10 June 2013

Ismail Sabri Ok Lah Jugak

Bhai... skali skala mamat Ismail Sabri nih ok lah juga,.... gua pernah tegur dier kat satu tempat nih... dan lepas tue kitorang berborak panjang...... ok lah jugak.... kureng skit menyombongnya... cuma sebagai Ahli Parlimen Bera .. dier kena setelkan masalah bekalan air paip kat sana... dah lama dah... masih lagi macam zaman belum Malaysia merdeka....

Aper pon... statement dier yang kat bawah nih gua respek.... nampak jugak la ader kematangan berfikiran kat situe... Jangan jadi bangang macam yang lain.... Malaysia katanyer nak memanfaatkan K-Ekonomi.. tapi tak abis-abis nak sekat sana.. sekat sini.... Kalu ader salah.... siasat... dakwa dan hukum... tapi kena melalui saluran hukuman dan dakwaan yang betul lar... jangan main taram dok bawah ISA ker mender....

Ader paham ka??? ....


Ismail: Tidak wajar sekat laman sosial

ALOR SETAR - Penggunaan laman sosial di negara ini tidak wajar disekat walaupun tujuannya untuk membendung penyalahgunaannya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyalahgunaan akses internet dengan niat jahat hanya dilakukan segelintir individu tidak bertanggungjawab.

"Hanya beberapa kes terpencil penyalahgunaan laman sosial. Oleh itu, tidak wajar kita terus menyekat kebebasan pengguna lain yang lebih ramai.

"Kita ada undang-undang untuk menyekat mereka yang tidak bertanggungjawab, jadi kita gunakan peruntukan yang ada.

"Tak adil jika kita terus haramkan penggunaannya (laman sosial)," katanya selepas mendengar taklimat di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan untuk menyekat penggunaan laman sosial bagi mengatasi perbuatan tidak bertanggungjawab seperti yang dilakukan di negara China dan Iran.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kemudahan internet memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengetahuan.

Menurutnya, mereka yang melakukan kesalahan dan tidak mengikut undang-undang boleh dikenakan tindakan tegas.

"Kalau ada cacian dalam twitter, kita hendak haramkan, berlaku dalam Facebook (FB) kita sekat FB, ada isu sensitif dalam blog kita batalkan blog di Malaysia dan akhirnya kita kembali kepada zaman dahulu," katanya.

2 comments:

  1. Menteri macam ni baru la bole respek. Nampak kematangan tentang isu yg pasti akan dapat tentangan habis-habisan dari Gen. Y dan Z.
    Yg Baby Boomer...kalau tak suka pun jgn la salah guna kuasa tu. Tak suka boleh pencen dok rumah makan tido.

    ReplyDelete
  2. yg ni nampak kecerdikan minda disitu

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???