Di Thailand... Raja Thailand dianggap setaraf Dewa... dan juga maksum dari segala salah laku. Bagi sesetengah rakyat Thailand yang terlalu taksub... Raja Thailand bukan setakat Dewa... Tapi aderlah jelmaan Tuhan di muka bumi.. Dan majoriti rakyat si Thailand beragama Buddha setelah Ayuthia mengalahkan dan menakluk Siam sekitar lapan ratus lima puluh tahun dahulu...

Jadi ... Barangsiapa yang menegur Raja di Thailand dianggap melakukan penghinaan kepada Raja Thailand... Dan hukuman bagi sesiapa yang menghina Raja Thailand ini adalah agak berat. Malah kalu ikut sejarah.. Ada yang mati kerana perkara ini... Semua kerana Kerajaan Thailand telah meletakkan satu undang-undang yang keras berkaitan perkara ini....

Sebabnyer.. Raja Thailand adalah Dewa dan ianya juga adalah bayangan Tuhan di muka bumi...

Hehehe.... Itu yang berlaku di Thailand... Diorang ramai yang kafir dan kuffar... Diorang bukan Islam.... Nasib baik itu cuma berlaku disana... Hahaha

Di Malaysia... Ada sesetengah orang Melayu menganggap Sultan dan Raja adalah bayangan Tuhan di muka bumi... dan dinaikkan title kononnya para Sultan dan Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam. Namun .... ramai dikalangan mereka (kalu tidakpun semuanya) berbuat pelbagai macam perkara yang jauh menyimpang dari dasar Islam... Malah ada Mufti yang sanggup menutup matanya dari melihat kerjabuat kurafat, sesat dan syirik yang dilakukan oleh para Sultan dan Raja termasuklah kerja maksiat... Langsung takmo nak kasi nasihat ker aper... Sebab pentingkan pangkat dan jawatan.... Malah diorang nih lupa kepada siapa yang sebenarnya memberikan rezeki ....

Tapi pada gua... Sesat tetap sesat... Syirik tetap syirik.... Kurafat tetap kurafat... Dan maksiat tetap maksiat... Pergi jahanam la title Ketua Agama berbagai... kalu kerja maksiat, khurafat, syirik dan sesat dibuat... Jadi Ketua Agama patut kelaku ader baik la... tapi ntahla....

Dan adakah kerana kita menegur para Sultan dan Raja-Raja Melayu supaya jangan buat kerja bangang camni boleh menyebabkan kita dihukum seperti mana yang berlaku di Thailand... Jika ia... Maka laknat lah tujuh belas keturunan para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang buat kerja sesat, syirik, kurafat dan maksiat...

Dan jika kerana gua melaknat para pelaku kerja bangang mengalahkan syaitan ini boleh menyebabkan gua kena hukuman macam di Thailand tue... Maka gua pulangkan kepada Allah Taala segalanya... Kerana Allah Taala adalah sebaik-baik pemberi balasan... Itu ajer...

Eeeiiii .... Takutnya.... Hahaha



1 comment:

  1. Lu silap...

    Lu tulih, "Dan adakah kerana kita menegur para Sultan dan Raja-Raja Melayu supaya jangan buat kerja bangang camni boleh menyebabkan kita DIHUKUM seperti mana yang berlaku di Thailand." ??

    TAK... kita tak akan dihukum ...i mean lu tak akan dihukum mengikut undang-2 la.. takda kes mahkamah punya...TAPI pasti lu kena hukum gak la... Silap-2 lu lena sepak terajang, maki hamun dgn kerabat raja & sultan yg lu 'salah' tegur tu...Lagi lu kena tangkap polis, SB, sumbat dlm lokap & siasat bbrp hari tu wajib la.

    So stended Raja kita lagi above the rules & laws, ka kan?!

    haha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???