04 March 2013

Ops A-20

Bhai.... Sori pasai tak sempat update mender.... Gua dah tiga hari berkampung di bilik gerakan agensi di tengah Kuala Lumpur... Tiga hari yang gua ader peluang lelapkan mata cuma 4 jam jer... Bos besar arahkan semua berkumpul dan membantu operatif mengesan unit Alpha-Two Zero (A-20) ...

Alhamdulillah dua orang anggota Alpha-Two Zero dah ditahan pagi tadi dan sedang disoalsiasat di KK dan besar kemungkinan akan dipindahkan ke HQ sehari dua lagi... Sorang anggota Alpha-Two Zero tumpas semalam dalam satu kejadian tembak menembak di Kudat, manakala saki baki anggota Alpha-Two Zero kini sedang dijejaki.

Tentang isu insiden Sulu di Lahad Datu..... Arahan dari Agensi melalui MKN telah dikeluarkan kepada semua Telco yang menyediakan khidmat Roaming di Pantai Timur Sabah... Terutamanya di Kudat, Kunak, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna agar memberhentikan khidmat roaming telefon mudah alih disana.

Harapnya dengan ini segala kemudahan komunikasi diantara anggota penceroboh SULU dapat dihentikan. Gua dijangka akan dihantar ke Sabah dalam sehari dua lagi. Harap dapat mendoakan kesalamatan gua dan semua kakitangan agensi disana.

Persiapan taktikal gua sudah persiapkan... Tunggu arahan jer... Dan gua akan carik sampai dapat lagi 12 orang anggota Alpha-Two Zero. Skrang nih ader 300 ++ orang kakitangan agensi (operatif) disana.... Yang bertungkus lumus cuba mengesan musuh yang sudah bertapak disana.... Masalah yang paling besar dan ketara adalah semua orang ada kad pengenalan Malaysia... Even pemberontak Sulu dan anggota Alpha-Two Zero pon ader IC.

Harap maklum... Sori... Hanya maklumat ini jer yang gua boleh salurkan... Ader dua isu berbeza... Sulu dan Alpha-Two Zero...

9 comments:

  1. oic... aku ingat Anwar adalah dalang yang buat lu tak leh nak update blog lu.. aku doakan akan keselamatan lu dan semua kakitangan agensi di sana...

    COBOL

    ReplyDelete
  2. gua doa kan lu and semua yg terlibat selamat. Serius sgt ke situasi di sana bro?.

    ReplyDelete
  3. Salam C++

    Take care. O11 takde ke?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, syukur!

    dapat jugak baca latest posting lu..
    doaku, moga2 perjuangan y kalian lakukan ini berjaya penuh.. biar dierg mencanak nak cari line tepon kat sana! kuang hajo sgt!

    ReplyDelete
  5. bro C++.........
    hati2.......
    nanti blog ni sentiasa on.gua tunggu lama der nak suh bro komen isu sabah ni...skunk skit byk terjwb...thanks bro..
    gua doakan selmaat berjuang

    ReplyDelete
  6. bro C++..

    hati2 bro...selamat berjuang...gua dah rindu ngan blog bro tuk ulas apa yg jadi kat sabah...
    gua dapat rasa info bro bg tulus....

    ReplyDelete
  7. Salam..C++

    Bhai..aku doakan ko Selamat Pergi Dan Selamat Pulang ..ha ha ha..

    Aku tetap pakai En. Ainon pasal just to wish you..ha ha ha.

    ReplyDelete
  8. ya allah, selamat kan semua pasukan keselamatan kita disana,

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???