Bhai.... Ini maklumat yang gua dapat... Sori... Bukan nak memperkecilkan perjuangan sahabat-sahabat gua dari PDRM... Tapi ini adalah sumber dari analisis risikan agensi gua...
Okeh... Dimana gua nak memulakannya.. Mmmm... Okeh la... Gua start dengan kes "serang hendap" terhadap anggota PDRM yang berlaku di Kampung Simunul... Kiter rewind balik info yang kiter dah dapat dari media... Media kata anggota PDRM diserang hendap oleh Tentera Kesultanan Sulu .... Ini yang kita diberitahu...
Pastue diorang kata Tentera Kesultanan Sulu berlaku kejam dekat anggota PDRM... Bukan setakat bunuh tapi memarang, memenggal, mengeluarkan organ dalaman anggota PDRM tue...
Sahih ker sumber nih... Atau ianya sekadar fabrikasi untuk meningkatkan simpati rakyat terhadap isu ini... Kasi rakyat marah... Sebab... Ikut maklumat yang kami dapat... Kejadian di Kampung Simunul tue ... Aderlah pertempuran diantara anghota PDRM dengan lanun... Dan bukannya dengan Tentera Kesultanan Sulu... Ini maklumat yang agensi kami dapat...
Jadi ... Oleh kerana ianya dilakukan oleh lanun... Maka tidak mustahil tindakan kejam sebegini mungkin berlaku... Tambah lagi... Ianya mengambil masa beberapa hari barulah kesemua yang terkorban dapat diambil dari kawasan pertempuran...
Gua paham kalu media perlu membakar semangat anak watan dalam isu pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu... Tapi biarlah maklumat yang disalurkan oleh media itu tidak ditambah ajinomoto...
Putar belit media ini kiter boleh lihat dengan jelas masa Perang Teluk 1991 dan Kes 911 WTC dimana berlakunya banyak penyelewengan fakta macam isu WMD semata-mana ingin meraih simpati dan amarah semua yang membaca, mendengar dan melihat.
Sebab itulah.... Gua di agensi merasakan putar belit media sebenarnya bukan dapat menaikkan semangat rakyat jelata... Tetapi secara sengaja telah berjaya menaikkan semangat anggota keselamatan Malaysia sehingga ada yang bertindak agak keterlaluan... Bukanlah gua nak mengiyakan berita dari media Filipina tentang perlakuan tidak bermoral anggota keselamatan kita .... Tapi maklumat yang gua dapat sebenarnya menunjukkan kearah situ...
Adakah jni pelik... Tidak... Kalu kiter lihat pada insiden BERSIH 3.0 dimana tersebarnya berita kononnya ada anggota PDRM yang terkorban (yang dikesan disebarkan melalui alat komunikasi PDRM sendiri)... Bagaimana anggota PDRM yang lain semacam naik hantu membelasah para demonstran sehingga pengamal media pun jadi mangsa.... Walhal benda ini belum tentu sahih...
Jadi... Dalam kes di Kampung Simunul tempohari... Bagaimana kejadian "serang hendap" ini dimainkan dan diputarbelitkan oleh media .... Walhal ianya dilakukan oleh lanun (mundu) .... Dan bukannya oleh Tentera Kesultanan Sulu...
Patutlah pun takder satu pon media Malaysia yang pernah menang hadiah Pulitzer .... Semuanya sebab berita yang tidak berintegriti... Hanya sekadar mengejar rating... Tolong aaaa.... Jangan memalukan diri sendiri..
# Artikel ini bukan untuk bekap Tentera Kesultanan Sulu atau menghina PDRM dan ATM... Tapi sekadar memohon agar berita yang diterbitkan biarlah berita benar tanpa difabrikasi.. Cukup-cukup la tue dan jangan jadi macam Utusan, PapaGomo, ParpuKari atau RBF.... Diorang tue dah memang terkenal kaki fabrikasi dan fitnah... Hahaha
rakyat mau fakta bukan fitnah daa !
ReplyDeleteSaya tak hairan kalau mundu itu juga dikatakan kumpulan Tentera Kesultanan Sulu yg menceroboh hari itu. Pernah dengar kata 'bergabung'? Sehingga hari ini pun ramai kumpulan dari Sulu yg memihak pada mereka dan cuba memasuki Sabah untuk membantu geng azimuddin tu. Sedangkan misuari yg kata tiada kena mengena dgn insiden ini dengan jelas menyatakan sekiranya berlaku apa2 pada azimuddin, dia akan campur tgn. Apapun, saya akui media kita suka tambah 'sos tiram' dalam cerita mereka untuk menyedapkan cerita itu, dan bukan media kita sahaja, kbykn media luar pun sama.
ReplyDeletebhai,
ReplyDeletebetulkan gua kalau salah, ikut info,sorang anggota polis sendiri yang betrayed kawan2 dia yang mati tu? org itu dah membocorkan maklumat kedatangan pihak polis, sebab itu mundu dah bersedia lagi awal dan menyerang mereka dari arah belakang, depan malahan dari bawah titi kayu itu! mamat mangkuk ayun yg bocorkan operasi tu memang dah lama jadi dalang kegiatan gelap di semporna kerana dia tahu hal ehwal dalaman operasi? balai polis tu kat sebelah kampung simunul je bhaii..even, kerabat2 mundu tu masih ramai yang mendiami area tu sampai sekarang.tiada tindakan ke atas mereka ni? kalau dibiarkan, kemungkinan dorang ni balas dendam suatu hari nanti? tolong cek info ni bhai samada valid or tak, tapi itulah cerita yang berlegar di mulut orang2 tempatan.jauh beza dengan maklumat dlm berita massa.dan khabarnya, mangkuk ayun tu dah diberkas dan dipindahkan ke hq ippkk. sekian.
tula...ape cer pasal ade crita pasal sorang polis ni merupakan tali barut sekian lama? dgr da kena tangkap. kalau gi google ada gamba dia. sama ada sahih atau tak crita ni aku tak tau. mohon kalu bole diperjelaskan isu ni pulak bhai..
ReplyDeleteDalam banyak-banyak putar belit bloger dan pemberita yang ada kat Malaysia nih last-last kita kena patah balik pada laporan polis. Maybe ramai org yang tak percaya dengan apa yang berlaku di Sampoerna, tapi itu tak jadi masalah sebab org lebih suka nak tgk bukti baru percaya. so skang kita tunggu maybe ada polis akan release semua gambar mangsa-mangsa kekejaman puak2 penceroboh tu. so lepas tgk segala gambar yg original dari tempat kejadian maka baru kita boleh leraikan mana2 yg tersimpul.
ReplyDeletepenceroboh sulu memenag jahat tak berhati perut.. kejam.. punya lah jahat serta kejam, mintak rokok sebungkus pon siap bagi rm50.00.
ReplyDelete