22 May 2013

Lagi Ditekan Lagi Melawan

Bhai.... ader dua jenis pejuang dalam dunia nih... tak kira la pejuang dunia virtual mahupun pejuang dunia nyata... tetap akan ader dua jenis pejuang....

Kedua-dua jenis pejuang nih amat kontra antara satu samer lain.... amat berlawanan.... walaupun dari segi fitrahnya nampak sama... berjuang... tapi... dari segi makrifatnyer... amat jauh berbeza....

Okeh... mari kiter tengok kedua-dua jenis pejuang nih...
  1. Pejuang yang lagi ditekan lagi melawan..... jenis nih... walaupun disogok daki dunia sebesar gunung Fujiyama sekali pon tidak akan goyah... tidak akan gentar... tidak akan berpaling.... dier tetap akan istiqamah dalam perjuangannya.... dier berjuang kerana idealisma... dier berjuang kerana agama... dier berjuang kerana masyarakat... dier berjuang kerana negaranya.... dan jenis nih....jenis tegar.... jenis yang lagi ditekan lagi melawan.... membujur lalu melintang patah....  bagi pejuang dunia nyata dan dunia virtual .. perjuangannya kadang-kadang dipandang sinis oleh pimpinan.... tetapi... para pemimpin memang mempergunakan pejuang ini....
  2. Pejuang yang bila dihamburkan kekayaan, kesenangan, pangkat, darjat dan laba.... diorang akan lupa kepada perjuangan.... lupa kepada apa yang mereka buat selama nih... lupa kepada masalah masyarakat... lupa kepada masalah negara.... lupa kepada idealisma....  Dan nampak ketara pejuang jenis nih lebih mementingkan perut dan bawah perut... Mereka-mereka ini cukup takut kalu ditahan... cukup takut kalu merengkok dalam penjara... malah dalam banyak senario.... pejuang jenis ini boleh berubah arah.... mengikut angin ...
Dan... yang lagi best tue.......

Barisan Nasional (BN) cukup tahu macam mana nak handle benda nih.... yer la.... dah 56 tahun dah dier ader pengalaman..... hahaha.... diorang memang cukup tahu....  cara mudah untuk mengekang pengaruh pejuang nombor satu aderlah dengan memperbanyakkan spesis pejuang nombor dua.... pejuang yang mudah digula-gulakan.... dan diorang cukup tahu bagaimana nak mempergunakan.... malah dengan strategi yang BN ada.... mereka boleh buat magik supaya pejuang nombor dua menang dalam pilihanraya umum....

Sebab itulah dikawasan yang dimenangi oleh pejuang nombor dua tue.... takder banyak signifikan yang boleh dilihat dalam pola pengundian..... Hahaha...

Yang jadi mangsa...... rakyat marhaen mustad'afin... macam lu dan gua....  hahaha

6 comments:

  1. realiti bro. siapa yg betul lurus bendul. akan jadi bahan

    ReplyDelete
  2. Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua yang ada di bumi dan sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.13-18

    jelas perbezaan manusia hidup atas landasan seruan Allah dengan manusia yang hidup untuk banyak dunia sikit akhirat dan ada yang terus terlupa akhirat tibatiba mati.ruginya kalu macam tu.

    ReplyDelete
  3. Mastermind bro.. tahu macamana nak kawal kalau tak takan la dia boleh kawal Malaysia ni berpuluh tahun lamanya.. :)

    PR masih lemah ramai pemimpin2 dia lebih kurang umno juga boleh digula-gulakan.. takda la ikhlas mana..

    Mana yang extreame sangat dicantas seperti Mat Sabu.. Mana boleh layan dibiarkan menang.. :)

    ReplyDelete
  4. Pejuangan yg memboncik perut sendiri.UG oh UG.Kesian kat aku.

    ReplyDelete
  5. Bhai,

    Walaupun gunung fujiyama, ke etophia ku ikut kamu...eh? Kalau dah jenis materialistik, sekecik2 $ pun dia pau jugak. Ikut nafsu, lesu....ostad pun bernafsu jugak, tak gitu?

    ReplyDelete
  6. Hahaha...ustaz pun nak pakai kenderaan mahal dan besar...asal pakai lebai dah kena panggil ustaz..huhu..kira lelong je pangkat ustaz..

    aymy8888

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???