31 March 2013

Menangkah BN?

Bhai... Semalam masa gua lepak-lepak kat kedai makan berhampiran lokasi latihan asas kewartawanan... Ramai yang tanya gua... Tanya pandangan gua tentang PRU13...

Rata-rata diorang nak tau berapa besar PR akan mendapat majoriti dari pengundi... Daripada apa yang gua lihat... Semuanya yang lepak ngan gua aderlah penyokong dan pendokong Pro-Rakyat...

Tapi biler gua bagitau diorang yang sebenarnya BN akan menang besar dalam PRU13 kali nih... Semua kata gua punya pandangan mengarut... Malah diorang sabitkan sokongan terhadap PR meningkat berkali ganda... Alasan diorang aderlah kerana setiap kali sesi ceramah atau rapat umum PR... Beribu orang akan hadir...

Hahaha... Gua gelak jer... Gua cakap kat diorang ... Itu semua takder maknanya... Kalu tidak dapat diterjemahkan atas kerta undi... Ini lebih kurang "menang sorak" jer... Tak lebih dari tue...

BN berupaya untuk menang besar dengan beberapa cara mudah... Cukup mudah... bezanya sama ada Najib Razak nak buat atau tidak...

Masalahnya... Dalam keadaan BN perlukan kemenangan yang "maha besar".... ramai pimpinan utama dalam UMNO/BN semacam cuma mensabotaj Najib Razak... Mahathir Mohamed sebagai contoh tidak habis-habis membantai dan mensabotaj Najib Razak... Hanya kerana mahu menaikkan Muhyiddin Yassin sebagai PM...

Manakala Khir Toyo pula tidak ketinggalan mengambil peluang untuk taji Najib Razak... Itu belum masuk lagi beberapa pemimpin diperingkat Negeri dan Bahagian yang tidak sehaluan dengan Najib Razak...

Pemimpin dari parti-parti gabungan seperti GERAKAN, MIC, MCA, PPP dan lain-lain juga nampaknya telah menunjukkan sikap tidak sepakat dalam banyak perkara dengan UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak...

Rakyat di peringkat bawahan sebenarnya amat menyokong usaha transformasi yang digarapkan dengan sebaiknya oleh Najib Razak, namun tanpa sokongan berterusan dari semua pemimpin BN... kemungkinan untuk BN gagal adalah cerah....

Jadi kesimpulannya... BN akan menang besar pada PRU13 kali ini jika semua pemimpin dalam BN tidak cuba untuk mengambil peluang memijak kepala sesama sendiri. Pelan transformasi Najib Razak sebenarnya berkesan dan berjaya memulihkan kepercayaan kepada kepimpinan BN yang diterajui oleh Najib Razak...

Gua percaya... Kalu takder yang perdajai dan sabotaj najib Razak... Tentunya BN akan menang besar... Errr... Sebab gua dah dapat tengok beberapa draf pengumuman dari Jabatan Perdana Menteri yang akan menguntungkan rakyat terutamanya untuk rakyat yang berpendapatan bawah 3000 sebulan...

Hehehe... Nantikan jer la pengumuman tue dalam sikit hari lagi... Hehehe... Dan lu orang mesti terkojut punya lah... Hahaha... Itulah senjata untuk Najib Razak menang besar pada PRU13 nih...... Hahaha

UNDILAH BN DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH CEMERLANG....

1 comment:

  1. keh keh keh. kita tunggu dan lihat. cepat cepat. bubar bubar.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???