04 June 2013

Hahaha... Sudah Kantoi

Bhai.... Hahaha... Ahmad Shabery Cheek sudah kantoi.... dier mungkin masih bersekolah lagi kot masa MSC dimulakan inisiatifnya.... Hahaha... Lawak aaa Ahmad Shabery Cheek nih.... Itu la... lain kali jangan ikut kebodohan Presiden GAPS dan JMM..... bagi cadangan pon tak kaji dulu... aper daa.... hahaha... Skrang kan sudah kantoi.... hahaha

Aper daaa.... buat malu jer... hahaha


'Kawal portal atas talian langgar jaminan MSC' 3:31PM Jun 4 2013

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Malaysia tidak patut menuruti model Singapura yang mengawal portal atas talian kerana ia melanggar Akta Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin tiada penapisan internet.

dap special meeting 110313 lim guan eng"DAP kesal apabila menteri komunikasi dan multimedia yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan penggalnya dengan memungkiri janji BN sebelumnya untuk tidak menapis Internet, apabila mahukan kawalan ke atas portal atas talian.

"Di mana 'Janji Ditepati' BN?" kata Lim (kanan) dalam kenyataannya hari ini.

MSC dilancarkan pada 1996 oleh perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melonjakkan teknologi maklumat di negara ini. Terdapat sepuluh perkara dijamin, termasuk tiada penapisan Internet.

Ahmad Shabery semalam berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura pada minggu lalu.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

2 comments:

  1. tapis dan tepis bila nak habis selalunya tapis digunakan untuk sekat dan buang benda yang kotor sekarang ni tapis digunakan untuk main sakat sakat

    ReplyDelete
  2. Bhai C++

    Berbuih la SKMM...

    kah kah kah kah kah kah...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???