26 February 2013

Serupa Belit

Bhai.... pada awal suku pertama 2011 kitorang ader membuat "Ops Terjah" ke Rusila... yang salah satu daripada tujuan utama episod terjah "Langgar Hadi" nih aderlah untuk mendapatkan jawapan dari Hadi Awang sendiri tentang kenapa bila didalam Muktamar ceritanya lain... tapi bila didalam Parti... ceritanya lain.... Gua terlibat dengan agenda "Langgar Hadi" nih pasai satunyer nak tau aper jawapan Hadi Awang sendiri...

Kitorang tau yang diorang nih ader agenda lain yang tersembunyi... tapi yer la.. macam mana nak buktikan... sebab tak dapat peluang untuk tanya... mintak masa 5 minit pon tak boleh... sibuk bebenar... sampaikan member gua AdukaTaruna kena tahan dan dibelasah.... Aper yang AdukaTaruna nak tanya kat Hadi Awang gua tak tau dan tak amik tau.. yang gua tau... cuma persoalan yang gua dah passkan kat AdukaTaruna untuk tanya Hadi Awang....

Kenaper isu Kerajaan Perpaduan (UG) nih ader cerita lain... dalam muktamar kata lain.. tapi in realiti citer lain... aper kejadahnyer siap pergi buat deal dengan UMNO teu.... tapi yer la... dari masa tue sampai sekarang orang dok persalahkan kitorang termasuk gua skali... hahaha ... Tapi aper yang kiter citerkan dan persoalkan tue aderlah benda yang benar berlaku....

Kalu tidak takkan la Hassan Ali, Roslan SMS dan Nasharuddin Mat Isa boleh plak buat sesi soaljawab hanya dengan blogger pro-BN..... hahaha... dan itu semua dah jadi sejarah... masa tue gua ingat lagi... semua marah kitorang konon pasai kitorang nak jatuhkan Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.... hahaha... so... lu tengok sendiri la... aper sudah jadi skarnag.... err... lu orang takmo nak jilat ludah dan kahak lu orang balik ker.... hahaha

Nih... biler beberapa blogger lain dok citer pasai Harun Din, Harun Taib, Nik Abduh dan sebagainyer... gua tak ... gua cuma taji dan persoalkan Hadi Awang jer.... sebab pada gua... yang nih satu... belitnyer tahap ntah la... cerita berpusing-pusing.... depan Pakatan Rakyat ... citer lain.. tapi biler belakang Pakatan Rakyat... citer lain.... aper daa..

Walhal.... yang jadi kapla menggerakkan Kerajaan Perpaduan nih saper lagi kalu bukan Hadi Awang... lu orang nak marah kat gua ... gua tak heran... sebab aper yang gua tuliskan nih dah jadi sejarah... lu cek balik sejarah la... tanya skit kat Nik Abdul Aziz.... tanya dier saper yang jadi kapla Kerajaan Perpaduan (UG) nih....  cam siot jer kan.... serupa belit kalu....


BN ‘kenyang’ jika PAS, DAP, PKR bergaduh, nasihat Hadi

SHAH ALAM, 25 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat (PR) dinasihatkan tidak bertelagah kerana sebarang pertelingkahan yang berlaku antara parti-parti komponen politik pembangkang itu hanya akan memberikan kelebihan kepada seteru mereka, Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi ketika ucapannya dalam majlis pelancaran manifesto PR di sini menegaskan, meskipun parti pembangkang itu turut melalui saat-saat pertelingkahan dan berdebat, ianya tidak akan menghancurkan kemuafakatan yang telah disepakati mereka.

“Kita buktikan perpaduan dalam PR ... walaupun kita berbeza pendapat, bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi apabila mengacau gula, teh dan kopi, kita tidak memecahkan cawan itu,” katanya di hadapan 1,500 perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

“Jika PAS, DAP, PKR bergaduh ... BN yang kenyang,” tegasnya lagi.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi, PR juga tidak berhasrat untuk memerintah sepanjang hayat sekiranya berpeluang menawan Putrajaya, sebaliknya bersedia dihukum melalui demokrasi yang adil.

“Jika kita menang kerajaan PR tidak berlagak jadi Tuhan, tetapi kita sedia dihukum dengan demokrasi yang adil.

“Kita juga bukan mahu memerintah sepanjang hayat,” kata pemimpin veteran PAS itu lagi.

Abdul Hadi turut mengulas berkenaan pemberian bantuan sara hidup, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mana menurutnya bukanlah suatu perkara baru kerana Firaun juga pernah memberikan BR1M ketika memerintah mesia suatu masa dahulu.

“BR1M bukan perkara baru, Firauan pernah bagi BR1M ... kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat, bukan membina rakyat.

“BR1M itu duit kamu, ambil ... kamu (penerima BR1M) bukan ayam, itik ... bagi makan dedak, kita makan ayam itu balik,” katanya.

3 comments:

  1. Dalam hal ini, gua sangat marah dan dukacita dek perangai pimpinan yang macam itu. Yang jadi ayam itik ni bukan nya rakyat tetapi pimpinan itulah. Pantan orang tabur jagung, bukan nya perhati dulu...terus terpa dan mematuk selahapnya. Kekenyangan yang membawa bala pada rakan taulan. Kalau ianya berlaku rakyat tidak akan memaafkan lagi PAS dan ulama agungan nya.

    ReplyDelete
  2. tuan,

    aku sekeluarga berura-ura nak beli tiket untuk makan angin pd bulan june.

    lu agak2, jadi ke pru13 bulan mac ini?

    kalau buat bulan jun, naya la aku.

    ReplyDelete
  3. Yg berkuasa dlm hirarki kepimpinan malaysia adalah perdana menteri dan para menteri kabinet. Ulamak xde kuasa walau setinggi mana pun ilmu dan di sbb itu la impian utk menjadi perdana menteri dan juga menteri menjadi cita2 yg tidak dpt di selindung lgi. Hahaha realiti politik malaysia bro...berebut nak pikul tanggungjawab sebagai pemimpin x kira la lu ulamak ke atau setakat tukang kebun.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???