12 March 2013

Betul Ker Anggota PDRM Dibunuh Secara Kejam?

Bhai... lama sungguh gua tak jumpa sorang kawan nih.... last skali gua lepak samer dengan dier di KL sekitar tahun 1997 dulu.... Skarang nih dier bisnesman yang berjaya di Kudat... Hahaha... Gua kenal bapak dier... dan dier kenal abang gua.... hahaha... kira kitorang memang saling mengenali....  Gua ditawarkan lepak menetap kat sebuah homestay yang member gua nih punya.

Tak perlu bayar.... Alhamdulillah....  dier tak tanya pon aper gua buat kat Kudat nih.... dier cuma seronok dapat jumpa gua balik.... tadi makan tengahari kat rumah dier.... sedap oooo.....

Gua sajer riki dier citer pasai Sulu nih.... walaupun gua tau yang dier nih dulu ader clash ngan awek Sulu.... hahahaha.... terus terang dier citer kat gua yang dier tak percaya Tentera Kesultanan Sulu akan buat khianat rosakkan mayat anggota keselamatan..... malah dier tunjuk kat gua satu foto tue... dier kata dier amik dari akhbar.... ditunjukkan anggota badan yang bersepai... konon dirodok senjata tajam oleh Tentera Kesultanan Sulu....

Dier tanya gua.... percaya tak ini gambar anggota keselamatan kiter yang kena serang hendap di Simanul itu hari.... gua kata... kalu ikut pemerhatian gua.... bukan... ini bukan gambar anggota keselamatan kita... sebab... satunya.. yang gambar tercerai kapla dari badan tue mangsanya berbaju biasa..... berbaju preman.... walhalnya masa itu semua anggota yang diserang hendap menggunakan pakaian seragam...

Gambar yang bersepai badan tue pon pada pemerhatian gua jugak bukan gambar mayat anggota PDRM ... tapi orang lain.... sebab seluar gelap yang digunakan tu aderlah jenis seluar jerut... bukannya seluar seragam PDRM.... pastue... seluar tue pulak aderlah seluar pendek.....

Err... gua tanya dier.... abistue... mana dapat ini gambar... dier kata... akhbar terbitkan gambar ini yang ditunjukkan oleh KPN..... errk... biar betul... takkan KPN boleh bagi silap gambar..... dier tanya gua... takkan tak tau pasai gambar nih... gua kata... masa kejadian gambar ini diterbitkan... gua ader kat negara seberang... Member gua nih mengangguk-angguk jer...

Aperkah yang gua dah tengok nih..... lakonan ker... sandiwara ker... telenovela ker...  pening kapla la isu Sulu nih.... sebab tue la bos besar agensi gua arahkan jangan kitorang layan sangat isu Sulu nih.... layan jer isu Team Alpha-Two Zero tue sampai selesai... sebab diorang menceroboh dan beroperasi di Malaysia tanpa kebenaran....  Walaupun tujuan Alpha-Two Zero tue kitorang tau... tapi itu bukan caranya nak ekstradisi Manuel Karingal Amalilio....  ikut cara diplomatik lar....

So.... gua takder la nak tuduh yang dah meninggal tue berlakon... tapi... gua nak bagitau lu orang... yang mati itu satu hal... tapi tolong aaa... jangan kasi bakar semangat rakyat dengan cara membuat fabrikasi fakta ... sampai konon kejam sangat la Tentera Kesultanan Sulu nih... sori bhai... gua bukan nak bekap diorang... tapi... ntah-ntah yang bunuh anggota PDRM tue bukan Tentera Kesultanan Sulu... tapi geng lanun Philipines... sebab kat kampung Simanul tue setahu gua aderlah tempat berkampungnya lanun-lanun Laut Sulu...... Lanun bukan boleh kira sangat..... dan media perdana Malaysia terutamanya Utusan Malaysia memang suka buat citer fabrikasi... nak kejar rating..... hampeh....

Okeh la... gua nak pi merayap cari info sat.... hahaha.... Kalu sempat malam nanti gua online balik.... babai....

7 comments:

  1. Tak pernah pulak tengok gambar tu, cuba upload sikit nak tengok. Kat bawah ni cerita yg berlegar dr fb dan di share:

    SEMUA MESTI BACA : KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA


    Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

    Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

    Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

    Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

    Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

    Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

    Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

    Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

    Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

    Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .

    # Sebagai tanda TERIMA KASIH kita kepada anggota keselamatan yang sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan kita semua , sama-samalah kita SHARE / KONGSI artikel ini agar semua masyarakat mengerti akan betapa besarnya pengorbanan tentera & polis . Jom SHARE/ KONGSI !!

    ReplyDelete
  2. Cerita lu ada asas nya jugak bro. mana2 org tawau, semporna, kunak n lahad datu dah tau lama tentang perkampungan kaum sulu ni dan mereka sememangnya menyimpan senjata api di rumah. even di tawau, kampung mereka di batu 4 jalan apas, anggota keselamatan tidak beroperasi di situ sewenang2nya. jadi cerita lu ada asas, samada yang menyerang pihak polis adalah anggota setan sos tiram, or mereka tu anggota lanun yang di gelar 'mundu'.

    ReplyDelete
  3. tu laa..crita lu mmg ada asas bro. aku pon ada musykil gak, sahih ke tak diorg bgtau kt media apa terjadi kt lahad datu..n bukan kita yg komen ni jer tau pasal lanun2 tu..org2 sabah apa lagi kan. dan kita pon tahu mesti ada laporan yg tk kluar yg mana mereka tk bgtau kt media. haa..itu mmg saya percaya sgt. hahahaha

    ReplyDelete
  4. lagi satu..bg aku..A-20 tu lg penting. siall la kan brani diorg msuk ke tanah air kita dlm diam2. igt kita ni apa? n jgn sedih sgt bro pasal org hina ejen risikan m'sia. ramai kengkwn aku percaya ejen risikan kita antara yg terbaik di didunia. mmg aku agree punca kelemahan bukan dr risikan kita..tetapi dr najib the najiss tu gakk. mmg ada udang di sebalik mee btoll laa najiss tu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..ada blogger cam c++ nie yg mampu berfikir luar kotak..wa ingat wa sorang jer tertanya2....1st wa tgk gambar tu.. wa dah agak... bangsat utusan nie saja nak naik rating dia..wa tertanya2 kenapa polis berseluar pendek...? berbaju preman tu boleh la gunapakai lg..., tgk kpd keadaan mayat..mmg luar batasan manusia...amat tak logik...lebih kejam dari israel?..lg satu IGP pang5 atm mula2 kata xde kena potong kepala, mungkin sebab nak jaga hati keluarga mangsa...8hb mac. .2 ekor nie kasi gambar kat press...siar dalam paper besar2..game apa kah ini?...,

    ReplyDelete
  6. buat anon 1st komen tu.... tu semua tipu dan tak de asas.....sampai skrg pun tiada satu pun anggota yg terselamat..memberikan ulasan tragedi...walaupun niat baik untuk up kan semangat...

    ReplyDelete
  7. Saya tak pasti gambar mana yang awak maksudkan sebab setahu saya gambar yang disiarkan cumalah satu gambar: gambar halaman depan rumah papan 1) belah kiri lantai papan ada tompokan darah dan dua objek (organ dalaman) dan 2) belah kanan pula kelihatan mayat anggota keselamatan tanpa kepala dan kepalahnya kat bawah lantai berdekatan. Untuk baju, dikatakan mereka berpakaian biasa. Sila Rujuk item No 9. http://militaryofmalaysia.net/2013/03/ops-daulat-sudah-terhantuk-baru-tergadah/

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???