23 April 2013

PRU13 : Tanam Semula Sawit Atau Getah... Apa Kaitannya?

Bhai.... hehehehe...bapak gua ader kebun getah (takder la berpuluh ekar)... dan ader kebun kelapa sawit (pon takder la berpuluh ekar).... hasil dari dier kerja dengan syarikat Inggeris yang melombong bijih timah dulu... dan sedikit saham dalam syarikat Osborne and Chapel.....hasil duit SOCSO yang diterima akibat kemalangan ditempat kerja sekitar tahun 60'an..

Okeh.. jadi gua dibesarkan dalam persekitaran syarikat lombong bijih timah yang salah satu daripada hasil hilirannya aderlah Thorium (yang datangnya dari rare earth yang dikenali dengan nama Amang)... dan persekitaran usaha getah dan kelapa sawit.... so I know it's very well...

Jadi... bagi pokok getah yang sudah matang.... yang hasil susu getahnya telah kurang... yang berumur antara 15 hingga 20 tahun.... perlulah ader proses tanam semula getah... ianya dilakukan dengan cara menebang pokok getah lama (kayunya boleh dihantar untuk proses hiliran membuat perabut) dan seterusnya memulakan proses tanam semula getah.. Bagi pekebun kecil getah... RISDA ada memberikan bantuan tanam semula.

Bagi kelapa sawit pula ... umur matang aderlah sekitar 25 hingga 30 tahun... dan selepas itu pokok sawit matang yang sudah terlampau tinggi dan kurang hasil minyaknya perlulah ditebang dan ditanam semula....  Inilah cycle dalam pertanian.... untuk mendapat hasil yang bermutu dan berterusan... perlulah kepada proses tebang dan tanam semula...

Oleh yang demikian.... perkara yang samer jugak wajar untuk Malaysia.... politik Malaysia.... pada masa nih... Malaysia sudah tepu... tidak ader perubahan dan peningkatan... keberhasilan kureng... dimana Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh BN telah sampai tahap matang dan tepu... dan wajarlah proses tebang dan tanam semula dilakukan...

Jadi... untuk masa nih.... untuk PRU13 nih... untuk keberhasilan yang baik bagi Malaysia.... kiter kena tebang dan tumbangkan pokok BN.... sementara itu kita tanam semula dengan tanaman kontan (PR) dan kita perhatikan sama ader tanaman kontan boleh berjaya memberikan hasil yang lumayan atau tidak... jika ianya lumayan dan berterusan pada jangkamasa panjang.... tak perlulah kita tanam semua pokok (BN).... terus sahajalah dengan tanaman kontan (PR) nih...

Lainlah kalu tanaman kontan dari sehari ke sehari makin berkurangan hasilnya... dinaiki dedalu dan akar dimakan anai-anai........ maka perlulah kita buat tanaman semua pokok (BN)... itupon kita kena pastikan benih pokok (BN) yang nak ditanam tue bebas daripada dedalu dan anai-anai.... Ini kita kena pastikan...

Hahaha.... amacam ngan analogi gua nih..... hahaha... boleh jadi bahan kempen tak??? Idea nih gua dapat hasil bersembang politik dengan kengkawan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cukup menyampah dah dengan UMNO/BN..... hahahaha.....


2 comments:

  1. RISDA? aisyeh memang la bantu tapi potong itu potong ini hasil kecik last kami peneroka keluar daririsda usahakan sendiri lebih baik dari sakit hati..

    Yea.masa untuk tukar tanaman dan banyak katik2.. samaada racun atau tebang tanam semula..

    ReplyDelete
  2. HAMPEH!!! Ending dia lain plak tp betul gak.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???