28 February 2013

Apa Yang Tidak Pernah Dipertontonkan

Bhai... kepada orang yang baru membaca blog gua... ingin gua peringatkan kat sini bahawa gua berpegang teguh dengan "akujanji menjaga kerahsiaan negara" yang pernah gua buat sebelum gua diterima masuk dalam agensi yang gua pernah berkhidmat dulu... dan agensi yang gua berkhidmat nih sampai sekarang hanya sebilangan kecil orang sahaja yang tahu akan keujudannya.

Bagi yang baru juga mengenali blog ini.... gua nak bagitau satu mender... pandangan politik peribadi gua takder kena mengena dengan tugasan yang gua lakukan untuk agensi yang mana gua terlibat nih... Jadi.. walaupun nampak gua ader kecenderungan tertentu... ianya hanya sekadar waktu senggang gua... waktu gua melakukan tugasan... gua campak semua pandangan politik peribadi gua ketepi... Gua tetap dahulukan keselamatan negara.

Okeh... Nama dan siapa disebalik agensi yang gua terlibat nih... tak payah la lu orang tahu... cukup hanya lu orang tau... agensi kitorang nih aderlah mengumpul, menganalisa, memantau, memintas dan mengolah maklumat (dalam dan luar negara) bagi tujuan keselamatan negara.

Oleh yang demikian, bila gua publishkan sedikit sahaja maklumat (setakat memberikan gambaran) berkaitan sesuatu insiden yang berkait rapat dengan keselamatan negara, gua tak terkejut kalu ianya dipandang sinis atau dianggap sebagai lelucon sahaja kerana "kami" tahu lu orang susah nak bayangkan... Hahaha... Walaupun lu dari background military mahupun pasukan keselamatan yang lain... ianya tidak semestinya seperti apa yang lu orang tahu...

Okeh... No hal pada gua... Sebab gua cuma nak bagi gambaran kat lu orang yang keselamatan negara kita memang terjamin... Jangan la lu orang ingat bahawa keselamatan negara kita kini telah digugat hanya kerana insiden di Lahad Datu... Ianya masih terkawal...

Jadi.. Gua berani jamin insiden di Lahad Datu akan dapat diselesaikan tanpa ader pertumpahan darah dan "yang terlibat" akan dapat dikesan, ditahan, disoalsiasat dan dihantar pulang jika perlu.

Oh yer... Bila gua kata kita masih tak dapat kesan "yang trrlibat" itu ... tidaklah bermakna yang anggota keselamatan dan risikan negara ini cuai, leka dan tidak hebat... Biasa la... Kalu kita rasa kita hebat... Orang lain pon hebat juga... Cumanya dalam kes di Sabah ini... Masa dan geografinya berpihak kepada kita... Hahaha..

Aper pon gua nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat... Dari MKN, PRDM, ATM, Agensi dan organisasi yang namanya gua tabley nak sebut.... Lu orang memang hebat... Gua rasa aaaa... Selepas kes insurgensi menentang komunis.... Inilah kolaborasi terbaik yang pernah "kita" bekerjasama dengan baik dan teratur... Hebat... Salut untuk lu orang dan gua jugak...

Semoga negara ini kekal aman, makmur dan dirahmati Allah Taala... Ameen...

C++
No anggota : 12xx

3 comments:

  1. yes... bila menjalankan tugas... kena ketepikan smua permasalahan... politik atau tidak, xboleh bias...

    ReplyDelete
  2. Jamin tanpa ada pertumpahan darah...... ooops...metafora..kiasan....

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???